Header Ads

ads header

Flash News

Ahli Parlimen Klang dipanggil ‘menghadap’ Bukit Aman esok


PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dipanggil ke Bukit Aman untuk diambil keterangan pada 10.45 pagi esok.

FMT difahamkan, Santiago dipanggil untuk dirakam kenyataan berkait sebuah forum mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Forum itu, yang dianjurkan oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), berlangsung pada 25 November tahun lalu.

Ia disusuli penahahan 12 lelaki pada Oktober 2019 bawah SOSMA kerana didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Forum itu sebahagian daripada desakan SUARAM untuk memansuhkan SOSMA, yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan.

Santiago salah seorang penceramah dalam forum itu.

Terdahulu, dilaporkan Bukit Aman memanggil Pengarah Eksekutif SUARAM Sevan Doraisamy berhubung forum sama.

Beliau disoal kira-kira satu jam oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Buat yang suka begadang, mari mainkan game poker online dari IONQQ".COM
    Info whatsapp +855 1537 3217, di tunggu yaa ^^
    Sedia deposit pulsa juga (min 25rb)

    BalasPadam
  2. maka itulah PH mesti dijatuhkan...,ramai pemimpin2 dari kaum ini adalah bertali dgn kumpulan pengganas...mereka dari kaum minoriti cuba menguasai negara ini....tak mungkin kaum majoriti membenarkan mereka melampau batas...

    BalasPadam