Header Ads

ads header

Flash News

Antara Illi Najwa dan Navpreet Kaur; sebagai mualaf, izinkan saya berbicara…


Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan,
Buang emak buang saudara (buang emak buang agama),
Kerana kasih saya turutkan.

Hebat orang Melayu dahulu berseloka. Melangkaui zaman. Ternyata sudah menjadi realiti. Ini yang diketahui, yang tidak diketahui, bagaimanalah keadaannya. Buang emak buang agama, kerana kasih, saya turutkan.

Masih terbayang kisah Aishah Bukhari dan Lina Joy. Sebagai mualaf, terpanggil saya. Izinkan saya untuk berbicara. Tidak usahlah berdolak-dalih lagi. Jika sudah sebegitulah upacara perkahwinannya. Lupakanlah buat sementara bahawa beliau masih lagi beragama Islam.

Masih Islam atau tidak, tidak perlu tunggu permohonan untuk murt4d. Melihat kepada tingkah laku, sudah dapat diketahui, sama ada sudah murt4d mahu pun belum. Jika pasangan tersebut masih berada di Malaysia, mungkin senang untuk diuruskan, tetapi jika sudah terlepas ke Punjab, gigit jarilah jawabnya.

Apa nak jadi dengan umat Islam hari ini?

Semakin hari, semakin hilang pedoman dan identiti dirinya. Jika di hospital, wad bersalin, boleh dikatakan, saban hari, ada sahaja anak luar nikah dilahirkan. Di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak diketahui, sejauh mana ser1us, ada atau tidak kekerapan permohonan untuk keluar Islam. Cuma berdasar kes di mahk4mah, memang ada.

Ini belum lagi pendedahan, anak-anak perempuan India Muslim bercinta dengan anak-anak lelaki Hindu. Terselamatkah akidah kita? Kepada ultra k1asu, perkara ini tidak ada apa-apa, atas dasar hak asasi manusia. Inilah pun yang mereka perjuangkan selama ini. Dah tentu mereka gembira. Precedent demi precedent bagi memudahkan tugas mereka.

Kepada kita bagaimana? Maruah kita? Perlembagaan kita?

Tak usahlah terlalu defensif dalam perkara ini. Sedarlah, ini semua kelemahan kita. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang, kelemahan sistem pendidikan keluarga, kelemahan media yang sentiasa mensensasikan cerita-cerita cinta seperti pantun di atas dan sebagainya.

Kalau dah sampai tunduk kepada berhala, tukar nama, nak bersangka baik lagi bagaimana?

Katakanlah keluarga lelaki sudah biasa panggil dengan panggilan Navpreet Kaur, kenapa biarkan. Katakan dengan tegas, nama saya Illi Najwa Anuar. Panggil Illi atau Najwa, kenapa mesti dibiarkan, dipanggil Navpreet Kaur. Kaur dan Singh, itulah identiti agama Sikh.

Islam memang agama hikmah (wisdom) tetapi bukan berhikmah selamanya. Perlu ada penegasan terutama hal-hal berkaitan, akidah, nikah kawin cerai dan sebagainya. Ia tidak boleh dilakonkan atau olok-olok.

Dalam keadaan itu, kita diminta bertegas…

Sama seperti kedudukan kami sebagai mualaf, tidak ada masalah untuk berbaik dengan ibu bapa, adik beradik dan saudara mara yang belum Islam, setelah memeluk Islam. Malah, dituntut bertambah baik, eratkan hubungan sebaik mungkin.

Tetapi jika mereka paksa kita menyembah berhala, maka penegasan ketika itu amat perlu, kecualilah antara hidup dan mati. Rasanya kita belum berada dalam situasi antara Mashitah (bersama anak) dan Firaun, memilih untuk menyembah Allah atau menyembah Firaun.

Ketika itu, boleh dibenarkan pilih, bertegas, terjun ke dalam kawah panas atau menyamar ikut Firaun. Mashitah bersama anaknya memilih penegasan daripada menyamar menyembah Firaun, walaupun menyamar itu tidak salah, kerana darurat.

Isunya adakah kita berada dalam situasi antara hidup dan m4ti? Sudah tentu tidak…

Saudaraku, Islam bukan agama main-main? Kemuliaan dan kehebatan Islam kerana penegasan. Apabila perkara berhubung dengan akidah, kita mesti bertegas, tidak boleh tidak. Bukan perkara main-main. Pemimpin negara perlu bertegas, seperti mana kita bertegas mempertahankan Zakir Naik.

Bawa balik Illi Najwa. Buat penegasan, sama ada dia Illi Najwa atau Navpreet Kaur…

Begitu juga dengan suaminya, Manpreet Singh. Dilaporkan telah memeluk agama Islam. Tidak diketahui sama ada namanya sama Manpreet Singh atau ada sedikit tambahan (ubah) dengan identiti nama-nama Arab. Tetapi itu bukanlah suatu yang penting. Ada apa dengan nama. Nama Ridhuan pun, kalau perangai macam mangkok hayun tak guna juga.

Justeru, penjelasan dan pengakuan itu yang lebih penting. Jika Manpreet Singh yakin dengan Islam. Maka selamatlah Illi Najwa. Jika sekiranya Manpreet bertindak sebaliknya. Maka hilanglah Illi Najwa, yang ada hanya Navpreet Kaur.

Pilihan seterusnya, jika Illi Najwa bertegas bahawa dia bukan Navpreet Kaur, dia boleh bertegas untuk meninggalkan Manpreet Singh, sebelum keadaan jadi lebih rumit, apabila melahirkan anak nanti. Islamkah anaknya atau sebaliknya?

Persoalannya, mampukan beliau melakukan sedemikian? Mampukah beliau ubah pantun Melayu, demi emak, demi saudara, kerana Islam aku turutkan? Sama-sama kita mendoakan.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


14 ulasan:

  1. SOKONG PROF...dikhabarkan Najwa ni peguam...maknanya memahami selok belok undang2 agama@ sekular...dapat memebezakan BENAR dan BATIL...HANYA berdoa UNTUK TAUBAH NASUHA jika MURTAD...yg dibimbangi SYIRIK sembah berhala atau iktirafnya..SYIRIK DOSA BESAR yg tidak TERAMPUN melainkan dgn RAHMAT ALLAH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau peguam sekalipun ada Bodohnya, sebagai manusia ada khilafnya nobody perfect in the world kecuali Rasullullah s.a.w. kalau tengok serban si manpreet tu "lain macam" tak macam serban ustaz don.

      Padam
  2. Amat bersetuju dgn Prof.Reduan..kerajaan mesti bertindak tegas dlm hal ini kerana melibatkan rakyat Malaysia yg beragama Islam serta kesucian agama Islam. Jgn biarkan altra kiasu berperanan dlm hal ini. Agama Islam itu mudah tp bukan utk dipermudah-permudahkan. Semoga pengajaran masa lalu menjadi pengiktibaran masakini dan tidak lg diulangi

    BalasPadam
  3. Dalam hal ini nampak sangat maza double standard. Pada ketika menghukumkan itu ini sebagai bid’ah, tak pula suruh hadapi perbezaan pendapat itu dengan ilmu. Sedangkan perbezaan pendapat dalam fiqh ini diterima agama.

    Kenapa tak bagi alasan nabi dan sahabat tak pernah buat ketika memberi pendapat mengenai kes ini? Kenapa tidak petik kata2 ibn taimiyah, syeikh utsaimin dll golongan wahabi? Haaa..sebab wahabi lagi keras!
    Maza pun tahu kalau petik pendapat wahabi, pendapat itu tak glamour dlm isu ni!

    BalasPadam
  4. Parti Islam pimpinan ulama Islam telah berusaha membawa pindaan RUU355 ke parlimen untuk dibahaskan dan luluskan untuk memperkasakan dan memartabatkan mahkamah syariah dan undang-undang syariah supaya undang-undang syariah boleh berfungsi dengan lebih berkesan dan lebih cekap untuk kebaikan umat Islam.

    Walaupun pindaan RUU355 tidak melibatkan puak kafir, musuh Islam yang terdiri dari puak kafir harbi, puak munafik liberal dan puak sesat syiah tetap menunjukkan permusuhan terhadap Islam dengan menghina, menentang, menfitnah dan memburuk-burukkan pindaan RUU355 supaya mahkamah syariah dan undang-undang syariah menjadi sangat lemah dan tidak berkuasa untuk melindungi agama Islam dan umat Islam.

    Ini jelas menunjukkan niat jahat musuh Islam mahu menyesatkan dan memurtadkan umat Islam dan melemahkan dan memusnahkan agama Islam.

    Maka orang-orang yang menyokong musuh Islam adalah tergolong kepada musuh Islam juga dan mereka layak ditanam di jirat dll jika mereka mati kerana mereka kekal dalam neraka.

    Bertaubatlah sebelum sakaratul maut. Orang bodoh berlapis-lapis sahaja yang hanya melihat kebenaran selepas mereka mati.

    BalasPadam
  5. Kahwin ikut upacara Sikh: Jangan cepat hukum murtad, kata Dr Zulkifli

    https://detikdailyonline.blogspot.com/2020/12/kahwin-ikut-upacara-sikh-jangan-cepat.html?m=1

    BalasPadam
  6. Owh. si pompuan ni anak saudara timbalan menteri PN. Fatimah sadique.
    Hurm..PN lg. Patut la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. suck dick! suck dick! prett prett mat preett mat preet!

      Padam
    2. Anak sedara menteri PN rupanya..
      Kah355x! Awanama 11.11 panas bontot smpi mencarut. Kehkehkeh..puak2 ni modal maki je la..

      Padam
  7. Agama Islam dihina dan umat Islam dinafikan hak dan rakyat dikencing dan kesesatan dijunjung selama 22 bulan.
    Hmmm ... Pakatan Hancing pimpinan sifu kafir harbi roket lagi. Patutlah ...

    BalasPadam
  8. Aku igtkan zaman PH dlu kes gini. Rupanya berlaku zaman PN. Mmg mantap la PN. Isley memimpin la katakan.
    Bygkan kalo menteri agama skrg ialah mujahid, hurm..lunyai kena maki..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Komen bodoh berlapis-lapis mencerminkan kebodohan puak RBA mengalahkan kebodohan lembu.

      Puak RBA buta, pekak dan dunggu kerana meletakkan kesalahan seorang individu yg tidak berkaitan dgn PN kepada PN.

      Padam
    2. dalam siasatan penguasa jabatan agama islam johor, sultan johor pun sudah ambil perhatian kes ini, tunggu saja lapuran siasatan,
      kepada AWANAMA( 22 Disember 2020 1:49 PTG ) memanglah patut dia menteri yang ko sanjung tu kena maki, jawabannya cari2 pikir2lah sendiri, every things is on your finger tip

      Padam
  9. Kita mohon pihak berkuasa agama Islam bertindak segera menyiasat kes ini dan menyelesaikan kes ini dengan segera kerana ia melibatkan agama Islam dan umat Islam.

    BalasPadam