Header Ads

ads header

Flash News

‘Umno yakin PAS tidak akan paksanya terima Bersatu’


Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa parti itu tidak boleh dipaksa untuk menerima Bersatu sebagai rakan politik.

Justeru, Khaled mengingatkan rakan sekutunya, dalam Muafakat Nasional (MN), iaitu PAS supaya memahami dan menghormati kedudukan Umno dalam hubungan dengan parti serpihan berkenaan.

"Umno sangat menghargai setiakawan PAS dan kerjasama keduanya telah banyak membuahkan kebaikan kepada politik Melayu Islam di Malaysia.

"Walaupun PAS menyertai Perikatan Nasional (PN), Umno tidak menghalangnya kerana Umno memahami dan menghormati kedudukan PAS.

"Lagipun piagam MN tidak pernah menghalang PAS bekerjsama dengan sesiapa pun. Maka demikian juga yang Umno harapkan dari PAS tentang hubungan Umno dengan Bersatu.

"Umno yakin PAS tidak akan memaksa Umno untuk menerima Bersatu. Umno juga tidak mahu dipaksa menerima sesiapa untuk menjadi rakan politiknya," kata Khaled dalam satu kenyataan.

"Hanya jauhari yang mengenal manikam."

Menurut Khaled, Umno bukan dalam misi memberikan ihsan atau bantuan kepada sebarang parti untuk bernafas dan meraih kemenangan dengan pertolongan jenteranya.

"Umno dan PAS mempunyai sinergi yang meyakinkan. Maka sinergi inilah yang mesti dioptimumkan waktu ini.

"Selain PAS, kerjasama Umno dengan parti yang lain adalah berdasarkan formula kemampuan parti tersebut memberikan Umno strategic advantage untuk kebolehmenangan.

"Umno bukan dalam misi memberikan ihsan kepada mana-mana pihak untuk bernafas dan meraih kemenangan dengan pertolongan Umno.

"Keutamaan Umno ialah kemenangan berganda dengan kerjasama PAS. Selebihnya, biar Umno akan tentukan jalannya sendiri," katanya.

Khaled berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung BN, Annuar Musa yang dilaporkan sebagai berkata Umno terperangkap dalam superiority complex (kompleks tinggi diri) dan lupa ia tewas pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Kenyataan Annuar itu berkaitan tanggapan Umno tidak dilayan dengan baik dalam kerajaan.

Sehubungan itu, ramai pemimpin Umno membidas Annuar yang disifatkan bertindak seolah-olah sebagai jurucakap Bersatu sedangkan dia adalah ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

Mengulas lanjut, Khaled berkata kenyataan Annuar yang mendakwa bahawa ‘PAS tidak akan bersama Umno tanpa Bersatu’ itu sebagai tidak mewakili pendirian parti berkenaan.

“Saya yakin bahawa kenyataan bahawa ‘PAS tidak akan bersama Umno tanpa Bersatu’ oleh seorang yang bukan jurucakap PAS, tidak mewakili pendirian PAS.

"Ia datang dari seorang yang hanya ingin meyelamatkan Bersatu dan memecah-belahkan Muafakat Nasional,” katanya.

MR :  Setakat ini tak ada isu PAS nak paksa UMNO terima BERSATU, hanya kenyataan Annuar Musa mungkin PAS akan bersama BERSATU pasal PAS dah bersama dengan PN. Isu ini macam sengaja dibesarkan oleh satu puak dalam UMNO dan setakat ini pemipin PAS tak ulas perkara ini hanya dibesarkan puak terpinggir dalam UMNO dan dimainkan oleh media PH



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan