Header Ads

ads header

Flash News

Ahmad Zahid elak komen, Nazri kata 'ok'


IPOH -
"Semuanya ok, beres," itu komen ringkas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang ditemui selepas selesai mesyuarat khas UMNO Perak, di Bangunan UMNO Negeri Perak di sini hari ini.

Ditanya lanjut mengenai butiran mesyuarat itu, beliau bagaimanapun enggan mengulas sebaliknya meminta media menunggu kenyataan rasmi daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selain Mohamed Nazri, turut kelihatan Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau juga turut mengelak memberi sebarang ulasan mengenai mesyuarat khas tersebut.

Antara yang turut keluar dari bangunan tersebut, Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria; Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hang Tuah Din dan beberapa ketua UMNO bahagian yang lain.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang tiba-tiba turun dari lif turut diserbu media untuk mendapatkan penjelasan mengenai mesyuarat tersebut, namun beliau enggan memberi sebarang kenyataan sebaliknya meminta media menanti Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad untuk sebarang kenyataan media.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Sekarang bolehlah kata 'ok'.

    Bila masuk PRU15 'KO' !!! Menanggis tidak berlagu di tepi longkang !

    BalasPadam
  2. Maciiam maciiam hal lah depa ni..mana mana parti pon sama jer....

    BalasPadam
  3. Mana sama,tengokla pas tetap istiqamah dlm perjuangan.x dak pun yg kalut nak kuasa n jadi katak.steady jer..

    BalasPadam