Header Ads

ads header

Flash News

Ada orang nak ubah pendirian Umno berkenaan tolak Anwar dan DAP kata Annuar


Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata terdapat usaha mengubah pendirian Umno untuk tidak bekerjasama dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan DAP.

Annuar, yang juga ahli parlimen Ketereh berkata pendirian ini juga telah diterima oleh sekutu-sekutu Umno tetapi ada pihak yang perlahan-lahan cuba menghakis pendirian tersebut.

"Konspirasi menggagalkan dasar 'tolak Anwar dan DAP' (No Anwar, no DAP) sedang berjalan.

"Akuan berkanun (SD) cuba dikutip, pujuk rayu berterusan, punca kemarahan kepada kerajaan cuba direka, nama istana dan kerabat turut diguna," katanya pada satu hantaran di Facebook hari ini.X

Annuar tidak menamakan individu dimaksudkannya itu tetapi menyebut "liciknya pihak yang kempunan kuasa, yang berharap mengambil alih kuasa amat bijak mengatur strategi."

"Mereka pura pura letak DAP di saf belakang agar mereka mudah mempedaya kelompok 'No DAP No Anwar'," katanya.

Menurut Annuar lagi, tindak-tanduk pihak berkenaan sedang diperhatikan.

"Watak ini telah sekian lama menghantui politik negara. Tetapi mereka mungkin tidak sedar, gerakan mereka sudah di baca," katanya.

Kenyataan Annuar ini, kurang dari seminggu selepas Umno berunding dengan PH, termasuk DAP, mengenai kemungkinan membentuk kerajaan Perak.

Walaupun perundingan tersebut tidak membuahkan hasil, namun ia menimbulkan persoalan bahawa dua parti yang sekian lama berseteru itu sanggup duduk semeja.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed hari ini memberi amaran Umno mungkin tidak akan teragak-agak menamatkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan bertanding bersendirian pada pilihan raya akan datang atau bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Ini, katanya jika Bersatu terus ghairah mahu menjadi parti dominan dalam kerajaan.

Nur Jazlan dipetik FMT berkata ahli Umno perlu memikirkan pilihan kerjasama dengan PH pada PRU15 dengan mengambil kira realiti politik semasa.

Katanya, cadangan jalinan kerjasama antara Umno dengan PKR dan DAP “mungkin bukan idea buruk” kerana Malaysia memerlukan kerajaan inklusif untuk maju dan diterima di peringkat global sebagai negara progresif.

“Memiliki kerajaan yang lebih daripada 90 peratus Melayu (seperti sekarang) tidak sihat atau baik untuk negara. 

"Kita tidak boleh menyisih orang bukan Melayu dalam soal jawatan dalam kerajaan,” katanya.

Walaupun Umno dan DAP berseteru dalam banyak hal melibatkan soal dasar dan urus tadbir tetapi di dalam politik pilihan raya kedua parti itu tidak bertembung di kebanyakan kawasan.

Ini disebabkan kedua-dua parti tersebut mempunyai profil pengundi yang sangat berbeza.

Sebaliknya, Umno mempunyai banyak pertindihan kerusi pilihan raya yang ingin ditandingi dengan Bersatu dan PAS kerana ketiga-tiga parti merebut undi masyarakat Melayu dan Islam.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


12 ulasan:

  1. ketua MUNAFIK NEGARA...meneruskan agenda MUNAFIKnya...TENGOK Dan Dengar sini saya anwar ibrahim INGIN bagitau tuan-tuan SAYA 130 NOMBOR EKOR KEPALA utk dipersembahkan..SAYA ulang saya ulang ...TRAGEDI OKTOBER menghantui TERUS MENGENCING YDPA dan rakyat hingga akhir Hayat., PUNAH H arapan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. baru ura2 Anwar nak buat dah meroyan macam ni punye teruk.. kalau buat betul2 mesti senggugut ngan buasir datang sekali ni.. haha.. kemain takut rupenye dgn Anwar..

      Padam
    2. bukan takut pada Anwar..tapi perangai BERTERUSAN MUNAFIKnya...ALLAH dah ingatkan bahaya MUNAFIK dan KAFIRUNN musuh yang nyata.. TAKUT ALLAH DAN AZABNYA

      Padam
  2. Masa kan tiba juaaa

    BalasPadam
  3. Politik matang... kena bijak. Ada baiknya idea Nur jazlan. Jangan bersatu dan Pas je pandai berpakat dgn dap... ada kisah silam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa dia mamat jazlan...pengaruh pun takde dan calon mp yang kalah...menjadi beban kepada umno . Besar kemungkinan dia ni pun akan di tendang dari umno

      Padam
    2. Benar PAS pernah bersama semua parti S46/PKR/BERJASA/DAP dalam KONSEP BA Pakatan Rakyat...tetapi bila DAP menolak secara total prinsip PAS spt Hudud khas orang Islam..DAP dgn ANGKUH Karpal Singh MENYANGGAH dgn langkah mayatnya dulu..mati juga..PAS TIDAK akan menggadai prinsipnya jika ISLAM diperlekehkan..S46 PKR selepas dapat Talian Hayat spt kacang lupakan kulit pada PAS.

      Padam
  4. Kalau UMNO berpakat dgn DAP, PAS dab PPBM Tak rugi pun, kemungkinan kerusi yg Akan disenangi PAS Dan PPBM lebih banyak drp PRU15. Tapi yg betul2 rugi dunia Dan akhirat ialah majoriti org2 Melayu Islam yg diperintah oleh golongan minoriti DAP.

    BalasPadam
  5. U M N O akan TERKUBUR dengan sendiri..tanpa TALKIN dan PUSARA..tiada TUGU untuk diperingati jasa2 dulu...hanya menjadi KUMBAHAN untuk diTATAP oleh generasi baru jika MP2 UMNO meneruskan KERJASAMA dengan DAP dan DSAI...PRU 15 adalah JAWAPAN SEBENAR TALIAN HAYAT U M N O jika PH dijadikan RAKAN GABUNGAN UMNO dalam PERSETERUAN dengan P N...!!!

    BalasPadam
  6. Parti nasionalis Melayu masih boleh terus wujud, berpengaruh dan relevant jika pemimpin dan ahli membersihkan parti mereka dari semua pemimpin parasit, barua roket dan pemimpin rasuah dll supaya parti mereka boleh dipercayai dan diharapkan oleh parti Islam , parti bumiputera dan kaum Melayu.

    Jika tindakan perbersihan ini tidak dilakukan, parti nasionalis Melayu mungkin akan pupus pada PRU yg akan datang. Ingatlah rakyat sekarang sudah cerdik dan sedang memerhatikan parti nasionalis Melayu.

    Parti kafir yang menjadi sekutu parti nasionalis Melayu memang tidak boleh diharapkan berdasarkan rekod mereka dalam PRU yang telah lepas.

    BalasPadam
  7. Buka mata, buka minda nurjazlan...banding 22 bulan ph perintah dgn pn sekarang yg 90% melayu..mana yg lebih baik..22 bulan bawah ph sgt huru hara, volatile, sgt menakutkan orang2 melayu dgn polisi yg sangat dap-centric

    BalasPadam
  8. Ada sebahagian kalangan umno serupa dengan sorang lelaki yang kemaruk main betina,sudah ada 2 pasangan yang sah, tapi masih cari pelacur

    BalasPadam