Header Ads

ads header

Flash News

Tajuddin dilantik pengarah PRU-15 bagi Umno


Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai pengarah pilihan raya umum (PRU) ke-15 untuk Umno.

Berdasarkan surat lantikan yang  bertarikh hari ini, pelantikan itu berkuat kuasa serta merta.

“Skop tugasan dan tanggungjawab sebagai pengarah PRU-15 Umno akan diumumkan kelak.

“Saya percaya, YB Datuk Seri dapat memberikan komitmen dan melaksanakan tanggungjawab ini seterusnya dapat membantu kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam PRU-15 akan datang,” petik surat yang ditandantangani Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi itu.

Selepas pelbagai spekulasi timbul berhubung hubungan Umno dengan Bersatu dalam kerjasama Perikatan Nasional (PN), Umno pada minggu lalu menyatakan semula sokongannya kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ini selepas ura-ura bahawa ramai anggota parlimen daripada Umno akan beralih sokongan dan menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Meskipun Umno menyatakan kembali sokongan kepada perdana menteri, pelbagai kemungkinan boleh berlaku, lebih-lebih lagi menjelang undian Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.

Sekiranya belanjawan tersebut tidak mendapat cukup sokongan, ia boleh bertukar menjadi satu bentuk undi tidak percaya ke atas Muhyiddin.

Namun, semalam, Tajuddin yang juga anggota parlimen Pasir Salak meyakinkan Muhyiddin bahawa tidak ada apa yang perlu dirisaukan berhubung soal sokongan anggota Parlimen BN terhadap belanjawan itu.

Tegas Tajuddin, Muhyiddin tak perlu “risau, bimbang dan ragu”, kerana ahli-ahli Parlimen BN telah sebulat suara membuat keputusan untuk menyokong Belanjawan 2021.

Meskipun buat masa ini Umno menyokong pentadbiran Muhyiddin, akan tetapi, parti itu tetap mahukan PRU diadakan selepas wabak Covid-19 reda nanti.

"Umno adalah sebuah parti yang dasar-dasarnya sentiasa memberikan keutamaan kepada agenda rakyat. Maka semua anggota kabinet yang mewakili Umno terus kekal dalam kerajaan dan beriltizam untuk terus menjaga kebajikan rakyat dan mempertahankan maruah parti.

"Umno memutuskan agar mandat rakyat dikembalikan bagi mewujudkan kerajaan yang stabil dengan mengadakan PRU setelah pandemik Covid-19 dapat dikawal dan berada di peringkat minimum," kata Ahmad Zahid dalam satu kenyataan minggu lalu. 





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan