Header Ads

Header ADS

Politik Sakit Hati Dan Dendam Sukar Dihadapi


1) UMNO marah sangat dengan PPBM sebab curi wakil rakyatnye selepas PRU14. Walaupun terluka dengan ahli PPBM yang asal kerana bertempur dalam PRU14, tetapi sakit hati terhadap wakil rakyatnya yang menang kemudian melompat masuk PPBM adalah lebih menyakitkan. Mana tidaknya, guna jentera UMNO untuk menang, kemudian lompa masuk PPBM. Tidak seperti wakil PPBM yang asal - guna jentera PH untuk menang.Jadi, sakit htinya tidak sama.

2) Walaupun TS Annuar Musa compare penerimaan UMNO terhadap PAS dalam MN, ia tetap tidak sama dengan PPBM, kerana PAS tidak curi wakil rakyat UMNO. Tiada katak UMNO lompat masuk PAS sebelum atau selepas PRU14. Jadi, walaupun UMNO bergaduh dengan PAS puluhan tahun, UMNO boleh berkerjasama dengan PAS.

3) Ura-ura UMNO nak bekerjasama dengan DS Anwar juga adalah daripada perspektif yang sama. Team PKR DS Anwar tidak pernah mencuri wakil rakyat UMNO selepas PRU14. Tak ada katak UMNO masuk PKR. Sebab itu ada khabar angin UMNO, DS Najib, DS Zahid etc nak join force dengan DS Anwar dan PKR. Walaupun benci dan meluat dengan PKR, tetapi sakit hati terhadap PPBM lebih besar.

4) PAS tidak nampak sentimen ini secara lebih mendalam. PAS hanya nampak PPBM itu adalah PPBM, parti ex-PH, parti TS Muhyiddin. Tetapi UMNO nampak lebih dari itu, iaitu parti yang dipenuhi katak-katak UMNO yang melompat, khianat, menang dengan jentera parti UMNO, tetapi berpaling tadah menyertai PPBM. Walhal jentera parti UMNO itu teruk mengalami luka-luka bertempur dengan PPBM. Luka masih berdarah.

5) Benda melihatkan hati ini, adalah mengatasi kemampuan PAS untuk mendamaikan UMNO dan PPBM. PAS tidak cukup power. UMNO dan PPBM lebih power dari segi bilangan kerusi. Namun apa yang PAS sedang buat ini adalah untuk kestabilan kerajaan tatkala kita masih berdepan dengan isu pandemik dan ekonomi.

6) Seolah-olahnya PAS memihak kepada PPBM, tetapi jika diteliti, PAS dengan mempertahankan kerajaan daripada tumbang. Sebab apabila kerajaan PN tumbang, ia akan kembali kepada episod kemelut semasa Langkah Sheraton. Masing-masing akan membilang numbers. Masing-masing akan ganggu istana. Masing-masing akan melobi. Mungkin akan ambil masa beberapa hari untuk bentuk semuka kerajaan.

7) Ketika berlaku kekosongan kuasa, negara kita tak ada kerajaan/kabinet. Tiada PM. Tiada arahan. Pegawai kerajaan hanya execute perkara-perkara yang biasa-biasa, tak boleh buat desicion level menteri. Apa akan terjadi kepada negara dan rakyat yang sedang mendepani pandemik dan ekonomi?

8 ) Bahkan jika selepasnya ada pihak yang cukup numbers, adakah benar-benar strong, formidable and convincing? Jika keadaannya sama, hanya satu dua kerusi sahaja beza majoriti, ia tetap tidak akan stabil walau mana-mana gabungan pun memerintah. Apa guna membazir banyak masa dengan kemelut dan kekosongan kuasa jika hasilnya sama - tidak stabil?

9) Solution terakhir adalah pembubaran parlimen. Kononnya PRU15 akan menyelesaikan kemelut politik ini. Ya, theoritically memang nampak itulah penyelesaiannya. Kita pun berharap begitu. Tetapi jika resultnya kelak, sama macam keadaan sekarang, bagaimana? Lihat PRN Sabah. Ia tidak stabil pun walaupun PN+BN menang. Tapi kita harap ia terus ke arah stabil.

10) Jika PRU15 resultnya sama - tiada majoriti besar - maka kita akan berdepan dengan gelombang besar Covid19, lebih besar daripada pasca PRN Sabah. PRU15 adalah sia-sia dan rakyat akan menderita. Ekonomi pula akan berkembang pesat kah?

11) Kita baru dalam proses mula untuk recovery. Recover daripada cherita pentadbiran PH, dan recover daripada kesan pandemik terhadap ekonomi. Itupun masih terlalu jauh untuk kita anggap ia recovery. Rakyat masih susah. Statistik bunuh diri meningkat tinggi.

12) Tapi orang politik masih berkitai, bertikam lidah, bergaduh-gaduhan, berplot-plottan, membuat langah itu dan lamgkah ini - hanya kerana sakit hati, dendam politik, gila nak berkuasa, tamak pada satu pihak, dan satu pihak lagi giat membuat scheme itu dan ini untuk pertahan kuasa.

13) Dalam keadaan inilah rakyat akan terus kabur untuk melihat siapakah yang benar-benar berjuang untuk membantu rakyat, agama, bangsa dan negara. Mereka akan label orang politik semuanya sama. Inilah kelemahan demokrasi yang semakin menampakkan kejelikannya.






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. KERIS n BUNGA drp. air tangan Atok, Perlukah PEJUANG memamah kalian?

    BalasPadam
  2. PENGHANCUR UMNO adalah dari kalangan orang UMNO sendiri !!!..yang didalamnya ada MAHKLUK ASING bertopeng MANUSIA...bila hilang KEKUASAAN ...masing2 memperlihatkan SIKAP SEBENAR...kawan menjadi lawan...lawan menjadi kawan..

    BalasPadam
  3. umno asal 1946 itulah yang BENAR IKHLAS BERJUANG...setelah diharamkan era Tun...lahir umno baru team A/B.S46 dn pkr ppbm semuanya mengejar kuasa kroni peribadi dan pejuWANG.sanggup bermusuh dendam tohmah benci membenci asal cita2 tercapai.lompat melompat membawa lari kerusi amalan JIJIK yang diberi amanah mandat rakyat termasuk serpihan pas Pankhianat dlm pru 13 tanpa rasa malu dan bersalah utk melepaskan jawatan yg dimenangi .

    BalasPadam
  4. Apabila orang Melayu bergaduh dengan orang Melayu, puak kafir harbi bertepuk tangan dan ketawa tergolek-golek sambil makan kuaci dan popcorn dan berhigh-five kerana peluang untuk puak kafir harbi untuk berkuasa semula terbuka.

    Cukuplah 22 bulan agama Islam dan umat Islam ditindas oleh puak kafir harbi dan khadam munafiqun liberal mereka ! Hanya orang bodoh memberi peluang kepada musuh Islam untuk berkuasa semula.

    BalasPadam
  5. Bodoh sombong.Pelahap kuasa masih lapar dalam umno.Teruslah berbalah himgga lubang kubur.Umno serang Umno.,DAP yang menang nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. ..perhati dgn penuh kusyuk...untuk menyambar

      Padam
  6. ..rakyat tengah melihat gelagat ahli ahli politik...diam rakyat adalah diam ubi berisi....jika rakyat dah x percaya pd org politik..apa agaknya akan berlaku?

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.