Header Ads

ads header

Flash News

UMNO Tidak sertai PN dan akan guna logo BN dalam PRU15 kata Ismail Sabri


KUALA LUMPUR:
UMNO akan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan keputusan tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai salah satu komponen, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"UMNO juga membuat keputusan tidak akan menyertai PN sebagai salah satu komponen parti berkenaan. Atas dasar itu UMNO akan menggunakan lambang BN yang ditunjanginya dengan MCA dan MIC pada PRU15," jelasnya, memetik laporan Mingguan Malaysia.

Namun, Ismail Sabri menjelaskan, persetujuan telah dicapai agar tiada pertembungan antara BN dan PN memandangkan Pas juga menyertai PN bersama Bersatu.

Berhubung soal pembahagian kerusi pula, Ismail Sabri berkata, Jawatankuasa Pembahagian Kerusi sudah berunding dengan Pas ketika beliau mempengerusikannya.

Bagaimanapun, selepas Pas membuat keputusan menyertai PN, isu berkenaan katanya tidak diketahui sama ada rundingan diteruskan dengan PN, Pas atau Bersatu.

Ini kerana jawatankuasa tersebut kini dipengerusikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Bagaimanapun, tegas Ismail Sabri, kedudukan Muafakat Nasional (MN) masih kukuh iaitu kesepakatan penyatuan ummah dari segi pemikiran dan tindakan dan bukannya membentuk sebuah gabungan parti.
Tambahnya lagi, meskipun ada cadangan MN didaftarkan sebagai gabungan parti, namun perkara itu dilihat sukar dilaksanakan memandangkan Pas sudah bersama PN.

“Maka adalah mustahil bagi sebuah parti untuk berada dalam dua gabungan parti,” kata beliau lagi.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Pas main 2 kolam. Kejap MN kejap PN. Umno terpaksa konsisten pd BN sbb dah mmg ada kekuatan kat situ.

    BalasPadam
  2. Hmmmm.hmm.hmmhmmmmmmm...sana nak,sini nak,sinun pun nak .jangan tamakkkk. Nanti rugiiiiii...urang tamak selalu rugi..pikio pikiokanlah...

    BalasPadam
  3. perkukuhkan MN pegi mampos sama PN.

    BalasPadam
  4. berani ke Pas bersama parti bunga bangsat celaka yang tiada jemtera, tiada sokongan?????

    BalasPadam
  5. kukuhkan sahaja BN.. setelah mendapat jawatan,ternyata pemimpin PAS telah lupakan saat susah penyatuan MN... bersatu yg terdesak memang pandai pancing PAS sampai sanggup PAS abaikan MN... aku harap BN kukuhkan jentera sendiri untuk PRU15 ni... pemimpin PAS dah termakan budi dgn midin n the semburit aka katak2.. aku nak tau juga macam mana perasaan pemimpin PAS kalau BN jalin kerjasama dgn PAN lepas tu ajak PAS join... harap pemimpin PAS buka mata luas2, pikirkan tentang penyatuan MN,lu pikir la sendiri!!

    BalasPadam
  6. Kalau nak kalah lagi silakan lah.
    Gerenti kalah punya.
    Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

    BalasPadam
  7. Dalam pelbagai PRK selepas pru14, semua kerusi ditandingi BN dan disokong kuat oleh pas, itu sbb UMNO rasa sangat baik dgn PAS sebelum, kerana pas oleh. Tersalah betapa kuatnya BN, sbb pas mudah dicucuk hidung.. Tapi ingat PRU 14 pas menang kerusi tanding secara solo. Pikirkanlah kekuatan pas jika jgn main Api... Pas mengalah sbb penyatuan Melayu dan demi agama Islam.

    BalasPadam