Header Ads

ads header

Flash News

Penjawat awam Terengganu terima bonus RM800


KUALA TERENGGANU:
Lebih 13,000 penjawat awam di negeri Terengganu bakal menerima bonus sebanyak RM800 ringgit berbanding RM500 pada tahun sebelumnya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penambahan insentif sebanyak RM300 itu susulan pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

Beliau berkata, pembayaran itu dijangka dilakukan pada Januari ini termasuk untuk kakitangan kontrak.

“Bonus akan dibayar Januari ini Insya-Allah. Lebih kurang 13,600 penjawat awam di Terengganu… kita (penjawat awam) antara yang teramai berbanding negeri-negeri lain,” kata beliau.

Sementara itu, Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang berkata, kerajaan negeri turut mewujudkan Tabung Pinjaman Perumahan Rakyat negeri dengan peruntukan RM50 juta.

Katanya, peruntukan itu disediakan bertujuan membantu rakyat khususnya golongan B40 membina rumah di atas tanah sendiri.

“Kita ambil pendirian untuk tidak mengenakan bunga ataupun faedah pada projek perumahan dan pinjaman perumahan… jadi sama juga dengan Pinjaman Pendidikan Rakyat di negeri Terengganu, (juga) tidak ada faedah,” ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian selepas membentangkan Belanjawan Terengganu 2021 dalam Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri ke-14 pada Isnin. - Astro




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Guane masa gining beri Penjawat Awan Negeri RN800 kalo nak beri biar bersasar beri kpd penjawat awan terkesan RN800 dan yg lain2 RM500

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Molek doh tuh, tok sah dok cara lah

      Padam
    3. Mung tau nenda aku org Ganu tahula,,sku perbah buat Bajet utk G Ganu.2001..penjawat awan byk kena jaeab di Ahkirat kalo dok taubat

      Padam
    4. Kelmarin aku ada urusan PTKTRG,,pkl8,30pg ada doh gi minum diluar pej dlm lingkungan 10km. Berjemaah pulak tuuu

      Padam
  2. G Gany tubuh Syrkt Sdn Bhd bola tp lantik pegawai tadbur negeri jd CEO n COO boka pung nak GLC?

    BalasPadam
  3. G PAS Ganu padan kena kecek diPegawai Tadbir yg 99% msk ikut kabel pilitik AMNO

    BalasPadam