Header Ads

ads header

Flash News

RM103.74 bilion : Jumlah eksport negara dalam sektor agrikomoditi


Sektor agrikomoditi negara menyumbang sebanyak 14.62% iaitu RM103.74 bilion kepada peratusan eksport negara setakat September 2020.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, peratusan signikan tersebut berjaya dicapai meskipun negara sedang menghadapi situasi pandemik pada tahun ini.

“Secara keseluruhannya, sektor agrikomoditi menyumbang kepada sebahagian pendapatan eksport negara.

“Walaupun negara sedang menghadapi situasi pandemik pada tahun ini, sektor agrikomoditi masih menyumbang kepada peratusan eksport negara yang signikan iaitu sebanyak 14.62%, setakat September 2020, bersamaan dengan RM103.74 bilion,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Nizar Zakaria (BN-Parit).

Jawapan tersebut diberikan selepas Mohd. Nizar meminta beliau menyatakan pendapatan eksport produk agrikomoditi daripada keseluruhan pendapatan eksport negara bagi tahun 2010 hingga 2020.

Mohd. Nizar turut meminta penjelasan berkaitan peningkatan harga agrikomoditi utama seperti harga purata minyak sawit mentah yang dijangka mencecah RM2,800/tan menjelang akhir tahun 2020 atau suku pertama tahun 2021.

Bagi tahun 2010 hingga 2015, jumlah pendapatan eksport produk agrikomoditi masing-masing berjumlah RM114.10 bilion, RM141.41 bilion, RM127.26 bilion, RM114.47 bilion, RM116.57 bilion dan RM117.10 bilion.

Manakala untuk tahun 2016 hingga 2019 pula, pendapatan eksport produk agrikomoditi masing-masing berjumlah RM122.58 bilion, RM140.06 bilion, RM127.86 bilion.

Menyentuh soal peningkatan harga agrikomoditi utama seperti harga purata minyak sawit mentah, beliau memberitahu, harga minyak sawit di pasaran adalah ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran terhadap produk berkenaan.

Selain itu, faktor asas (fundamental) dan sentimen pasaran (market sentiment) turut mempengaruhi pergerakan harga minyak sawit mentah (MSM) di pasaran.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan