Header Ads

ads header

Flash News

Pemuda PKR gelar Maria Chin ‘bebal, bodoh’ kerana bantah Najib


Pemimpin Pemuda PKR menggelar ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah dari partinya sebagai “bebal” kerana meninggalkan Dewan Rakyat semalam ketika Najib Razak yang sudah disabitkan bersalah dalam skandal 1MDB zaman pentadbirannya memberikan ucapan.

Naib Ketua Pemuda PKR Syed Badli Shah Syed Osman turut menggesa Maria yang juga bekas pengerusi Bersih 2.0 untuk meletakkan jawatan kerana mengkritik Najib.

“Bebal apa laa YB seorang ni. Daripada kau walk out baik kau resign,” tulis penyokong kuat Anwar Ibrahim itu di akaun Twitter sebagai balasan kepada tulisan Maria sebelum itu.

Semalam Maria menulis di Twitter selepas meninggalkan Dewan Rakyat kerana tidak berpuas hati dengan ucapan Najib yang menggambarkan seolah-olah dirinya tidak pernah membuat apa-apa “dosa” walaupun mahkamah sudah mensabitkan bekas perdana menteri itu bersalah dalam skandal SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat berkait 1Malaysia Development Berhad.

“Najib Razak telah disabitkan bersalah dalam kes rasuah. Tapi hari ini, beliau hadir sebagai Ketua BBC dan berbahas belanjawan 2021 seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.

“Saya PROTES dan sudah WALK OUT! #NotMyNewNormal,” tulis Maria melalui akaun Twitternya @mariachin.

Sementara Setiausaha Pemuda PKR Ahmad Syukri Razab turut menyelar Maria kerana melakukan tindakan memboikot Najib.

“Bagi saya, ahli Parlimen yang boikot dan keluar dewan ketika Najib Razak berbahas adalah bodoh,” tulis Syukri di akaun Facebooknya.

Pada penghujung Julai lalu, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, memerintahkan bekas perdana menteri itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah.

“Bagi saya, ahli Parlimen yang boikot dan keluar dewan ketika Najib Razak berbahas adalah bodoh,” tulis Syukri di akaun Facebooknya.

Beliau juga menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau tambahan lima tahun penjara jika gagal membayarnya kepada Najib yang juga ahli Parlimen Pekan itu bagi satu tuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Najib bagaimanapun mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.

MalaysiaNow sebelum ini mendedahkan Najib bersama-sama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menulis surat kepada Yang di Pertuan Agong untuk menyokong Anwar menjadi perdana menteri sekaligus menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin.

Sehingga hari ini, Najib dan Zahid tidak pernah menafikan surat sokongan kepada Anwar untuk menjadi perdana menteri yang dihantar kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Semalam, ucapan Najib di Dewan Rakyat senada dengan Anwar yang menetapkan dua syarat kepada kerajaan untuk menyokong Belanjawan 2021.

Ucapan Najib itu mendapat pujian daripada Naib Presiden PKR Chang Lih Kang.

“Quote of the day: Rakyat minta KWSP, dapat PKPB! @NajibRazak,” tulis Chang yang juga ahli Parlimen Tanjong Malim di Twitter. - malaysianow.com

MR : PKR tak setuju pasal Anwar pun 2 kali didapati bersalah oleh Mahkamah malah dipenjara





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. anwar peliwat telah didapati BERSALAH oleh mahkamah...tapi sebelum dipenjara MASIH SEMPAT buat DEMONTRASI JALANAN setiap minggu dan bulan atas dasar cari KEADILAN hingga terpaksa tubuh PKR....akhirnya anwar jadi PENGKHIANAT pada PKR bila menjilat muntah Mahathir dengan harapan jadi p em.skrg jadi p em NOMBOR2.

    BalasPadam
  2. syed badlishah pemuda pkr itu yg bebal, yg bodoh, jadi pengikut anuar yg membuta tuli...
    hakikatnya, keujudan pkr itu sendiri adalah utk membela anuar ibrahim, bukan utk membela rakyat...,maka itulah ramai pemimpin, pengikutnya terdiri kaum india dan sedikit kaum cina yg terpedaya dgn anuar ibrahim...mereka mendokong sosok anuar ibrahim, bukan pd kebenaran sejagat...TIADA KEBENARAN DARI ANUAR IBRAHIM DLM DUNIA POLITIK MALAYSIA HARI INI....tak mungkin Tuhan benarkan anuar ibrahim jadi PM....

    BalasPadam
  3. semua bodoh2 belaka memilih bekas2 banduan

    BalasPadam
  4. biar la dia keluar..ada dlm tu pun, menambah nilai ke?

    BalasPadam