Header Ads

ads header

Flash News

Pemimpin Amanah kini berpecah 2 kumpulan, Geng Dr M dan Geng Anwar


PETALING JAYA:
Ahli Amanah yang berpengaruh akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin mereka berhubung perselisihan semakin meningkat antara mereka yang menyokong Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri seterusnya.

Orang dalam parti itu berkata, kata sepakat perlu dicapai dalam kalangan pucuk pimpinan parti.

“Parti ini kecil dan kami perlu mula mempunyai rancangan untuk pemilihan. Jika pemimpin boleh tampil dengan satu keputusan, kami boleh mula mengaktifkan jentera kami juga,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, akar umbi ketika ini berbelah bagi antara pemimpin mereka yang mempunyai pilihan berlainan untuk seorang pemimpin negara.

Semalam, Adun Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar mencetuskan kekecohan dalam politik Selangor dengan meninggalkan Amanah untuk menyertai PKR.

Tindakan Fakhrulrazi keluar parti menyebabkan Amanah hanya mempunyai 6 kerusi di Dewan Undangan Negeri berbanding 8 kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum lalu.

Seorang lagi orang dalam parti itu berkata, ia menjadi ketara ahli Parlimen mana yang menyokong Mahathir atau Anwar, menimbulkan kucar-kacir dalam kalangan ahli parti yang mencari arah tuju kukuh.

“Mereka perlu berbincang dalam kalangan mereka sendiri.”

FMT sudah menghubungi Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan masih menunggu komennya.

Amanah, yang terdiri daripada puak serpihan PAS, bertanding 27 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum 2018 dan memenangi 11 kerusi. Lima daripada ahli Parlimennya dilantik sebagai menteri dan yang lain menjadi timbalan menteri dalam kerajaan Mahathir.

Pemimpin Amanah perlu buat keputusan

Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia berkata, sebahagian pemimpin Amanah bersama Ikram, sebuah NGO Islam, dengan ada yang menyokong Mahathir, manakala yang lain bersama Abim, organisasi beliau yang menyokong Anwar.

Ikram ialah Pertubuhan Ikram Malaysia, manakala Abim mewakili Angkatan Belia Islam Malaysia.

Azizuddin berkata, disebabkan itu, perselisihan dalam Amanah mungkin berterusan.

Tambahan, katanya, Mahathir memberi keutamaan kepada Amanah kerana beliau menerima pendekatan parti itu “Islam Rahmat Untuk Semua”.

“Itu sebabnya ada yang menyokong Mahathir. Mereka berjaya mempengaruhi beliau.”

Katanya, Anwar juga cuba menarik ramai ahli Parlimen Amanah menyokong dirinya ketika beliau menyasarkan jawatan perdana menteri.

“Ia kini bergantung kepada apa yang pemimpin Amanah mahu sebagai sebuah pasukan supaya mereka boleh mara.” - FMT

MR :
Dulu semasa dalam PAS mereka ini yang membuat keputusan atas keputusan, mesyuarat dalam mesyuarat




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


13 ulasan:

  1. sejak dulu kala lagi anuar jadi team B, Tun team A...sampai sekarang, dah berpuluh tahun, anuar tetap tak merasa jadi PM....jika anuar ada kwibawaan, kebaikan kpd kepentingan rakyat malaysia, khusus utk umat melayu Islam...,dah lama anuar jadi PM...Tuhan pasti merestuinya...ada yg tdk kena dlm diri anuar ibrahim...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul seperti apa yang saudara nukilkan..dah ribuan tahun peristiwa hitam berlaku pada UMAT NABI LUT yang ingkar ...pupus dalam kemaksiatan...hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI segala2nya..siapa DSAI sebenarnya untuk bangsa MELAYU dan agama ISLAM...

      Padam
    2. Selalunya orang yang nak berbuat baik akan di halang dengan berbagai cara untuk melakukan kebaikan, dalam sejarah perkara seperti ini banyak berlaku, RASULULLAH nak membawa kebaikan dia di tentang sehingga mereka melabel nabi sebagai orang gila, begitulah yang terjadi di Malaysia pada masa ini, DSAI dilabel sebagai orang manusia yang gila kuasa, di fitnah dengan bermacam macam tuduhan, kenapa perkara ini berlaku, sebab utamanya adalah untuk mengelak segala kejahatan dan kerosakan yang mereka lakukan selama bertahun tahun di ketahui oleh orang ramai.

      Padam
    3. Hanya penyokong tegar DSAI sahaja tetap mengatakan DSAI difitnah...walaupun DSAI sendiri mengaku dia adalah bekas BANDUAN yang dipenjarakan atas kes LIWAT..kesnya sangkut dengan ujian DNA...ada ke itu pun FITNAH ???...AGAMA ISLAM ITU ADDIN KEPADA PENGIKUTNYA YANG MAMPU BERFIKIR...

      Padam
    4. Tok Guru saya pesan jangan percaya orang yang pandai baca doa, berperwatakan alim tapi boleh menari joget di hadapan khalayak ramai, Boleh sambut upacara Hindu, boleh sambut upacara Buddha.

      Ini ciri orang tak boleh dipercayai.

      Padam
  2. SAYA ULANG...AMANAH YANG KHIANAT PADA AGAMA BANGSA NEGARA

    BalasPadam
  3. BIAR TERKUBUR PAN TANPA NISAN...BIAR PAN MATI KERING UNTUK DIMUMIAKAN SEPERTI FIRAUN..untuk TATAPAN GENERASI AKAN DATANG...kisah segelintir UMAT MANUSIA yang telah datang AGAMANYA lalu menjadi MUNAFIK dan FASIK..

    BalasPadam
  4. kumpulan anwar ka, tun ka,,keduanya2 adalah baruwah dap.itulah hakikat pan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Geng Sokong Atuk,blh berharap dana lumayan dr Situa kaya manakala yg sokong Abam still bharap pd Abg Bosar

      Padam
  5. Tak habis lagi ke malaysia ni dengan mahathir dan nuar? Kenapalah bodoh tak habih2 lagi. Adakah dua makhluk tu spesisi tak akan mati dan malaysia ni milik sdn bhd mereka ker? Dah 22 tahun Malaysia celaru kerana dua magkuk tua tu.Boring aku. Kalu DAp nak merintah balik dan jahanamkan malaysia ni, ambillahhh.Hiraukan Mpuak2 bodoh yang bergasak kuasa.

    BalasPadam
  6. Biarlah puak PAN ni bergasak semasa sendiri kerana mereka mereka pengkhianat agama..dulunya macam2 gelaran diberikan kpd 2 org ni..tp kini berpeluk pula

    BalasPadam
  7. Presiden PAN masih Md. Sabu kan? So, apa nak heran.

    BalasPadam