Header Ads

ads header

Flash News

PKPB di Kedah, Melaka, Johor, Terengganu ditamatkan esok 21 November 2020


KUALA LUMPUR:
Kerajaan hari ini bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri-negeri Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu mulai esok (21 November 2020).

Bagaimanapun, menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beberapa daerah masih diletakkan di bawah PKPB iaitu di Kulim, Kedah, dan Mersing serta Kota Tinggi di Johor.

"Sehingga 18 November 2020, situasi semasa di seluruh negara masih menunjukkan trend peningkatan kes positif dengan jumlah kes aktif masih tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa negeri menunjukkan tren penurunan kes positif COVID-19 dan keadaan terkawal di Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu.

"Di negeri Kedah sejak 5 November terdapat penurunan daripada jumlah kes sehingga 18 November 2020, di mana hanya 85 kes aktif direkodkan di seluruh negeri dan keadan terkawal.

"Ini berdasarkan penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kecuali daerah Kulim masih merekodkan 23 kes aktif. Oleh itu hari ini, KKM menasihatkan berdasarkan penilaian risiko dan mesyuarat MKN bersetuju, PKPB di seluruh negeri Kedah ditamatkan pada 21 November 2020, kecuali daerah Kulim diteruskan selama dua minggu," jelasnya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jumaat.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Haram jadah, Apasal negeri perak tak ditamatkan pkpb?

    BalasPadam