Header Ads

ads header

Flash News

Apa ada dibelakang krisis Perak?


Krisis Perak tetap menjadi perhatian seluruh negara. Ia seakan universiti politik rencam di Malaysia.

Perak menjadi negeri pertama "sembah derhaka" menteri besar melayu kepada sultannya.  Kita mula belajar betapa kuasa Sultan di negeri negeri Melayu masih teguh.

Trengganu dengan Idris Jusuh,  Perlis dengan Syahidan Kasim dan Pahang bersama Adnan Yaakob ada pengalaman bersama istana selain Perak.

Menariknya kali ini,  Perak menghadapi krisis Menyeri Besar yang hilang keyakinan dari usul percaya sekutunya.  Lebih menarik sekutu yg mengusulkan undi percaya itu sendiri tidak percaya termasuk pengusul dan penyokong usul.  Kan lebih senang kalau di sebut usul tidak percaya.

Pelik juga PAS sebagai sekutu dalam kerajaan telah menyokong usul rakan sekutunya sebaliknya sekarang di letakkan dalam di lemma dengan tuduhan khianat.  Bukankah PAS menyokong isul itu?  Ucapan YB Razman yg juga Pesurruhjaya PAS membuktikan kesetiaan PAS kepada MB dan usul rakan sekutunya umno.  PH yang menolak usul umno pula bersekutu bersama umno.

Kita tidak tahu apa "sembang belakang" antara umno dan PH.  Wakil PH mengesahkan perbincangan itu beberapa kali.  Apakah umno Perak menunjukkan dia "main kayu tiga" dengan PH.  Siapakah mentor umno Perak dalam isu ini?

Saya agak terkejut dengan kenyataan beberapa pemimpin tinggi Umno bahawa move DUN Perak tidak di bincangkan di peringkat tertinggi.  Saya tak pelik kenyataan Anuar Musa yg telah di label oleh sebahagian umno sebagai agen PN tetapi ia datang dari timbalan Presiden umno Datuk Mat Hasan.  

Rata rata orang Pas dan Umno tahu bahawa Tok Mat adalah orang yg bertanggungjawab bersama TG Hj Hadi membentuk Muafakat Nasional.  Ia lebih menjiwai semangat MN berbanding DS Zahid Hamidi yg tiba di saat umno dan PAS sedang minum petang bersama.

Tidak pelik jika DSZJ di dedahkan memberi sokongan kepada Anwar bersama DS Najib.  Saya berharap mereka bukan mentor Saarani dan umno Perak dalam isu ini.

Isu MB Perak bermula dari usaha pembentukannya lagi. Umno mmg menuntut kerusi itu atas dasar majoriti di miliki.  Kita mesti akui,  pembentukan bukan melalui PRU tidak berasaskan bilangan kerusi. Apatah lagi Peja adalah Menteri Besar yg memerintah ketika itu.  
PH Juga melantik Tun M sebagai PM walaupun bukan dominan.

Adalah mustahil Peja ingin hilang kerusi MB dengan menyertai gabungan PN.. Tentulah syarat pengorbanannya di sertai jawatan yg dimilikinya kekal.  Saya tak fikir seorang ahli politik bertindak selain cara Peja.  Mereka bukan parti Islam seperti PAS.

Pilihan yg ada hanyalah:

Peja kekal MB dengan membawa bersamanya penyokong dari PH.

Peja di bawa ke Pusat untuk jawatan lebih tinggi atau

Tunggu sehingga PRU 15 sebelum di bincangkan semula kerusi panas itu.

Kedua dua opsyen itu di tolak,  pilihan ketiga di sepakati namun umno Perak ada pilihan sendiri kemudiannya setelah hampir setahun melalui persetujuan PH untuk menukar MB melalui usul sebelum PRU 15. Saya yakin PRU 15 tidak lama lagi. Namun kesabaran UMNO Perak berakhir semalam.  Mereka rela berkolaborasi dengan musuh.. PH.  

Apa yg berlaku telah berlaku.. Namun PERSOALANNYA.. Apa yg akan berlaku?

Kini SEDANG BERLAKU... PH telah menghantar wakil mengadap Sultan.  Saya tidak tahu inti bicara mereka tetapi saya sangat yakin.. Antara dua iaitu menubuhkan kerajaan PH yang pastinya tidak cukup kerusi atau ingin menyertai kerajaan umno.  

Pilihan kedua lebih rasional berdasarkan pengakuan pertemuan PH dan umno sebelum ini. Walaupun YB Manap ( pembawa usul yg tidak menyokong usul sendiri)- dari umno menafikan hubungan sulit dengan DAP,  namun pengakuan PH adalah hakikatnya. Masa akan menentukan samada Umno yg sedang bergelut merebut kerusi MB antar tiga pemimpin mereka mengkhianati harapan ummat islam dan bangsa melayu atau tidak.

Saya TEGASKAN...  Membawa mana mana kompenan PH ke dalam kerajaan adalah mengembalikan kuasa kepada DAP melalui hidden hand seperti kerajaan Nizar dulu.

Pemimpin di peringkat Pusat sedang berhempas pulas membetulkan kerakusan UMNO Perak. PAS,  UMNO dan PPBM pastinya perlu berbincang mencatur dan mengatur.  Domino di Perak akan sampai seluruh negara.

UMNO pusat telah memberi isyarat awal yg baik bagi menghentikan daun pertama yg jatuh itu.  PAS dan PBPM perlu menyambut ukhuwwah ini sebaiknya demi menghalang jari PH yg menjatuhkan daun pertama domino.

Rakyat mengharapkan yg terbaik.  Ummat islam mengimpikan apa yg sedang dinikmati berterusan.  Jangan menjadi asbab kebencian dan kekecewaan rakyat terhadap ahli politik.

FHOAS
051220




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Parti nasionalis sembang lebat sehinggakan babi pun boleh terbang tetapi habuk pun tarak. Sudah kalah dalam PRU lepas pun puak nasionalis masih tidak sedar diri lagi.

    Jika puak nasionalis memenangi beberapa prk dengan bantuan parti Islam dll, tanpa bantuan dan sokongan parti Islam dll parti nasionalis mungkin akan kalah dalam pru yg akan datang.

    Pisang mungkin akan berbuah dua kali dan sejarah akan berulang lagi jika parti nadionalis berani mengkhianati sekutu-sekutunya dengan main kayu tiga dengan puak kafir harbi dan khadam liberal mereka yang memusuhi kaum Melayu Islam.

    Kemana perginya slogan konon membela nasib kaum Melayu jika parti nasionalis sendiri berkasih sayang dengan puak kafir harbi dan khadam liberal mereka yang bersikap rasis terhadap kaum Melayu Islam ???

    Jika parti nasionalis mahu mendapatkan sokongan rakyat, sila pecat dan buang semua pemimpin nasionalis yang terlibat dalam pelbagai skandal yang merugikan rakyat dan negara. Parti nasionalis perlu dibersihkan supaya sekutu dan rakyat percaya pada parti nasionalis.

    Slogan letak beruk bertanding pun boleh menang sudah ketinggalan zaman kerana letak orang pun parti nasionalis tetap kalah dalam pru lepas.

    BalasPadam
  2. bukan masanya untuk mengungkit perkara yang lepas kerana ia tidak akan menguntungkan apa jua sekali pun, apa yang perlu lakukan parti2 gabungan pn terus bersama dan kekalkan majoriti walaupun tipis bersamalah dibawah pn sehingga pru15, kuatkan kemuafatan melayu, jauhkan dapig dan parti belaan dapig dan parti walak dengan dapig dari menguasai perak

    BalasPadam
  3. AMNO jangan PUNAHkan RIWAYAT Sendiri

    BalasPadam
  4. Ternyata Umno sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat menjadi Abang Long. Sepatutnya kalau ada masalah dalam keluarga Perikatan, bawalah ke Majlis Presiden utk bincang. Atau pun tunggu sehingga PRU. PM sendiri dah umum , sebaik habis covid , akan buat PRU. Itu juga yg paling dimahukan oleh UMNO. Sejarah membuktikan gen UMNO memang tak pernah ikhlas dlm menjalin hubungan sesama parti politik. PAS sentiasa akan Diambil kesempatan oleh UMNO dalam hubungan politik.
    Sebaiknya di Perak, PAS dan BERSATU jgn bersama dlm penubuhan kerajaan baru di Perak. Biarkan sahaja Umno bersama dgn PH jadi kerajaan.Bolehlah nanti rakyat tengok Persatuan anak cucu Komunis buat raptai lagi di jalan jalan raya. Syabas UMNO.
    PAS kena kaji semula ataupun bubar Muafakat Nasional.
    Biar PRU akan dtg ,rakyat hukum sifat tak jujur dan tamak yg tinggi dimiliki oleh UMNO.
    PAS tak boleh sentiasa jadi second fiddle dlm hubungan PAS-UMNO. PAS mesti jadi Abg Long. Atau tinggalkan shj Umno sbb perangai Umno tak pernah berubah.

    BalasPadam