Header Ads

ads header

Flash News

Rayuan editor Sarawak Report terhadap pengecualian Sultanah Terengganu daripada beri bukti ditetap Mac depan


PUTRAJAYA:
Mahkamah Rayuan menetapkan 24 Mac untuk mendengar rayuan editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan dua pihak lain terhadap pengecualian Sultanah Terengganu Nur Zahirah daripada memberi bukti dalam saman fitnah yang difailkannya.

Peguam Americk Sidhu yang mewakili tiga defendan itu berkata, pendengaran secara maya sebelum ini ditetapkan pada hari ini untuk membatalkan rayuan tersebut.

“Kami sudah bersedia dengan peguam kanan Gopal Sri Ram untuk membuat penghujahan di hadapan panel tiga hakim,” katanya kepada FMT dengan menambah bahawa pihak terbabit memfailkan penghujahan bertulis sebelum ini.

Bagaimanapun, atas alasan yang tidak diketahui, mahkamah membatalkan pendengaran dan sebaliknya menjalankan pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar mahkamah Mohd Khairi Haron yang menjadualkan semula pendengaran itu tahun depan.

Sekiranya rayuan ketiga-tiga defendan itu ditolak, pendengaran di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Zaidi Ibrahim akan dijadualkan untuk diteruskan selama empat hari dari 7 Dis.

Disember lepas Zaidi berkata, berhubung saman tersebut, Rewcastle-Brown, penerbit Gerakbudaya Enterprise, penerbit Chong Ton Sin and pencetak Vinlin Press Sdn Bhd telah memfitnah sultanah.

“Dalam fikiran orang yang waras, ayat yang dipersoalkan dalam sebuah buku itu mencemarkan kehormatan plaintif. Jadi fitnah telah dibuktikan,” katanya, merujuk kepada buku yang diterbitkan oleh Sarawak Report bertajuk “The Inside Story of the 1MDB Expose”.

Zaidi berkata, beliau bersetuju dengan peguam plaintif, Mohd Haaziq Pillai bahawa defendan tidak perlu memanggil pakar bahasa bagi membuktikan ayat dalam buku itu tidak bersifat memfitnah.

Hakim itu berkata, “bebannya kini telah berpindah kepada defendan” dan mereka boleh memilih untuk bergantung pada pembelaan yang wujud dalam kes fitnah atau mengambil pendirian bahawa tidak ada kes yang perlu dijawab.”

Rewcastle Brown dan 2 yang lain memetik pembelaan justifikasi, komen berpatutan dan keistimewaan bersyarat.

Sultanah Nur Zahirah memfailkan permohonan meminta samannya diputuskan secara penghakiman terus pada 27 Mei tahun lalu di bawah Aturan 14A Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.

Beliau mendakwa, Rewcastle Brown membuat kenyataan fitnah terhadap beliau dalam bukunya dan mendakwa ia boleh membawa maksud beliau terlibat dalam amalan rasuah dan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Terengganu, selain menggunakan kedudukan beliau untuk mempengaruhi penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA), yang kemudiannya menjadi 1MDB.

Beliau mendakwa, kenyataan itu juga membawa maksud beliau menolong ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, menjadi penasihat TIA.

Beliau menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta daripada setiap defendan dan perintah supaya penerbit menarik balik buku yang mengandungi kenyataan fitnah dan defendan ketiga tidak mengulangi atau mencetak buku berkenaan.

MR : Malaysiakini sah tak akan siar



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: