Header Ads

ads header

Flash News

Penjenayah selamba rentap rantai emas, tumbuk wanita


KUALA LUMPUR:
Polis sedang memburu dua suspek yang melarikan dua utas rantai emas yang dipakai seorang wanita di sebuah farmasi di Jalan Gombak, Setapak di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.47 malam itu, mangsa sedang membuat pembayaran di kaunter farmasi terbabit sebelum seorang lelaki datang dari arah belakang menarik rantai emas dipakai wanita itu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail, berkata suspek berjaya melarikan dua rantai emas dipakai mangsa yang dianggarkan bernilai RM10,000 sebelum menumbuk muka wanita itu dan meloloskan diri.

"Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian telah merakam pergerakan dua lelaki yang tidak dapat dipastikan bangsanya.

"Kedua-dua suspek memakai pelitup muka dan siasatan lanjut mendapati mereka melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran palsu bagi tujuan mengelirukan pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak.

"Kita meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini segera menyalurkannya kepada pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan Shahrizal Saleh di talian 017-7134705.

"Maklumat juga boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Aisyah Mohd Nor di talian 013-9338214 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.

Sementara itu, satu rakaman CCTV daripada yang menunjukkan tiga sudut rakaman di tempat kejadian, viral di media sosial.

Pada awal rakaman video berdurasi 45 saat itu, kelihatan dua suspek berjalan ke arah pintu masuk farmasi dari sebuah kenderaan yang diletak di tepi jalan di hadapan farmasi terbabit.

Seorang daripadanya masuk ke dalam menuju ke kaunter farmasi sebelum merentap rantai emas dari leher mangsa yang sedang berdiri di hadapan kaunter pembayaran.

Suspek dilihat merentap rantai mangsa sebanyak dua kali sebelum menumbuk wanita malang itu di bahagian muka.

Dia kemudian berlari keluar dari farmasi dan melarikan diri bersama rakan subahat dengan sebuah kereta. - BH





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: