Header Ads

ads header

Flash News

PKPB beri kesan negatif ke atas ekonomi suku keempat


KUALA LUMPUR:
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di kebanyakan negeri berkemungkinan besar akan memberi kesan kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku keempat 2020.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata, walaupun ia dijangka memberi kesan kepada permintaan pengguna khususnya berkaitan peruncitan, makanan dan minuman, penginapan dan hospitaliti, serta pengangkutan, inisiatif di bawah PENJANA dan KITA PRIHATIN seperti Subsidi Upah, Insentif Pengambilan dan Peningkatan Kemahiran Pekerja dijangka akan mengurangkan impak itu.

"Kerajaan juga akan terus peka tentang perlunya memastikan golongan rentan dan golongan rentan baharu terus dijaga, dan memastikan perniagaan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana serta mikro (PKS mikro) akan tetap disokong.

"Kerajaan tetap fokus kepada Strategi 6R (Resolve, Resilience, Restart, Recovery, Revitalize dan Reform) untuk memulihkan ekonomi, terutama tatkala kita semakin hampir di ambang 2021.

"Unjuran peningkatan permintaan global, persekitaran kadar faedah yang lebih rendah, peningkatan perbelanjaan sektor awam

dan swasta, serta pelbagai dasar kerajaan akan menyokong pencapaian matlamat ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, kunci pemulihan ini adalah Belanjawan 2021 yang baru dibentangkan, yang mengandungi langkah-langkah komprehensif untuk memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.

Beliau berkata, pelbagai langkah jangka pendek dan sederhana digubal untuk mewujudkan 500,000 pekerjaan dan memastikan sektor-sektor tertentu mengekalkan kapasiti sedia ada.

Katanya, langkah jangka panjang akan meletakkan batu asas untuk daya tahan dan pertumbuhan masa depan, seperti meningkatkan kesalinghubungan digital dan fizikal, serta melabur dalam pendidikan dan juga prinsip kelestarian.

Selain pendekatan yang lebih bersasar, kerajaan katanya juga bertujuan untuk mengimbangi matlamat perbelanjaan dan disiplin fiskal; mengurangkan jurang pembangunan desa-bandar, dan menjunjung tinggi nilai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030

melalui Belanjawan 2021.

"Walaupun KDNK negara dijangka mencatat penguncupan sebanyak 4.5 peratus untuk 2020, ia dijangka pulih pada kadar 6.5 peratus hingga 7.5 peratus pada 2021, lebih kurang selaras dengan ramalan oleh Bank Dunia (6.3 peratus), S&P (7.5 peratus) dan Moody's (>7.0 peratus).

"Selagi vaksin COVID-19, walaupun hampir ditemui, tetapi masih belum tersedia secara komersial, kerajaan optimis namun tetap berwaspada dan komited untuk memastikan ruang fiskal yang mencukupi untuk menangani cabaran di masa

hadapan," katanya.

Tengku Zafrul berkata, asas sistem ekonomi dan kewangan Malaysia tetap kukuh.

Beliau berkata, negara telah berulang kali membuktikan daya tahannya dalam menghadapi ketidakstabilan dan

kesukaran dari faktor luaran.

Katanya, meskipun menghadapi berbagai cabaran, kerajaan akan terus menyokong rakyat, perniagaan dan pasaran negara untuk

memastikan ekonomi melonjak semula apabila ekonomi global pulih pada 2021.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan