Header Ads

ads header

Flash News

Adun Derhaka jadi Exco, Derhaka ini idea siapa nak rosakkan PAS?


TUN menjangkakan semalam 15 Disember Kerajaan PN akan tumbang. Sebelum itu heboh di media sosial bahawa Anwar sudah ada angka 113. Namun semuanya senyap selepas tengah malam tadi bila tarikh 16 Disember bermula.

Sebelum itu lagi dikecohkan oleh RBA dan khadam-khadam DAP bahawa Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH) tidak diterima untuk mengadap DYMM Sultan Perak. Pesuruhjaya (PJ) PAS Perak pula tidak dikekalkan dalam barisan Exco Kerajaan Perak kerana dikatakan derhaka terhadap Sultan. Kemudian ada pula segerombolan seramai lapan orang datang bawa memo ke Pejabat Agung PAS kononnya bantah kerjasama PAS BERSATU.

Kelihatan agak rapi dan teratur serangan-serangan itu terhadap PAS. Namun seperti yang selalu saya sebut PAS ini parti jujur. PAS parti yang sangat bersifat setia kawan. PAS parti pak lebai yang sentiasa berserah diri kepada Allah. Kerana itu secara peribadi saya tak pernah risau jika PAS diserang bertubi-tubi dari setiap penjuru. Adakala diserang lawan dan banyak ketika juga diserang rakan. Allah tetap melepaskan PAS dari setiap serangan itu. Ini adalah berkat keikhlasan ahli-ahli PAS dalam perjuangan mereka. Berkat sifat sami’na waatho’na mereka kepada Allah, Rasul dan pimpinan.

Benarlah kata Allah;
وَمَن یَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ فَإِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ
“Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.”
[al-Ma’idah: 56]

Alhamdulillah… Semalam TGHH telah mengadap Baginda Sultan Perak. Petang semalam YB Tuan Haji Razman PJ Perak dipanggil mengangkat sumpah sebagai Exco. Tengahari semalam kumpulan penghantar memo bantahan PN yang disebut akan hadir beramai-ramai, tiba-tiba hanya hadir dua buah kereta sahaja.

Apa lagi selepas ini yang akan mereka lakukan? Pasti ada… Ahli PAS jangan pening. Kita bergerak seperti biasa. Istiqamah dengan Allah, Rasul dan pimpinan yang bertakwa. Teruskan rutin kehidupan sebagai hamba Allah yang taat. Selebihnya urusan kita Allah uruskan.

Saya tidak pernah bimbing dengan serangan yang datang ketika pimpinan dan ahli PAS masih ingat dan taatkan Allah. Tapi saya bimbang serangan itu datang saat pimpinan dan ahli PAS tenggelam dalam kemewahan.

Waspadalah.

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


18 ulasan:

  1. Ya la kan..PAS parti suci murni...mana pernah ada ahli buat salah..semua tu salah org lain la...Tahniah PAS...

    BalasPadam
  2. DULU MUSUH PAS YG NYATA IALAH UMNO/ BN...RAKAN NYATA DAP, PKR...
    HARI INI SUDAH DITERBALIKKAN...KINI KEHENDAK HAWA NAFSU RAKUS ORG POLITIK BERUBAH....KINI PARTI PAS DAH TIADA BEZA DGN PARTI YG DIMUSUHINYA DAN PARTI YG MENJADI RAKAN MEREKA DAHULU IAITU DAP, PKR SEBAGAINYA...
    DIMANA IMEJ ISLAM PAS YG DULU TERUTAMA DIERA NIK AZIZ YG TEGUH IMAN DIJALAN TUHAN YH HAKIKI...PAS HARI INI PERJUANGANNYA APA...APAKAH DAH SAMA SPT UMNO, DAP SEBAGAINYA...? HANYA BERJUANG UTK KEPENTINGAN DIRI DAN PARTI SEMATA....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde modal. Asyik2 pakai nama org yg dah takde. Awas saudara. Jgn jadi spt org2 terdahulu. Selepas nabi wafat canang2 sahabat tak betul tak mcm nabi.. Lepas sorang lagi sahabat meninggal yang sekarang tak betul pulak. Ingatlah saudara. Sepanjang hayat Tok Guru Nik Aziz dia tidak pernah melawan keputusan jemaah. Dia hormat kepimpinan presiden walaupun dia mursyidul. Tp susah kan nak buang ego kan nak kata kita tak betul.

      Padam
    2. Mohtar 8.25 ni, kalau buat Komen, sebijik mcm kata2 kaum pandapigs yg hilang kuasa. Puak2 ni suka guna nama TGNA nak memburukkan parti pas. Mohtar golongan cybertrooper ternakan kafir dapigs.

      Padam
    3. jangan BONGKAK atas kemenangan…tiada apa yang kekal abadi…nama Amanah tapi sebenarnya TIDAK AMANAH dan MUNGKIR JANJI SERTA MENIPU mandat RAKYAT atas Manifesto pru14 waiaupun bukan KITAB SUCI.. SEBAB itu kerja2 MUNAFIKUN ini ALLAH tumbangkan… selepas 22 bulan dan keharubiruan sehingga sekarang….sendiri kena INGAT.

      Padam
  3. Tahniah PAS punya pemimpin yg cerdik dan patuh agama...tidak seperti mereka yg bebal, suka buat fitnah kerana ikut nafsu mereka.

    BalasPadam
  4. Dulu org ramai di suruh ke masjid solat jemaah...skrg bila covid 19 di suruh solat jemaah di rumah kenapa ya?...kalau bebal silalah buat fitnah...tp kalau ada ilmu agama dia akan faham.

    BalasPadam
    Balasan
    1. siapalah kita nk buat keputusan ...terserahlah kpd mereka yg ahli buat keputusan...

      Padam
  5. derhaka ni sudah sinonim dengan puak2 desparado, tertubuhnya ph pun kerana derhaka atau melawan tuan mereka sendiri lalu menubuhkan ph, pkr dulu derhaka dengan presidennya sendiri ketika itu dr mahadir, amanah derhaka presidennya sendiri utz tuan haji hadi kerana ada yang sedia nak beri bantuan dan sokongan, dan dapig dah kenal perangai dulu kini dan selamanya, itulah sebabnya sendiri bermula dengan derhaka, pada diri mereka tak ada istilah taat setia pada kawan atau gabungan, itulah dia mereka

    BalasPadam
  6. Sendiri derhaka pastu salahkan org lain. Kah355x!
    Sultan pggil pun ko xnak datang. Agak2 la..lps ni kalo ko pggil bini ko, jgn mrh plk kalo dia x dtg.
    Time dpt jawatan, nk dtg plk istana sultan. Ni la dia ulamak suk. Hubbun duniya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benarlah kata Allah;
      وَمَن یَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ فَإِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ
      “Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.”....P akatan H ancing P unah H arapan jatuhkan kerajaan sendiri tapi tanpa KEMALUAN TERUS salahkan orang lain...kononnya PM tiada keabsahan...ini bermakna TITAH YDPA juga tiada keabsahan..penama kah355x dan sekutunya juga DERHAKA

      Padam
    2. Rindu dgn Roda Impian..
      Putar halim putar...

      Padam
    3. RUU 355 perlu runding dengan negeri sebelum bentang
      Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/112032/BERITA/Nasional/RUU-355-perlu-runding-dengan-negeri-sebelum-bentang...PENCERAHAN BAGI mereka YANG persoalkan dan perlekehkan BILA nak dilaksanakan...nanti bolehlah Pengomen2 TERMASUK KAH355X berbahas di parlimen yang sentiasa bencikan LEBAI.

      Padam
  7. Jika penyokong PH berhujah,nampak sangat bodoh dan tiada hujah.Sekadar lepaskan marah dengan disertai caci maki.Benci puak lebai dan kasihkan DAP.Andai Islam, maka mati nanti suruh puak DAp urus jenazah dan jangan cibuk cari geng lebai.Lebai perintah Kelantan 30 tahun tiada rasuah walaupun banyak fitnah. Fitnah Husam MUsa dan Mat Sabu- akhirnya anak Husam jadi penjual pil kuda dan anak mat sabu mabuk ganja di disko

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko ckp dpn cermin ni..tu la..kuat sgt tonggang kencing lebai..

      Padam
    2. Malangnya puak Pee H pimpinan sifu roket rasis tidak mahu cermin diri mereka sendiri kerana mereka sibuk menuduh orang lain jahat walaupun semua kejahatan terdapat pada puak Pee H sendiri.

      Sesungguhnya puak Pee H ini telah mendapat kemaluan besar kerana mereka telah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dll.

      Padam
  8. Rasul saw. berkata… di akhir zaman banyak ulama suk.
    Akhir zaman itu adalah zaman kita ini. Sejauh mana suk atau jahatnya ulama ini?
    Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW “Telah hampir tiba suatu zaman, di mana tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak ada lagi dari Al-Quran kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Daripada merekalah keluar fitnah, dan kepada mereka jua fitnah itu akan kembali ” (HR Al-Baihaqi)

    BalasPadam
  9. Akhir zaman jgk org yg jahil di sanjung, org yg jujur/amanah dihina...

    BalasPadam