Header Ads

ads header

Flash News

Rekod PAS tak pernah tolak Bajet 2016, Bajet 2017 dan Bajet 2018 kenapa?


Selama tiga tahun berturut-turut sebelum ini Ahli-Ahli Parlimen PAS dikecam hebat kerana tidak menyertai pakatan pembangkang di dalam menolak Bajet 2016, Bajet 2017 dan Bajet 2018.

Ahli-Ahli Parlimen PAS tidak menyertai pakatan pembangkang di dalam menolak Bajet 2016 kerana, mengikut Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, “dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat” selain kerana Ahli-Ahli Parlimen PAS “bersetuju secara dasarnya dengan bantuan-bantuan yang diberi oleh kerajaan terhadap rakyat”. (1)

Kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ini memarahkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang berkata kengganan tolak Bajet 2016 menunjukkan PAS mahu bersama BN (2) malah Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul, Ketua Whip DAP, Anthony Loke dan Ketua Whip AMANAH, Khalid Samad, mengeluarkan kenyataan khas bagi membedal pendirian PAS itu (3).

Ahli-Ahli Parlimen PAS juga tidak menyertai pakatan pembangkang di dalam menolak Bajet 2017 kerana, mengikut Ahli Parlimen Temerloh, “kita tidak mahu maksudnya menolak keseluruhan Bajet 2017 sebab ada juga dalam bajet itu perkara-perkara yang baik dan perlu sampai kepada rakyat seperti bahagian emolumen sebagai contohnya” (4).

Ahli-Ahli Parlimen PAS juga tidak menyertai pakatan pembangkang di dalam menolak Bajet 2018 kerana, mengikut Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad, “PAS sokong perbelanjaan yang bermanfaat kepada rakyat seperti mendirikan sekolah, hospital, BRIM, biasiswa, bantuan kepada petani, nelayan” dan “Kebenaran ialah rakan PAS walaupun yang membawa kebenaran itu ialah musuh” (5).

Bandingkan pula kenyataan Ahli-Ahli Parlimen PAS di dalam menerangkan sebab mereka tidak menolak Bajet 2016, Bajet 2017 dan Bajet 2018 ini dengan penjelasan Ahli-Ahli Parlimen DAP dan PKR di dalam menerangkan sebab mereka tidak menolak Bajet 2021.

Jelas Ahli Parlimen PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim: “Pertimbangan kita adalah untuk memastikan projek pro-rakyat seperti petani, nelayan, pekebun kecil, pekerja, penganggur, pekerja kilang itu ditingkatkan dan sebahagiannya diambil kira dalam Bajet 2021” dan “keputusan-keputusannya itu nampak memberikan sedikit response…maka saya dapati agak sukar untuk kita memberikan penolakan keras pada peringkat awal (ke atas Bajet 2021). (6)”

Jelas Ahli Parlimen DAP, Anthony Loke: “Mengapa kita tidak undi belah bahagi hari ini? Sebabnya ialah kita tidak menolak keseluruhan Belanjawan tersebut. Ada perkara yang kita boleh bersetuju dan sokong seperti pembayaran gaji untuk kakitangan awam, elaun khas untuk frontliners, bantuan tunai kepada rakyat, subsidi gaji untuk majikan, peruntukan untuk pengangkutan seperti MY30 dan lain-lain peruntukan yang memberi manfaat terus kepada rakyat. (7)”

Bukankah hujah-hujah yang diberikan oleh Ahli-Ahli Parlimen DAP dan PKR sekarang sama dengan hujah-hujah yang diberikan oleh Ahli-Ahli Parlimen PAS sebelum ini?

Tidakkah ini menjadi bukti jelas bahawa Ahli-Ahli Parlimen DAP dan PKR kini sudah mengakui kesilapan mereka dan kebenaran pendirian Ahli-Ahli Parlimen PAS sebelum ini?

Tidakkah ini menjadi bukti jelas bahawa pemikiran Ahli-Ahli Parlimen PAS jauh lebih matang dan jauh lebih terkehadapan berbanding pemikiran Ahli-Ahli Parlimen DAP dan PKR?

DR. KAMARUL ZAMAN HJ YUSOFF

RUJUKAN:

  1. https://www.astroawani.com/berita-politik/pas-tidak-akan-sertai-usul-tolak-bajet-2016-abdul-hadi-79006
  2. https://www.malaysiakini.com/news/317999
  3. https://www.malaysiakini.com/news/319086
  4. https://www.malaysiakini.com/news/362033
  5. https://www.malaysiakini.com/news/401849
  6. https://www.facebook.com/16194831839/posts/10161147402101840/
  7. https://www.facebook.com/129323924541/posts/10157922129319542/

https://facebook.com/story.php?story_fbid=3825454564165240&id=100001022016761





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Mmg sejak zaman BN 2015 lg, MP pas jd pasu bunga je kat parlimen. Kalo x sokong, berkecuali. Tu je fungsi dia. Zaman PH baru terpekik terlolong. Ni zaman PN jd pasu bunga balik. Lps dpt jd menteri, terus sokong je apa ckp Mudin. Yg x blh brain, mudin belum bentang belanjawan lg, dah terus sokong. Kalo mudin suruh terjun laut pun mmg ikut je mcm hamba firaun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dahulu ada subsidi BERUK dewasa bukan anak beruk jadi petapa bangga org yg dapat subsidi itu ada tuan yg kena gigik olih beruk cuba anda renung masaalah yg berlaku dahulu ada kah ia berlaku sekarang renung2 lah pada diri sendiri.

      Padam
    2. kau ade brain ke...hahaha

      Padam
  2. Betul apa hujah MP PAS , satu lg , Menteri Kewangan yg bentang , bukan PM , PAS sokong lepas dengar habis pembentangan , hee macai ph ni sasau

    BalasPadam
  3. Kalu keluar sahaja hujah machai PH,nampak sangat bodoh.Kalu ada bodoh,disitulah machai PH bertenggek.Otak sudah beku akibat kasihkan DAp yang kufur dan penentang islam itu.
    Benci geng lebai kasih geng DAP.mati nanti ajak geng DAp urus jenazah,jangan cibuk g cari puak lebai.

    BalasPadam