Header Ads

ads header

Flash News

10 Tahun Hilang Akhirnya Dijumpai Di Bawah Atap Zink


Anda boleh bayangkan 10 tahun tidak berjumpa keluarga kerana hilang ingatan, hidup tanpa tujuan arah di bumi asing ini, tidur ntah dimana makan minum pula macam mana. Keluarga mana yang tidak risau.

Ibu beliau yang kini lumpuh sekian lama merindui anaknya, adik yang sekian lama tidak berjumpa merindui abangnya. Alhamdulillah akhirnya dipertemukan Allah malam ni.

Dijumpai di pinggir hutan Bukit Ampang minggu lepas oleh salah seorang anggota Amal setelah melihat pelik ada seorang lelaki yang tinggal di tempat yang hanya beratapkan zink. Setelah diviralkan melalui media sosial pihak kami menerima panggilan keluarga beliau dan akhirnya ditemukan malam ini dengan adik beliau yang datang dari Terengganu. 
 

Alhamdulillah OKU tersebut dapat mengenali adik perempuan beliau dan sempat menghubungi ibu mereka malalui panggilan video dan kami dapat saksikan sendiri bertapa bersyukurnya keluarga ini akhirnya dapat dipertemukan kembali.

Kami dipahamkan pihak keluarga telah lama membuat laporan polis namun gagal menjejaki beliau, dan pernah ada laporan ditemui di Kuantan 3 tahun selepas kehilangan beliau namun kemudian hilang kembali.

Tahniah Anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang malam tadi yang telah membantu menemukan keluarga OKU ini. Perkara yang saya terharu adalah sikap tanggugjawab kita sebagai rakyat yang prihatin, sikap ini perlu menjadi contoh buat semua masyarakat terutama anak muda kita.

Moga Allah berkati pertemuan ini.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Tahniah dan syabas kepada anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang kerana sudi menolong manusia yang hilang.

    BalasPadam
  2. itulah jenis manusia yg berhati mulia...jika niatnya baik...,maka baiklah kesudahannya...

    BalasPadam