Header Ads

ads header

Flash News

PH gagal ambil alih semula kerajaan sebab Anwar tolak saya kata Mahathir


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata keengganan Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menerima penglibatannya dalam rancangan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih semula Putrajaya menyebabkan usaha itu gagal.

"Usaha untuk tumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) diteruskan oleh PH. Pihak saya dan penyokong saya bersetuju untuk menyertai usaha ini.

"Tetapi Anwar tolak sama sekali penyertaan saya. Jika saya ditolak, penyokong saya tidak akan menyertai cadangan ini. Dan kita tidak akan dapat tiga orang ahli Dewan Rakyat (DR) untuk mencukupi bilangan (majoriti)," katanya dalam catatan blog hari ini.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan 112 daripada 222 ahli parlimen. Namun, terdapat dua kekosongan di Dewan Rakyat berikutan kematian seorang ahli parlimen kerajaan dan seorang pembangkang.

Dalam tulisan itu, Mahathir berkata dia dicadangkan untuk pegang jawatan perdana menteri selama enam bulan sebelum menyerahkan kuasa kepada Anwar.

"Amanah dan beberapa ahli DAP bersetuju. Tetapi Anwar tolak. Anwar tidak mahu saya terlibat sama sekali," katanya.

Mahathir juga menyatakan bahawa Anwar telah mengecualikan kumpulannya ketika mengumumkan pada bulan September bahawa dia telah memperoleh majoriti.

Untuk rekod, Mahathir kini menerajui parti Parti Pejuang Tanah Air, yang mempunyai empat ahli parlimen.

"Tetapi kita semua tahu bahawa Anwar masih tidak dapat jadi perdana menteri. Kenyataan Anwar bahawa dia mempunyai cukup bilang didapati tidak benar.

"Dalam perancangan Anwar saya tidak ada tempat. Jelas setelah ketepikan saya pun Anwar tidak menang.

"Pada tahun 2008 pun, Anwar gagal. Apakah saya juga yang menghalang Anwar?" katanya.

Anwar, yang merupakan ahli parlimen Port Dickson, sebelum ini berkata dia meminggirkan Mahathir kerana tidak dapat menerima "konspirasi dan pengkhianatan" yang berulang.

Anwar berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri dari tahun 1993 hingga 1998 dengan Mahathir sebagai perdana menteri.

Namun, kedua-dua mereka berselisih dan Mahathir kemudian memecatnya sebagai timbalan perdana menteri dan memenjarakannya.

Mereka berdamai pada 2016 untuk berdepan perdana menteri dan presiden Umno ketika itu, Najib Abdul Razak, yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Perdamaian itu menyumbang kepada kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum 2018.

Mahathir dilantik sebagai perdana menteri sementara Anwar dinajikan akan menjadi penggantinya.

Mahathir secara terbuka mengatakan akan menyerahkan kuasa kepada Anwar, tetapi kemudian didedahkan bahawa Mahathir memang berhasrat mengundurkan diri tetapi tidak berencana untuk meraih sokongan buat Anwar dari parti yang diterajuinya ketika itu, Bersatu.

Bersatu, di bawah presidennya Muhyiddin Yassin, kemudian menarik diri dari PH dan membawa beberapa wakil rakyat lain bersama mereka. Ini menyebabkan kejatuhan kerajaan PH.

Mahathir menentang langkah Muhyiddin untuk membentuk kerajaan gabungan baru kerana ia memerlukan kerjasama dengan Umno.

Kalau anda terlepas...

Mahathir akhirnya digulingkan dari Bersatu.

Muhyiddin kemudiannya mengambil alih jawatan perdana menteri, dengan kerajaan PN yang baru.

PH telah berusaha untuk mengambil alih semula kerajaan tetapi kekeruhan hubungan antara Anwar dan Mahathir dilihat menjadi penghalang.

Anwar menyatakan bahawa pengumumannya tentang majoriti yang didakwa diperolehnya pada bulan September masih ada tetapi masih memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan prosesnya.

"Prosesnya masih berjalan. Tidak masuk akal bagi saya untuk menghadap dengan Yang di-Pertuan Agong sekiranya saya tidak yakin dengan jumlah sokongan saya," katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. ANWAR MUNAFIK terkenal dengan pelbagai langkah...sept 2008/langkah kajang memecat khalid ibrahim sebagai mb/langkah PD utk minggirkan pyandangnya terbaru langkah sept dengan NOMBOR EKOR dan hakikatnya berlakulah TRAGEDI OKTOBER dgn menipu YDPA dan rakyat kerana sanggup MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI dengan nombor angan2 dan kayangan.tunggu je Langkah ke Alam Barzakh.

    BalasPadam
  2. Atok n Abam sudah memasuki era politik senja

    BalasPadam
  3. Tun dan DSAI talam 2 muka yang menghancurkan ukhwah bangsa Melayu dan Agama Islam..penuh dengan fakta putar belit yang kesudahannya MENJERAT BATANG LEHER SENDIRI..seorang berfahaman LIBERAL..seorang lagi berfahaman PLURAL ..

    BalasPadam
  4. Sekarang Tun membuktikan pada rakyat yg tanpa Anwar Tun tak kemana2.. membuktikan yg Anwar tu penting dan mampu memberikan cukup sokongan buat Tun.. tu pun Tun masih ada berhati busuk nak kutuk dia macam2.. ape punya perangai manusia macam ni.. lepas tu nak salahkan Anwar pulak.. ni aku pulak nak bagitau Tun takut2 dia buat2 lupa.. kalau Tun sokong Anwar dan tak menamakan Shafie Afdal sebagai calon PM dah lama dah PH ambik alih balik kerajaan.. tu Tun tak mengaku pun.. dah tua macam ni nak kencing berak bersepah lagi.. walaupun Tun kencing dan khianat kat dia berkali2 tapi Anwar tetap hormat dan kenyataan2 beliau tak pernah mengaibkan Tun.. Anwar lebih layak digelar negarawan berbanding Tun walaupun mungkin dia tidak ditakdirkan Allah menjadi PM.. negarawan tak pernah berhati busuk.. negarawan patutnya berjiwa besar..

    BalasPadam
  5. anuar ibrahim hanya spt tong kosong sahaja....anuar hakikatnya tiada kekuatan politik, apa lagi utk jadi PM...hanya cakapnya yg berapi2, sabenar tdk membawa apa kebaikan pun utk umat, khusus umat melayu...
    anuar mungkin layak utk mengetuai parti yg terdiri dari kaum india...
    umat melayu Islam tak mungkin dipimpin oleh anuar ibrahim....

    BalasPadam
  6. Kekuatan Abam pd LIWAT yg dipusing mjd seolah2 die dimangsakan,Jika benar die mangsa fitnah, ternyata Atok n Jibby adalah orgnya!

    BalasPadam