Header Ads

Header ADS

Pemilihan 2020 AS: Rakyat AS mula tunaikan tanggungjawab


RAKYAT Amerika Syarikat (AS) mula menunaikan tanggungjawab dengan mengundi dalam Pilihan Raya Presiden 2020.

Orang ramai dilihat beratur untuk menentukan sama ada Donald Trump atau pencabarnya daripada Demokrat, Joe Biden memperoleh jumlah undi paling banyak dalam pemilihan kali ini.

Antara kawasan yang menjadi tumpuan media adalah di Sekolah Frank Sansivieri di Bandar New York, Charlotte di Utara Carolina dan Fairfax di Virginia.

Utara Carolina antara kawasan tumpuan yang menyaksikan persaingan sengit antara Trump dan Biden.

Terdahulu, lebih 97 juta rakyat negara Uncle Sam itu sudah mengundi awal termasuk 62 juta orang mengundi melalui pos. Angka itu mewakili sekitar 71 peratus daripada jumlah undi dikira dalam pilihan raya 2016.

Jumlah itu dilihat sebagai petanda pengundi tertinggi pada pilihan raya era moden.

Sehari sebelum pilihan raya, jumlah itu menyamai rekod 69 peratus daripada keseluruhan jumlah pengundi pada Pilihan Raya Presiden 2016.

Peningkatan mendadak dalam pengundian e-mel dan awal kemungkinan disebabkan wabak koronavirus yang telah membunuh 230,000 rakyat AS.

Tinjauan pendapat sehingga 29 Oktober mendedahkan, Joe Biden mendahului Donald Trump dengan 51 peratus, sementara Trump memperoleh 43 peratus sokongan.

#Sumber :  Astro

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.