Header Ads

Header ADS

Ada kemungkinan kerajaan PN jatuh esok, kata Dr M


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi berdepan kemungkinan akan jatuh sekali lagi jika pengundian kali ketiga Belanjawan 2021 gagal mendapat sokongan majoriti esok, kata Dr Mahathir Mohamad.

Menyatakan hal itu Mahathir berkata ahli parlimen perlu memikirkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan sendiri atau jawatan kerana ketika ini rakyat sudah cukup marah kepada kerajaan.

Justreru bekas perdana menteri itu berkata dia dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sedia menawarkan diri untuk membantu mengembalikan negara dan membantu rakyat.

"Ada kemungkinan esok, bila undian untuk bacaan ketiga belanjawan, ada kemungkinan kerajaan akan kalah.

"Saya harap mereka yang berada di parlimen akan tidak memikirkan diri mereka sendiri, tetapi memikirkan tentang negara.

"Saya harap cadangan kita ini akan tercapai, jika wakil rakyat dalam dewan memberi kepercayaan," katanya dalam sidang media khas di ibu negara, hari ini.

Sidang media itu menarik perhatian ramai kerana diadakan ketika tahap sokongan yang diterima Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri terus diragui.

Tak payah gaji pun tak apa

Tengku Razaleigh sendiri menganggap kerajaan sekarang tidak mendapat keabsahannya dan Muhyiddin bukan perdana menteri yang memiliki keabsahan.

Pengerusi Lembaga Penasihat Umno itu sebelum ini menulis kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun untuk memaklumkan dia tidak akan menyertai perbahasan Belanjawan 2021 selagi keabsahan Muhyiddin dan kerajaan PN tidak dibuktikan.

Tambah Mahathir lagi, dia dan Tengku Razaleigh sedia memberikan khidmat kepada untuk mengembalikan kegemilangan negara dan mereka sedia melakukannya tanpa bergaji.

"Kami berdua tak payah gaji pun tak apa, kerajaan (sudah) bagi banyak duit pencen," katanya.



Esok adalah hari bacaan kali ketiga Belanjawan 2021. Asalnya pembangkang memberi bayangan untuk menolak usul itu semasa di peringkat dasar namun sebaliknya ia diluluskan dengan mudah ketua pembangkang Anwar Ibrahim mengarahkan tiada usaha mencabarnya dibuat melalui undian belah bahagi.

Belanjawan itu kemudian dijangka dicabar sengit di peringkat jawatankuasa namun setakat ini tiada satu pun yang berjaya digagalkan melalui undi pembangkang.

Mahathir berkata, kerajaan sekarang tidak ada strategi untuk membawa dasar bagi membela rakyat sebaliknya hanya terlibat dengan politik termasuk untuk kepentingan diri sendiri.

"Tak ada satu strategi untuk memulihkan ekonomi negara dan juga untuk menangani masalah Covid-19.

"Kami harap kami akan dapat sokongan bagi menjayakan idea ini," katanya lagi.

Ditanya tentang jumlah sokongan ahli Parlimen yang telah diperolehinya sehingga kini, Mahathir berkata ia terpulang kepada anggota Dewan Rakyat.

Begitu juga dengan jawatan perdana menteri terserah kepada ahli Parlimen untuk menentukan siapa.

"Jika semua ahli parlimen sokong saya, saya jadi perdana menteri esok," katanya.

MR:  Anwar dan 2, 3 kali kena kencing, ni Kuli pula nak rasa kencing Atok. Belanjawan 2021 apa yang tak elok. Kerajaan PN terbuka terima kritikan dan baiki bajet ini.. Apa lagi mereka nak, kalau bukan demi nak memenuhi nafsu sebelum masuk kubur!

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


13 ulasan:

  1. jika masih dengan tidak ada keabsahan..MAKA YDPA juga tidak ada keabsahan sebagai Agong KERANA ada yang masih TOLAK kerajaan BETA...SEMBAH DERHAKA dan BIADAPIG.

    BalasPadam
  2. hakikat sebenar takde sape yg PANDAI dan takde sape yg BODOH...terimalah kenyataan dn hakikat sebenar diri kita.terutama kepada semua pemimpin tak kira melayu,cina,india.DAN percayalah hanya dengan kita BERSATU HATI dan KEIKHLASAN saja perlu.orang yg kurang pelajaran sekalipun kalau kita bersatu hati boleh memimpin negara dgn baik kalau kite bersatu.bukan kerana kebodohan seorang pemimpin tapi kerana takda tlng menolong.sampai bila nk habis daaa..trime ksh pade pemimpin yg ade niat yg baik.kepade yg berniat tak baik cukuplah.semoga BERJAYA...

    BalasPadam
  3. Eh eh boring ya orang tua ni. Mereka berdua ni ingat otak mereka bagus sangat. Tak sedar diri.

    BalasPadam
  4. takde sape yg perfet.kitelah kena tlng sedarkan pemimpin yg pngtingkan diri sendiri.

    BalasPadam
  5. semoga semua pmpn ade niat yg baik.

    BalasPadam
  6. tolong fikirkan untuk aku,ade ke manusia yg sngp derme smpai blioonnn rngt untk individu,lepastu individu tu hantar blk.tksampaidiakal.takpayah yg lain satu ni pun ckp dah.
    aku seorang yg rase bdh ataupun....

    BalasPadam
  7. Risau juga kalau Tun M jadi PM, tak pasal2 dalam time Covid ni kena suruh ikat perut. Cukup ler rasa azab time dia jadi PM yang mengerikan. Nasihat saya....Tok Mader berehat ler dari arena politik kerana fikiran tu dah nyanyuk..

    BalasPadam
  8. Atok main2 ja tu..dia nak tgk anwar dan tok jib pecah tari atau tak..
    Jgn harap dia nk bg dua ekor tu naik..
    Atok main acah2 nak tgk ahli parlimen pengkhianat negara mana lagi yang besembunyi dlm parlimen.
    Kalau atok x sekat kemaraan DAP ,mesti atok x akan letak jawatan bg org lain ambik peluang..huhuhu
    Kalau atok buat khianat jugak mau aku kutuk jadi sesumpah..
    Mudah2an kerajaan abah yidin smpai pru 15 ..aaminnn

    BalasPadam
  9. Tak payah gaji konon, memang tak payah, KO dah "Mahsyuk" banyak project buat apa gaji ciput.

    BalasPadam
  10. Datuk seri Najib jd PM baru cun.......tlong rakyat pelbagai kaum walaupun d timah dgn wang MDB..

    BalasPadam
  11. Yg bijak memimpinlah menyebabkan penyelewengan forex dan bmf

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.