Header Ads

ads header

Flash News

Rakyat Pilih Muhyiddin Tadbir Negara, Bukan Mahathir



SHAH ALAM –
Peratusan rakyat memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi pemimpin pilihan rakyat untuk terajui negara lebih tinggi berbanding dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berdasarkan penyelidikan dijalankan badan pemikir bebas, EMIR Research bagi suku ketiga tahun ini, 65 peratus daripada 2,096 responden yang terdiri daripada generasi muda di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Dr Rais Hussin berkata, dalam kajian pada Ogos lalu itu, hanya 10 peratus menyokong Dr Mahathir dan lapan peratus lagi memilih Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

“Walaupun Muhyiddin mendapat sokongan daripada responden berbangsa Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, sebanyak 50 peratus responden berbangsa Cina dan 49 peratus responden berbangsa India memberikan sokongan padu terhadap beliau, berbanding Anwar Ibrahim,” katanya.

Dr Rais dalam kenyataannya hari ini berkata, kajian tersebut memberi fokus kepada empat perkara utama iaitu kesejahteraan negara, keadaan hidup, isu sosioekonomi dan politik.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak 42.8 peratus responden memilih parti UMNO untuk menerajui politik negara, berbanding PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan peratusan masing-masing sebanyak 15.3 peratus dan 8.3 peratus.

“Selain mendapat sokongan daripada responden berbangsa Melayu sebanyak 51 peratus, kajian juga mendapati UMNO menerima sokongan daripada 25 peratus responden Cina, 26 peratus responden India dan 24 peratus bumiputera Sabah dan Sarawak.

“Para peserta perbincangan juga lebih memberi fokus kepada kestabilan kerajaan, jadi seorang peserta perbincangan merumuskan: ‘Ramai orang kata kerajaan sekarang ini ialah kerajaan yang diperlukan, bukan kerajaan yang kita mahu, bukan kerajaan yang kita pilih,” katanya. – Sinar Harian



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. hakikat itulah kehendak Tun supaya bukan anuar, bukan PH yg rasist dari perkauman india, cina menguasai kerajaan...bukan juga najib, bukan juga zahid yg korup yg jadi PM...
    Muhyidin sedang dilandasan yg betul demi kekuatan umat melayu Islam yg merupakan kaum bumiputera negara tanah melayu ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah kantoi... https://www.thethirdforce.net/kantoi-laporan-rakyat-pilih-muhyiddin-tadbir-negara-disediakan-orang-muhyiddin-sendiri/

      Padam
  2. Tlglah Dr Rais sapa, peminat tegar Atok yg beralih arah ke Yiden,,carilah kajian soal selidik yg x bias

    BalasPadam
  3. Asalkan yang TERBAIK UNTUK BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM...bukan YANG BISU dan PEKAK untuk PERTAHANKAN BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM !!!

    BalasPadam
  4. Ada tak kajian berapa lama lagi dadah dapat dihapuskan pengedarannya dalam negara.Banyak sungguh rakyat yang rosak.

    BalasPadam
  5. Umat melayu ni, tak serik2. Dulu tak nak umno, tolak umno. Sekarang ni nak umno balik. Tak tahu lah, umat melayu kita ni berkiblatkan ape? Harta, kuasa, asobiyah? Marilah kita pakat2 memilih parti, pemimpin berdasarkan Islam sebagai cara hidup kita di dunia utk akhirat.

    BalasPadam