Header Ads

ads header

Flash News

Zahid ketuai pemimpin Umno jumpa menteri kewangan


Beberapa pemimpin Umno diketuai presidennya, Ahmad Zahid Hamidi bertemu Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menjelang undian terhadap Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat esok.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata pertemuan itu berlangsung tengah hari hari bagi membincangkan mengenai cadangan melonggarkan syarat pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelanjutan moratorium pinjaman.

"Insya-Allah moga-moga ada perkhabaran yang positif daripada sesi pergulungan yang akan dibuat oleh Menteri Kewangan hari esok," katanya menerusi akaun Facebook.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dan anggota majlis tertinggi Umno, Shahidan Kassim dan Tajuddin Abdul Rahman.

Menurut Asyraf mereka mewakili 42 anggota parlimen BN pada pertemuan dengan Zafrul.

Sementara itu, Majlis Backbenchers Perikatan Nasional (PNBBC) yang terdiri daripada anggota parlimen dari BN berkata mereka sebulat suara menyatakan sokongan untuk mengundi bagi meluluskan belanjawan esok.

"Keputusan yang dibuat ini adalah merupakan keputusan secara kolektif kesemua ahli parlimen Perikatan Nasional yang berjiwa besar dengan mengenepikan segala perbezaan demi memastikan kelangsungan dan kesejahteraan rakyat serta ketahanan ekonomi.

"Keutamaan kami adalah menghadapi krisis pandemik Covid-19 demi kesejahteraan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

PNBBC terdiri daripada daripada anggota parlimen BN, Bersatu, PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa anggota parlimen bebas.

Terdahulu hari ini menteri dan timbalan menteri BN berikrar akan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Zahid sebelum ini berkata BN hanya akan menyokong Belanjawan 2021 jika dua tuntutan gabungan itu dipenuhi dan memberikan tempoh kepada Zafrul sehingga Khamis untuk mempertimbangkan perkara itu.

BN meminta agar moratorium pinjaman dilanjutkan sehingga enam bulan bagi mereka yang berpendapatan B40 dan M40 yang layak.

Gabungan itu juga mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk membantu rakyat yang terbeban akibat wabak Covid-19.

MR : UMNO dah fikir baik buruknya. Jika mereka mengkhianati PN, mereka boleh menang dalam kes belanjawan tapi rakyat tak semesti menyebelahi UMNO



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. terbaik umno...memang patut buat macam ni sampai PRU 15...pasal bersatu ni x sedar diri... berlagak, dah la bodoh, sombong lak tu!! nasib baik umno nak tolong tongkat,

    BalasPadam