Header Ads

ads header

Flash News

Ramai yang percaya saya halang Anwar jadi Perdana Menteri... Tapi sebenarnya Anwar tak mampu jadi PM kata Tun M


KUALA LUMPUR:
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjawab dakwaan bahawa beliau merupakan punca yang menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menjadi perdana menteri.

Penjelasan itu dibuat dalam posting terbaru yang dimuat naik di blog beliau chedet.cc

Dalam posting tersebut, Dr Mahathir menjelaskan secara terperinci apa yang berlaku bermula pada tarikh 21 Februari sehingga berlakunya pertukaran kerajaan, pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri baharu dan Anwar mengumumkan mempunyai sokongan majoriti.
Menurutnya, ramai percaya beliau menjadi penghalang kepada hasrat Anwar untuk menjadi perdana menteri.

Namun hakikatnya, katanya, walaupun beliau ditolak keluar dari Pakatan Harapan (PH) oleh Anwar, Presiden PKR itu tetap gagal menjadi perdana menteri.

"Ramai yang percaya bahawa sebabnya Anwar tidak dapat jadi perdana menteri ialah kerana saya menghalang.

"Benar dahulu saya berpendapat bahawa kerana sebab tertentu dia hilang kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

"Tetapi apabila (Datuk Seri) Najib (Razak) menjadi kleptokrat, saya sanggup bekerjasama dengan Anwar untuk jatuhkan Najib.

"Saya tidak menentang cadangan PH bahawa Anwar akan mengganti saya apabila saya letak jawatan.
"Tetapi belum pun sampai masanya konco-konco Anwar mendesak supaya saya letak jawatan," katanya.

Kata Dr Mahathir, beliau dimaklumkan oleh Muhyiddin bahawa Mesyuarat Majlis Presiden PH pada malam 21 Februari akan mendesak supaya beliau meletak jawatan untuk Anwar dilantik sebagai perdana menteri.

"Kononnya, saya akan dipaksa lantik Anwar sebagai timbalan perdana menteri dengan segera," katanya.

Tujuannya, katanya, ialah supaya beliau setuju Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar dari PH dan kerajaan PH jatuh.

Pada masa sama, katanya, Muhyiddin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sudah merancang bekerjasama dengan Muafakat Nasional bagi menubuhkan kerajaan baru menggantikan PH.

Jelas Dr Mahathir, peletakan jawatan perdana menteri olehnya pada 23 Februari bukan kerana cadangan PH untuk Anwar mengambil alih jawatan itu tetapi kerana tidak mendapat majoriti sokongan dalam Bersatu.

Beliau menerusi blognya turut menjelaskan bagaimana Anwar gagal dilantik menjadi perdana menteri seperti yang telah dipersetujui kerana Muhyiddin sebaliknya sudah berjaya mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik sebagai perdana menteri.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


17 ulasan:

  1. Itu lah sentiasa org lain salah dia yg benar

    BalasPadam
  2. Tun Mahathir dan DSAI sama aje perangai...eloklah terKUBUR terus dari PERSADA POLITIK MALAYSIA..

    BalasPadam
  3. Nak cari alasan je Atok ni.Atok kata DSAI tak layak jadi PM,sebenarnya BKN tak layak,Atok sgt takut DSAI jadi PM,takut DSAI "gigit" dia balik.Itulah yg sebenarnya.

    BalasPadam
  4. Dsai n atuk berhentilah dri politik barulah malaysia ni aman n damai..sekarang masanye memikirkan bagaimana nak tangani covid19..bukan buat politik murahan..rakyat dah muak

    BalasPadam
  5. Dsai n atuk berhentilah dri politik barulah malaysia ni aman n damai..sekarang masanye memikirkan bagaimana nak tangani covid19..bukan buat politik murahan..rakyat dah muak

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Dulu Tun sokong Pak Lah jadi PM.. sbb Tun yakin dia mampu.. akhirnya tak mampu.. Tun sendiri sokong Tun sendiri lawan balik Pak Lah.. lepas tu Tun sokong Najib jadi PM sbb Tun yakin Najib mampu.. tapi tak mampu jugak.. Tun lawan balik.. sekarang dgn Anwar awal2 lagi dah cakap tak mampu.. tak test pun lagi.. mana nak tau dia mampu?? ke ketaq lutut Anwar jadi PM? lain macam je cara Tun taknak tu.. mesti ade skandal jenayah Tun yg Anwar tau tu.. yg terbukti sekarang yg Tun cakap mampu tu akhirnya sebenarnya tak mampu.. jadi macamana nak percaya cakap Tun lagi??.. cukup2lah Tun... Tun dah tak wujud lagi dalam jiwa kebanyakan rakyat.. tapi bolehlah cuba kalau nak main belakang tabir.. kat frontline nama Tun dah karam tenggelam.. takde sape dah nak kenang Tun.. rakyat nak gelar Tun negarawan pun dah tak lalu..

    BalasPadam
  8. APA YANG TERJADI MAHUPUN BERLAKU TIKA & SAAT INI BUAT MALAYSIA HASRAT TUN BELUM TERCAPAI MANDATNYA JANJINYA WAWASAN 2020.WAllahhuaalam,assalamualaikum.

    BalasPadam
  9. Kesimpulan: Atuk liberal mata satu, atuk Kerala dan gonna end gila kuasa pada tahap kronik.Semuanya mempunyai pelbagai skandal yang merugikan rakyat dan negara.

    BalasPadam
  10. anuar sampai bila2 mustahil jadi PM, anuar bukan pemimpin ulung umat melayu Islam...sebaliknya anuar lebih senonim sebagi pemimpin dari kaum india...maka itulah akan dihalang seribu rintangan jika dia cuba jadi PM malaysia, khusus utk umat melayu Islam yg merupakan kaum majoriti negara ini...mustahil majoriti dipimpin dari kalangan minoriti, ini pasti ditentang...

    BalasPadam
  11. Tapi Atuk lantik Lim Guan Eng jadi Menteri Kewangan. Ha ha ha.

    BalasPadam
  12. Atok x Abam sbb Jijah doh cerite segalanya pd thn 1998

    BalasPadam
  13. tak habis habis lagi la org tua ni...
    boring la wei dengaq alasan hang

    BalasPadam
  14. Yg sebenaqnya, atok95 sudah gagal membentuk barisan pelapis yg berkarismatik dan bermanfaat utk negara.

    Maca terlahirlah berbagai alasan

    Nuar tu memang fail sbg apprentice

    Atok95 tu pun fail sbg leader

    Both totally fail

    Full stop.

    BalasPadam