Header Ads

ads header

Flash News

Politik ekonomi Malaysia memberi tekanan kepada fakta kebenaran


SHAH ALAM -
Bekas Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Mohamed Nazir Razak menegaskan di Malaysia tidak wujud ekonomi sebaliknya yang ada hanyalah politik ekonomi.

Menurutnya, beliau menyatakan demikian kerana kerap diajukan persoalan tentang ekonomi Malaysia.

Kongsinya, beliau pernah melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang ekonomi dan politik secara serentak, namun tidak menyangka kedua-dua bidang itu saling berkaitan dan mempunyai jalinan yang kuat di negara ini.

"Kita mempunyai unsur ekonomi yang luas tetapi sering meletakkan kedudukan atau diri sebagai salah satu pasaran kapitalis bebas.

"Adalah sangat berbahaya untuk anda berpura-pura menjadi sesuatu yang bukan diri anda yang sebenar,” katanya menerusi ruangan kolumnis My Say oleh Nazir Razak bertajuk 'Making a Better Malaysia' di portal The Edge Markets.

Ia juga merupakan petikan ucapan Mohamed Nazir pada forum kepimpinan Alumni Chevening bertajuk 'Making a Better Malaysia' pada 16 November 2020.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazir berkata, beliau juga melihat penglibatan kerajaan amat besar dalam ekonomi negara.

Beliau berkata, ia jelas terutamanya dalam aspek penganugerahan lesen dan kuota bermula era pemerintahan British, pelaksanaan dasar tindakan afirmatif era 1970-an sehingga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mendominasi 40 peratus permodalan pasaran dana pelaburan saham Bursa Malaysia dan kerajaan menguasai pasaran modal.

"Amalan politik wang yang berleluasa juga sering dilihat mempengaruhi keputusan mengenai peraturan, dasar, perolehan dan tindakan GLC.

"Ia memerlukan pengalaman barisan hadapan untuk melihat sepenuhnya bahawa sistem yang ada banyak penyimpangan dan membawa kerosakan," katanya.

Tambahnya, sepanjang karier beliau di CIMB bermula pada tahun 1989, beliau sering berfikir sudah mempunyai pegangan moral yang cukup baik tetapi mengakui pada waktu-waktu tertentu dirinya lebih rela menjadi pelakon.

"Jika saya melihat ada perkara yang bertentangan moral berlaku dalam sistem, saya akan menegur namun kebanyakan waktunya saya lebih banyak bersikap 'ia bukan urusan saya'.

"Rata-rata yang berada dalam sistem tersebut biasanya mengambil pendekatan sebegitu dan sewaktu saya bersuara dan menentang dalam isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan Felda (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan), tekanan yang diterima amat tinggi.

“Saya tak mahu bercerita panjang lebar tentang hal tersebut di sini tetapi cukup untuk mengatakan bahawa pemusatan kuasa yang berlebihan di pejabat Perdana Menteri telah memburukkan lagi ketidakfungsian sistemik kerana kurangnya aspek elemen semak dan imbang ke atas pembuat keputusan," katanya.

Mohamed Nazir berkata, isu 1MDB adalah salah satu contoh ketidakfungsian sistemik yang turut disifatkannya sebagai contoh paling ekstrem.

Menurutnya, ia merupakan dana kekayaan negara yang mendapat sokongan kerajaan dan digunakan untuk meraih berbilion dolar untuk projek pembangunan dan pembiayaan politik.

Lebih memburukkan katanya, berlaku kebocoran dana secara besar-besaran untuk tujuan jahat.

Selain itu, Mohamed Nazir turut memberi beberapa contoh lain termasuk berkait skandal kewangan model pertama iaitu Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang berlaku pada awal 80-an.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Bila G sejak Zaman Atok mengatur ekonomi negara spt kepunyaan AMNO n Geng maka jdlah Poltik ekonomi,jom kiter tukar jd Politik Ekonomi Islam

    BalasPadam