Header Ads

ads header

Flash News

Rungutan Terhadap PKPB Ad-Hoc


1) PKPB bermula hari ini. Kali ini banyak pihak tak berpuas hati dalam kalangan rakyat. Takyah ambil kira pembangkang yang tak puas hati sebab pembangkang memang takkan puas hati walau apa keputusan kerajaan. Tapi ketidakpuasan hati yang datang daripada non-partisan, kerajaan kena pandang betul-betul.

2) Ramai peniaga kechil yang merungut dengan PKPB secara mendadak. Bisnes kechil jual kerepek dan nasik lemak sorang-sorang pun terjejas. Bisnes berskala kechil-sederhana lagi lah terjejas. Ada yang baru saja setup perniagaan tak sempat nak rolling modal pun, dah kena PKP - nak kena bayar sewa premis dan pekerja. Hasil tak masuk.

3) Bukan saja bisnes terganggu, malah periuk nasik pekerja-pekerja juga terganggu. What you can expect company kechil bisnes kampung nak maintain bayar gaji pekerja ketika perniagaan tak jalan? Gaji harian lagi lah sangkut. Syarikat gergasi tak apa lah ada dana backup untuk resist krisis. Company kechil yang baru nak up? Lingkup. Nasib pekerja out.

4) Walaupun pakat duk puji Belanjawan 2021 tu bagus baik terbaik terbiden bagai, sentimen kemarahan rakyat kena cakna. Rakyat tak puas hati sebab tergesa-gesa. Diorang faham keperluan PKPB sebab kes Covid19 meningkat banyak. Tapi peningkatan itu bukan mendadak dalam sehari dua, data dah tunjuk berminggu-minggu kenaikan.

5) Sepatutnya kerajaan tidak buat PKPB mendadak. Beri tempoh at least dua minggu sebelum. Beritahu rakyat buat persediaan, kita nak PKPB lagi dua minggu jika kes tak turun. Seminggu sebelum dah boleh arahkan ibubapa ambil anak-anak pulang dari sekolah, asrama etc. Ada ruang kelegaan untuk rakyat bergerak sebelum PKP. Ini kasi masa sehari, memang rush giler. Yang bersekolah belakang rumah OK lah. Yang bersekolah rentas tiga empat negeri, memang rushing dan letih.

6) Yang bisnes nak setup dan buat desicion untuk pekerja-pekerja samada bekerja dari rumah ka, datang bergilir ke premis ka, nak bayar gaji berapa ka dan sebagainya - nak buat dalam masa sehari dua? Company kechil mana ada akauntan professional nak ejas semua tu.

7) Kerajaan wajib ditegur. Kalau kerajaan dah menutup telinga untuk dengar kritikan pembangkang, at least blok-blok dalam kerajaan sendiri buat teguran. Mana PAS? Jangan sampai orang anggap tengah syiok dengan jawatan, tak berani tegur. Mana UMNO? Mana GPS?

8 ) Belanjawan 2021 hebat atas kertas saja buat masa sekarang. Sebelum Belanjawan 2021 terlaksana, rakyat akan berdepan bermacam kesusahan disebabkan PKPB yang ad-hoc ini. Belanjawan 2020 dan BPN tak ada peruntukan khusus untuk PKPB yang kali ini. Belanjawan 2021 untuk 2021 laaa kan 😈?

Sekian
Dr Tanaka Mustafa

p/s: rumusan daripada tinjauan lapangan dan rungutan rakyat marhaen yang pihak kami terima Sabtu dan Ahad.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Betul tu, apa kata kita tukar kerajaan Masa Pru15 nanti, baru tau tinggi ke rendah langit tu.

    BalasPadam
  2. Hanya KESABARAN yang perlu ada pada setiap diri MANUSIA pada saat sebegini...bukannya SENANG hendak buat sesuatu TINDAKKAN yang berSANGKUT dengan NYAWA MANUSIA...WABAK PENDEMIK COVID 19 yang MELANDA 1 DUNIA...VAKSIN pun masih dalam KAJIAN MAKMAL....SABAR TU SEPARUH DARI IMAN bagi yang FAHAM...

    BalasPadam
  3. Betul....menyusahkan.

    BalasPadam