Header Ads

ads header

Flash News

You pray for rain, You gotta deal with the mud too


Bila PH jatuh, saya dah tulis kita move on sahaja untuk PRU15 tapi ada pula yang geng-geng naratif bekas pemakan dedak dengan menteri dulu sanggah, kenapa nak move on sedangkan itu mandat kita. Tapi yang geng-geng pemakan dedak ini lupa nak dapat numbers dari MP dari mana?

Mula2 kita betul yang ingat yang dia hendak kembalikan mandat PH, rupanya dia hendak kembalikan mandat dia bukan mandat PH sangatpun. Sebab tu kalau dia kisah pasal mandat PH, dia tak akan buat semua benda yang mengarut macam letak jawatan tak berbincang. Secara logiknya, kalau orang nak rampas kereta yang kita tengah bawa, senang nak lawan waktu tangan kita ada di steering atau lepas orang tu dah hijack baru terhegeh2 nak rampas balik? Benda ini memang tak masuk akal in first place.

Sebab itu bila sahabat tulis yang PH jatuh sebab dia silap tak tegas macam mana dia muda dulu; well dia tak pernah tersilap; itu memang dalam rancangan dia untuk melemahkan PH dengan bagi kebebasan mutlak pada pembangkang untuk tabur fitnah. Tak percaya? Saya bagi bukti. Matlamat dia ada 2, penjarakan kleptokrat dan halang pak syeikh jadi pengganti. Jadi kiranya dia nak kill 2 birds with one stone dan eat his cake and have it too.

Tengok macam mana usahanya dia nak penjarakan kleptokrat sampai sanggup lantik kartel koyak yang langsung tak profesional. Lepas tu bayangkan sekecil2 lantikan dalam Jakim pun dia control, itu belum masuk saja simpan jawatan senator. Jadi tak ada apa-apa kesilapanpun bila PH jatuh, langkah Shereton itu adalah final nail in the coffin sahaja.

Cuma dia tersilap, bila dia sangka yang Stage4 tak akan dapat sokongan; modus operandi dia alang-alang dia tak dapat; yang penting pak syeikh pun tak dapat. Jadi dia pergilah jaja kata ada sokongan dari Laut Chini Selatan. Pastu sengaja bagi PH berantakan macam carrot on the stick of donkey. Yang DAP yang jadi punching bag 22 bulan pun sanggup follow ingat dia ada harapan nak jadi kerajaan balik. Tapi masa ini tak ada orangpun tanya; kalau dia boleh bentuk kerajaan, dari mana dia nak dapat sokongan tu? Semua orang under the impression yang GPS nak sokong. Tapi time nak tukar speaker mana dia sokongan GPS tu?

Cuma masa ini Pak Syeikh tak kata apapun kat dia, lepas dia rasa orang tak mau dia, dia boleh pula cadang kapal layar jadi PM; padahal tak pernah sekali pun dalam masa 8 bulan ini dia kata dia cuba sokong Pak Syeikh jadi PM. Yang kerap dia kata Pak Syeikh tak ada sokongan, Pak Syeikh tak layak.

Kalau betullah dia risau mandat rakyat, dia tak akan letak jawatan in the first place. Tu belum masuk bab dia mahu jadi Supreme Leader; “Kerajaan Tanpa Pembangkang” yang di puji oleh Jargon Cetak Matawang. Last2 sekali dengan Jargonpun lari. Dua hari lepas buat cerita sedih pasal orang semua lari dari dia; dah bagi peluang untuk retire as Statesman, tapi pergi khianat buat apa?

Awak sengaja bagi steering kereta kat orang lain, lepas tu bila penumpang belakang mabuk dan cedera, awak pura-pura cakna, kritik pemandu Stage4 tak pandai memandu. Tapi part awak segaja bagi steering sampai kereta kena hijack, tak pula awak cerita dekat penumpang dah parah nak masuk ICU tadi?

Tapi yang pelik bila GPS diura-ura sokong dia, tak ada orang bercerita pasal prinsip. Eh GPS tu suci ke? Macam saya acapkali tulis, suci tak suci seseorang itu bergantung pada siapa yang berkuasa. Kalau tak tak ada la lebai 90juta masih tak sangkut2. Yang untung lebai, zaman 22 bulan depa sokong sampai habis penggal, zaman pengkhianat pun depa sokong sampai habis penggal. Itulah hebatnya mereka menjual prinsip. Lepas tu kes heli hilang pun dia buat senyap. Sebab apa? Sebab mamat heli hilang tu sokong dia.

Cuma nak tanya, dulu lepas PRU Kedahpun tak cukup nombor; tapi kenapa bila UMNO sokong anak dia, tak ada orang cerita pasal prinsip? Cuma bila Pak Syeikh kata ada numbers terus buat andaian yang UMNO akan berada dalam kerajaan; padahal tak ada beza pun dengan situasi kedah tahun 2018 dulu. Time kedah dulu ada tak anak dia lantik UMNO jadi exco? UMNO sokong sebab nak bagi cukup nombor sahaja untuk jatuhkan Stage4. Lepas tu dia meroyan kata Pak Syeikh tak ajak dia, yang dia dari awal lagi dah kata tak nak bersama dengan PH; tak tahu la sama ada dia ingat tak apa yang dia cakap sebelum ini?

Tapi bila pengadil pun dah ubah tiang gol, baiklah kita move forward untuk PRU15. Kalau budget 2021 lulus, hentikan sahajalah impian nak rampas kerajaan. Peluang seterusnya pada budget 2022 pula, itupun kalau tak bubar dulu. Tapi yang bagusnya bila jadi macam ini kita tahulah siapa yang hipokrit, yang berlakon berjuang untuk kita tapi sebenarnya untuk tembolok sendiri; jadi gunting dalam lipatan. Dan ini juga untuk yang acah-acah berprinsip, konon tak nak terima sokongan dari UMNO untuk jatuhkan PN. Ingat antara UMNO dan Lebai, Lebai lagi 10 kali ganda lagi jahat dan evil, bukan takat dunia malah dekat akhirat pun kalau boleh mereka hendak campak lawan dia ke neraka.

Next time, kalau berdoa untuk hujan; kena juga ingat dengan lumpur yang datang sekali. Bila cerita pasal nak kembalikan mandat; janganlah nak duk suci sangat persoal dapat sokongan dari mana padahal dulu awak tak pernah tanyapun. Hanya sebab orang lain yang ada lead; awak terus jadi holier than thou.

Mohd Mukhlis Mohd Sharif





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan: