Header Ads

ads header

Flash News

SPRM rampas empat kereta mewah dipercayai milik kakitangan kerajaan Gred KP19


PUTRAJAYA:
Gaji minimum seorang kakitangan kerajaan Gred KP19 ialah sebanyak RM1,360 manakala pendapatan maksimum sehingga RM4,052 tidak termasuk bayaran elaun tidak memungkinkan seseorang itu memandu kenderaan mewah.

Apa lagi kereta berjenama Roll Royce Phantom, Mustang dan Range Rover serta Audi yang dimiliki anggota yang berjawatan di gred berkenaan tentu sekali mengundang tanda tanya ramai.

Bertitik tolak pada keraguan itu, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati, pemilikan kenderaan-kenderaan tersebut oleh seorang kakitangan Jabatan Imigresen membawa kepada tumpasan sindiket pemalsuan cap sempadan.

Anggota berkenaan kini ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurut sumber, siasatan SPRM dalam OP SELAT mendapati sindiket membelanjakan jutaan ringgit bagi menyogok pegawai dan anggota Jabatan Imigresen sejak beberapa tahun.

"Apa yang mengejutkan ialah bagaimana seorang anggota imigresen Gred KP 19 mampu memiliki empat buah kereta mewah iaitu Roll Royce Phantom, Mustang, Range Rover dan Audi.

“Kereta-kereta ini didaftarkan atas nama dua warga China yang dipercayai ejen pekerja asing China yang beroperasi di Malaysia dan dua ejen lelaki tempatan,” kata sumber itu.

Sumber berkenaan juga berkata, SPRM telah mengenal pasti identiti keempat-empat warga China itu dan rakyat tempatan yang terbabit serta sedang mengesan kesemua mereka.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditangkap dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Setakat ini, seramai 50 orang telah ditahan dalam OP SELAT dan 28 daripada mereka merupakan pegawai imigresen, 17 ejen pekerja asing dan lima orang awam.

SPRM turut meampas wang tunai berjumlah lebih RM800,000, 26 buah kereta mewah dan empat buah motosikal berkuasa tinggi telah dirampas.

Rampasan juga tidak termasuk nilai rumah, tanah, barangan kemas dan sebagainya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Kaya mcm ini x kena di dunia,di ahkirat xlepah punya kecuali sempat taubat

    BalasPadam
  2. China. Padanlah IC Malaysia tapi tak reti bahasa Melayu.

    BalasPadam