Header Ads

ads header

Flash News

YADIM Sabah sampai bantuan keluarga Tionghua dihanyutkan arus deras


KENINGAU
- Kehilangan ahli keluarga secara tiba tiba pasti amat memilukan dan berat untuk dihadapi oleh sesiapapun.

Justeru, prihatin dengan kejadian malang yang menimpa sebuah keluarga Tionghua dari daerah ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 11 November tampil menghulurkan bantuan kepada mereka.

Sumbangan dalam bentuk wang tunai tersebut diserahkan kepada ibu dan bapa kanak kanak tersebut di sini oleh Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki.

Dalam kejadian pada 9 November lalu, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh seorang lelaki dihanyutkan arus deras di Sungai Pagalan di sini akibat hujan yang lebat pada hari kejadian.

Sehingga berita ini ditulis, dua kanak - kanak, Jason Lim Ze Hao 6 tahun dan Amber Lim Ze Yee 4 tahun masih belum ditemui.

Dalam pada itu, YADIM Sabah juga menyumbang bekalan kepada petugas barisan hadapan yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat ini.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan