Header Ads

ads header

Flash News

Rakyat percaya kerajaan PN lebih baik daripada PH keputusan Kajian


SHAH ALAM -
Peratusan kepercayaan rakyat terhadap keupayaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerajui negara ini jauh lebih baik berbanding ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Berdasarkan penyelidikan dijalankan badan pemikir bebas, EMIR Research bagi suku ketiga tahun ini, 43 peratus daripada 2,096 responden di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yakin PN adalah kerajaan yang berkelayakan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Dr Rais Hussin berkata, dalam kajian pada Ogos lalu itu, hanya sembilan peratus tidak bersetuju manakala 48 peratus lagi memilih tidak pasti mengenai kelayakan PN menerajui negara.

Menurutnya, berbanding tinjauan ketika PH memerintah, peratus kepercayaan rakyat terhadap kelayakan kerajaan menurun daripada 24 peratus pada suku keempat 2019 kepada 21 peratus pada suku pertama 2020.

“Kami tidak melakukan tinjauan pada suku kedua tahun ini memandangkan kerajaan PN baharu mengambil alih pentadbiran negara dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac hingga Jun.

“Kajian ini memberi fokus kepada empat perkara utama iaitu kesejahteraan negara, keadaan hidup, isu sosioekonomi dan politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, dalam tinjauan terbaru itu juga mendapati sebanyak 38 peratus responden yakin hala tuju negara berada di landasan yang betul manakala lapan peratus tidak bersetuju dan 54 peratus menyatakan tidak pasti.

Menurutnya, mengenai keyakinan rakyat terhadap ekonomi negara sedang diperkukuhkan, 31 peratus bersetuju dan 17 peratus tidak bersetuju serta 53 peratus tidak pasti.

Bagaimanapun peratusan yang bersetuju mengenai hala tuju dan ekonomi negara itu lebih tinggi berbanding dalam dua tinjauan sebelum ini ketika PH memerintah (suku keempat 2019 dan suku pertama 2020).

“Tindakan kerajaan mengendalikan pandemik Covid-19 turut dipuji, khususnya berkaitan penutupan sempadan, bantuan kecemasan kepada rakyat dan pembayaran hutang.

“Kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak paling ramai yang bersetuju dengan kemampuan kerajaan berbanding kaum lain di negara ini.

"Bukan Bumiputera dilihat lebih pesimis kerana kebanyakan mereka menzahirkan keputusan tidak pasti dalam kajian ini," katanya.

#Sumber :  Sinar Harian

MR :  48% tidak pasti adalah kerana wujud kecelaruan akhir ini atas perebutan jawatan dalam PN 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Rakyat Malaysia hanya memerhatikan PERJALANAN POLITIK PN..terlalu awal nak beri ulasan keseluruhannya...yang PENTING adalah RAKYAT yang terhimpit dengan KEBERADAAN PANDEMIK COVID 19 dan EKONOMI yang bergerak PERLAHAN di MALAYSIA serta DUNIA...KEBIJAKKAN PEMIMPIN PN yang menentukan segalanya...PRU 15 adalah PENENTUAN PN masih RELEVAN @ KANDAS dalam PERJUANGAN untuk membela RAKYAT MALAYSIA yang berPENDAPATAN RENDAH.

    BalasPadam
  2. Memang tak dinafi kan hanya ph je yg buat2 tak tau...bila jadi pembangkang itu ini suruh kejaan tambah bila 22 bln jdi gomen itu ini di potong dan di kurang kan spai keluar kenyataan tiada lagi wang percuma untuk rakyaat...

    BalasPadam
  3. Beza banyak bagi umat melayu dgn PN berbanding PH dahulu...hakikat umat melayu memang silap mendokong PH dahulu...tak mungkin lagi umat melayu berpatah balik pd PH...
    PH nemang terbaik utk DAP, utk PKR yg ramai didokong oleh kaum india...

    BalasPadam
  4. Kesilapan terbesar ph ialah mengabaikan dan mempersiakan mandat rakyat sekepas pru 14...agenda madey lebih utama melunaskan dendam kepada najib,bang non sibuk dengan agenda ganti pm,pan barua dapig teramat sibuk maki hamun tghh dan pas.Dap pula paling sibuk mereka reka cerita dongeng rasuah dan jadi kaduk naik junjung dengan kacau ganggu hak orang melayu dan Islam serta mengagungkan pengganas komunis...dalam ph sibuk kencing rakyat dan bergaduh nak lantik nahkhoda baru..kapal ph tengelam bila nakhoda tinggalkan kemudi dan letak jawatan.Agong lantik nakhoda baru untuk kapal baru pn...lalu ph dendang cerita dongeng pintu belakang,tebuk atap...Macai Rba yang ibarat hantu kehilangan tuan mula datang untuk merasuk pembaca MR...malangnya bila kena rukyah...mereka mula tak center macam cacing kepanasan meracau racau

    BalasPadam