Header Ads

ads header

Flash News

Perlembagaan tak tetap tatacara, Takiyuddin jelas isu undi tak percaya


PETALING JAYA:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata Perlembagaan dan Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat tidak memperuntukkan tatacara bagi menentukan sama ada seseorang wakil rakyat itu mendapat kepercayaan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi perdana menteri.

Oleh demikian, katanya, Yang di-Pertuan Agong mempunyai prerogatif menentukan apa-apa cara yang sesuai untuk menentukan individu yang mendapat kepercayaan majoriti Ahli Parlimen.

“(Ini) termasuklah dengan menerima apa-apa dokumen yang dikemukakan mahupun dengan mendapatkan kenyataan lisan atau bertulis daripada setiap ahli Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab Ahli Parlimen Khalid Samad (PH-Shah Alam) yang membangkitkan tentang usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

Menurut Takiyuddin,  Artikel 43(4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan jika perdana menteri hilang sokongan majoriti di Parlimen, beliau dan kabinetnya perlu letak jawatan, kecuali Yang di-Pertuan Agong mengikut nasihat perdana menteri dan membubarkan Parlimen.

Beliau menegaskan Artikel 43(4) Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai prosedur untuk ahli parlimen mengemukakan usul tidak percaya terhadap perdana menteri.

Justeru, prosedur berkenaan terkandung di dalam Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, peraturan mesyuarat berkenaan menetapkan urusan kerajaan diberikan keutamaan dan urusan lain, termasuk usul tidak percaya, hanya boleh dibentangkan  setelah segala urusan kerajaan selesai dibahaskan, kata beliau.

Takiyuddin berkata 25 usul tidak percaya terhadap Muhyiddin dikemukakan pada sesi Parlimen kali ini.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. https://www.thethirdforce.net/surat-tengku-razaleigh-bakal-sengat-muhyiddin/

    BalasPadam
  2. Atok Menteri Mentor
    Mukriz PM
    KuLi TPM
    Abam Menteri Agama

    BalasPadam