Header Ads

ads header

Flash News

Personaliti Tengku Zafrul terserlah


Kuala Lumpur:
Personaliti Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz amat terserlah ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau bukan sahaja memecah tradisi membawa beg sampul kelabu berbanding beg bimbit hitam yang biasa dibawa Menteri Kewangan sebelum ini.

Malah, Tengku Zafrul yang hampir lapan bulan berkhidmat sebagai menteri dilihat membacakan ucapan daripada peranti elektronik selain, minum daripada 'tumbler'

Berdasarkan pemerhatian Penganalisis Fesyen, Prof Dr Zuhaili Akmal Ismail, baju Melayu cekak musang rona 'baby blue' dipakai Tengku Zafrul diterjemahkan sebagai penampilan yang tenang.

Malah, beliau juga mungkin mengenakan jam tangan Gshock model GA-2100 berona Solid Black yang berharga tidak sampai RM500.

"Penggunaan 'tumbler' pula menjadi sesuatu yang baharu dan praktikal.

"Tengku Zafrul bijak mengenakan set pakaian dan aksesori yang bukan sahaja tampak santai, tetapi mencerminkan kefahaman beliau terhadap situasi rakyat yang menantikan 'buah tangan istimewa' dalam persekitaran mencabar susulan Covid-19.

"Kita tahu, beliau yang mempunyai latar belakang kerjaya baik dalam sektor korporat, dan boleh sahaja mengenakan sesuatu yang mahal dan bernilai tinggi tetapi beliau tidak kelihatan begitu, hari ini," katanya.

Penganalisis fesyen antarabangsa itu berkata, Tengku Zafrul juga dilihat kemas dan sentiasa memastikan lengan baju Melayu dipakainya terletak rapi kerana kebiasaannya ia mudah renyuk.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul ketika membentangkan Belanjawan 2021 memaklumkan beliau mengenakan sampin daripada tenunan Pahang Diraja yang dihasilkan penghuni Penjara Penor, Pahang.

Berikutan itu, katanya, kerajaan memperuntukkan RM20 juta kepada Jabatan Penjara Malaysia bagi melaksanakan Program Pembangunan Insan, antaranya memberikan kemahiran vokasional kepada banduan.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. perlu banyak profesional yg jujur dlm kabinet

    BalasPadam
  2. Anwar 22 bulan dlm ph memerhati merangka belanjawan ph apa rakyat dpt,,hahahaa 30 linggit je nuar haprak oiii,,,ko nk suruh kwsp d keluarkan oleh semua manusia.lepas tu bila dah licin suruh plak kerajaan tangung nyawa yg gatal2 keluarkan untuk joli2,,,umno,ph sama saja sampah,,,pru 15 siaplah umno ph berkubur lah sebelah2

    BalasPadam