Header Ads

ads header

Flash News

Akar umbi Amanah sokong cadangan gabungan besar


Sekumpulan pemimpin Amanah terdiri daripada pimpinan pusat dan sayap pemuda menyatakan sokongan mereka terhadap cadangan pembentukan gabungan besar atau grand coalition seperti dicadangkan oleh beberapa pemimpin pembangkang.

Kenyataan media yang ditandatangani 108 pemimpin itu berpandangan bahawa kesatuan dalam kalangan semua parti komponen pembangkang amat mustahak bagi menghadapi cabaran politik yang mendatang serta persediaan bagi Pilihan Raya Umum ke-15.

"Pakatan Harapan perlu mengambil langkah progresif bagi membuka semula pintu rundingan kepada parti-parti pembangkang yang lain bagi membina semula imej dan kekuatan menjelang tahun hadapan.X

"Idea politik baru gabungan besar atau disebut sebagai grand coalition bukanlah satu perancangan untuk membelakangi mana-mana parti komponen PH, akan tetapi kita memerlukan ikhtiar baru dalam mobilisasi gabungan parti pembangkang dalam satu visi dan misi yang sama iaitu dengan menolak kleptokrasi dan mengangkat nilai demokrasi, integriti serta urustadbir yang baik," kata mereka.

Tambah mereka, sudah sampai masa untuk pimpinan Pakatan Harapan dan parti-parti pembangkang yang lain memberi fokus kepada penyatuan dan kesepaduan dan mengenepikan perbezaan serta bebanan lampau.

Kenyataan itu, ditandatangani oleh 104 pemimpin sayap pemuda dari peringkat negeri dan bahagian dan empat daripada majlis pimpinan pusat.

Sebelum ini, beberapa pemimpin pembangkang dari parti Amanah dan DAP mencadangkan pembaharuan semula kerjasama politik di kalangan pembangkang selepas gabungan PH gagal menolak Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada 23 September lalu pernah mendakwa bahawa dia mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen di Dewan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan pusat yang baru.

Namun, semasa pengundian Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa selama enam minggu kebelakangan terakhir, pembangkang hanya mampu meraih 108 suara maksimum.

Susulan itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bersama yang menyatakan bahawa agar PH tidak perlu membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang atau membuang masa dengan ahli parlimen oportunis.

Mohamad dan Lim juga berkata masa dan sumber yang ada harus digunakan untuk mencari persamaan dalam kalangan rakan dan sekutu PH untuk menggerakkan perjuangan bersama rakyat berdasarkan nilai demokrasi yang utuh, tadbir urus yang baik, antirasuah, kemajuan ekonomi dan keadilan sosial.

Kenyataan mereka bagaimanapun tidak menyenangkan rakan sekutunya PKR.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Puak sesat syiah, puak munafik liberal dan puak kafir harbi telah bersetuju untuk membentuk Gabungan Besar Yakjuj dan Makjuj atau Gog and Magog Grand Coalition led by satan untuk menegakkan industri dosa besar dan mempromosi kemungkaran dan kesesatan dan mencipta dan menyebarkan fitnah untuk membingungkan rakyat dan menindas Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Apabila rakyat yang tidak cerdik memberi amanah kepada musuh Islam untuk memerintah negara maka tunggulah kebinasaan yang akan menimpa rakyat dan negara. Maka iblis dan syaitan akan ketawa gembira berguling-guling.

    Maka semakin hampirlah manusia dan alam kepada Kiamat !

    BalasPadam
  2. tugasan masing sudah dikenali cuma yang satu lagi
    dapig seperti diketahui dengan propaganda ' melayu lawan melayu'
    amanah seperti keujudannya untuk melemahkan parti pas dengan propaganda 'islam lawan islam'
    pkr ?ada sesiapa tahu

    BalasPadam
  3. buat zaman kini...semua melayu perlau bersatu dgn sekelian umat melayu, dgn sekelian parti melayu Islam....
    biarkan dulu kaum lain spt india, cina rasist dgn kaum masing2...tiada lagi umat melaytu jangan lagi mendokong kalangan pemumpin dari bukan melayu Islam...,biarkan kaum india, cina mendokong maum masing...usah lagi bertolak ansur teerhadap kaum lain...umat melayu Islam usah terlalu lemah, bertolak ansur, bermuhibbah dgn kaum bukan Islam...sedangkan mereka terlalu rasist kpd kaum mereka.....umatr melayu perlu bersatu dgn umat melayu...perlu rasist pd kaum sendiri...,tu adalah terbaik buat umat melayu..utamakan bangsa sendiri, majukan bangsa sendiri....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohtar 12.39 ni, muka talam yg banyak muka. Ada Muka Melayu, cina, india, pan, dap, ph, pn, pandapigs dll. Jaga2 dgn Komen yg nak melaga2kan orang ramai. Muka bertopeng.

      Padam
  4. Mat Sabu Dan LGE rasa 22 bulan jadi Menteri Tak cukup lama. Masih nak bermimpi lagi utk jadi Menteri. Kesian dah la Tak berapa nak cerdik ada hati nak jadi Menteri. Kalau mereka dpt jadi Menteri lagi lingkup la Malaysia ni.

    BalasPadam
  5. GABUNGAN BESAR PEMBANGKANG YANG MENJURUSKAN BANGSA MELAYU ISLAM TERPINGGIR DARI JATI DIRI BANGSA DAN AGAMA ISLAM ANUTANNYA !!!

    BalasPadam
  6. elok la tu,,gabungan besar yg terdiri daripada..
    - pkr,,pimpinan bekas banduan pelupor liwat kat malaysia. bawa fahaman pluralisma
    - pan..pimpinan mat sabu syiah berkhalwat dgnn steri kawan dia sendiri.
    - dap...pimpinan lks pencetus peristiwa hitam 13 mei,,lge, ex menteli linggit malaysia paling bodoh dlm sejarah negara.
    - pejuang..pimpinan mahathir perompak harta negara selama 22 tahun menjadi pm,,anak beranak dia billionaire, kroni2 dia pun billionaire..22 bulan jadi pm baruwah kpd dap,,berapa banyak aset2 org melayu dijual, tidak terlepas aset t.haji,,melalui dr muhahid keparat,,baruwah cina dap...
    elok lah puak2 hancing ni bergabung,mudah nak kemal.

    BalasPadam