Header Ads

ads header

Flash News

Pembentukan kerajaan PN selamatkan Malaysia dapatan hasil satu Tinjauan


KUALA LUMPUR:
Penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menyelamatkan Malaysia, menurut satu tinjauan bebas.

Emir Research, sebuah kumpulan pemikir bebas dalam Tinjauan Suku Tahun untuk Suku Ketiga 2020 (3Q20) mendapati 55 peratus daripada responden merasakan pembentukan kerajaan baharu itu merupakan penyelamat Malaysia dan hanya sembilan peratus meragui peranan penyelamat dimainkan PN.

Mengenai keupayaan Kerajaan PN untuk menyelesaikan masalah negara, lebih daripada separuh warga Malaysia (53 peratus) yakin dengan keupayaan itu sementara hanya segelintir tujuh peratus tidak memiliki keyakinan itu.

"Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah penyokong terbesar kepada pembentukan Kerajaan PN (74 peratus) dan mereka mempunyai keyakinan teguh terhadap keupayaan kerajaan semasa untuk menyelesaikan masalah negara (72 peratus)," kata Emir Research dalam kenyataan medianya yang dikeluarkan pada Selasa.

Penduduk luar bandar menyokong pihak kerajaan dengan 67 peratus menyokong pembentukan Kerajaan PN, sementara 51 peratus dalam kalangan penduduk di bandar antara yang berfikiran sedemikian.

Apabila ditanya sama ada keadaan kehidupan rakyat akan bertambah baik di masa hadapan, 58 peratus daripada responden bersetuju.

"Rasa yakin dan optimis untuk masa hadapan mungkin adalah kerana sokongan mereka terhadap usaha kerajaan menyeimbangi kehidupan dan mata pencarian dengan membuka semula ekonomi dan mengumumkan pakej rangsangan dan dalam masa sama menyeimbangkan langkah-langkah untuk mengekang penularan COVID-19 dan mencari vaksin," katanya.

Empat puluh tiga peratus warga Malaysia percaya Kerajaan PN adalah sebuah kerajaan berdaya maju berbanding dengan peratusan kecil, sembilan peratus yang berfikiran sebaliknya.

"Perbezaan 34 peratus sememangnya cukup besar dan penting secara statistik," katanya.
Selain itu, 38 peratus rakyat Malaysia berkata hala tuju negara untuk masa hadapan di bawah PN berada di landasan yang betul sementara lapan peratus tidak bersetuju dan 54 peratus tidak pasti.

Ini menyokong penemuan Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) dengan peserta perbincangan itu menekankan kepercayaan yang sama, iaitu jika PN tidak mengambil alih tampuk kuasa, rakyat Malaysia mungkin menyaksikan masalah lebih teruk sekarang.

Mengenai ekonomi, biarpun pandemik COVID-19 yang telah mengakibatkan kelembapan ekonomi yang meningkatkan kesengsaraan rakyat, tinjauan itu mendapati ada peningkatan 12 titik peratusan dalam perkadaran rakyat Malaysia yang berfikiran bahawa ekonomi negara berada pada asas yang kukuh - daripada 19 peratus dalam tinjauan suku pertama kepada 31 peratus dalam tinjauan suku ketiga.

"Ini dibandingkan dengan 26 peratus yang mengatakan perkara sama dalam suku keempat 2019 yang COVID-19 tidak wujud pada masa itu dan menyusut kepada 19 peratus dalam suku pertama 2020 ketika COVID-19 belum menampakkan sisi buruknya," katanya.

Menurut kenyataan media itu, lapan isu teratas sosioekonomi yang mendapat perhatian tertinggi dalam kalangan rakyat ialah memerangi rasuah dalam agensi penguatkuasaan (69 peratus); pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (57 peratus), pengembalian semula hukuman mati mandatori (55 peratus); keberkesanan langkah mencegah rasuah dalam kalangan penjawat awam (55 peratus), sebuah sistem pendidikan kebangsaan tunggal (53 peratus), kos tinggi pendidikan (50 peratus), masalah moral dalam kalangan pemimpin politik (49 peratus) dan mengekalkan sekolah aliran vernakular (48 peratus).
Tinjauan itu dilaksanakan Ogos lepas melibatkan 2,096 reponden dari semua negeri di Malaysia dan badan penyelidikan mengguna pakai kaedah berdasarkan bukti yang mengetengahkan dua komponen penting - analisis kualitatif dan analisis kuantitatif terkini.

Dalam kenyataan penafiannya, Emir Research berkata kerana FGD dilaksanakan pada Julai dan tinjauan pada Ogos, maka tinjauan itu tidak mengambil kira perkembangan terkini di dalam negara termasuk peningkatan kes COVID-19 dan politiking dalam kalangan ahli politik yang membawa kepada Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 Sept.

-- BERNAMA

MR : Rata-rata rakyat masih puah hati dengan kerajaan PN, PN tak akan rosak kerana PH, tapi boleh rosak kalau anggota PN berebut jawatan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. alhamdulillah atas pembentukan kerajaan pn dan kerajaan perpaduan yang disyorkan mahadir. pembentukan pn ketika itu malaysia sudah tidak ada lagi untuk mentadbir. keadaan malaysia krtika itu agak tidak stabil kerana perpaduan rakyat bole dikatakan tahap rendah, dari segi ekonomi tiada nampak pemulihan atau pembaikan, dari pendidikan dikatakan akan ada perubahan yang akan memberi impak kepada pelajar2 sekolah, dari segi agama islam banyak camour tangan terutama yang bukan agama islam, tabung haji dijadi issue, issue LTTE dan menyuntik fahaman kominis melalui penerbitan komit smjk(cina), masalah campur tangan peguam negara dan lain2 issue.
    alhamdulillah juga kerajaan perpaduan tidak diperkenan olih agong yang dicadang olih mahadir, alasannya terbuka untuk masing2 membuat penilaian sendiri.
    penubuhan pn nampak ada perubahan kepada malaysia dalam semua segi, cuma masalah ada duri dalam daging yang termakan cucukan puak2 mahluk perusak yang tidak senang melihat pn lebih baik dari yang sebelumnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pembetulan:

      alhamdulillah atas pembentukan kerajaan pn DARI kerajaan perpaduan yang disyorkan mahadir

      Padam