Header Ads

ads header

Flash News

AS, Israel 'berurusan' dengan makhluk asing


TEL AVIV -
Seorang profesor terkemuka di Israel mendakwa rejim Tel Aviv dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat (AS) berurusan dengan makhluk asing.

Perkara itu didedahkan Jeneral Bersara, Haim Eshed yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Program Keselamatan Angkasa Israel pada tahun 1981 hingga 2010 menerusi akhbar Yedioth Ahronoth pada awal bulan lalu.

"Presiden Donald Trump hampir mendedahkan 'hubungan' itu, namun makhluk asing di Persekutuan Galaksi meminta ia ditangguhkan terlebih dahulu sehingga penduduk bumi betul-betul bersedia.

"Mereka (makhluk asing) itu enggan mencetuskan huru-hara. Ia menunggu tempoh manusia berevolusi dan memahami dengan jelas tentang angkasa lepas dan kapal angkasa," katanya yang pernah menerima anugerah daya cipta rahsia sebanyak dua kali.

Menurutnya, terdapat 'perjanjian' antara Washington dan makhluk asing terbabit.

"Kedua-duanya telah menandatangani kontrak untuk melakukan eksperimen di sini," ujarnya lagi.

Bapa kepada program keselamatan angkasa Israel itu juga menjelaskan makhluk asing terbabit melakukan penyelidikan dan cuba memahami keseluruhan struktur alam semesta.

"Ia memerlukan bantuan kita. Terdapat pangkalan bawah tanah di Marikh yang menempatkan wakil makhluk asing dan angkasawan AS," jelasnya.

Eshed juga mengakui pendedahan itu pasti mencetuskan pelbagai spekulasi dan mungkin ada pihak yang akan mempersoalkan kebenarannya.

"Jika saya bongkar perkara itu lima tahun lalu, pasti saya akan dimasukkan ke hospital mental kerana masyarakat akan anggap saya gila. Tetapi, saya berani mendedahkan perkara itu sekarang kerana saya tidak akan kehilangan apa-apa.

"Saya sudah memiliki pencapaian akademik yang tinggi dan pelbagai anugerah serta dihormati di universiti di luar negara," katanya. - Agensi

MR : macam film "science fiction" Hollywood


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Puak Yahudi Zionis tidak boleh dipercayai kerana mereka mempunyai lidah biawak sehinggakan mereka berani mengubah kandungan kitab Taurat dll sehingga kitab Taurat dll menjadi kitab palsu.

    BalasPadam
  2. 5 tahun dulu atau pun kemarin bagi orang2 yahudi tidak ada beza. Mereka adalah Penipu Dan akan sentiasa menipu sehingga ke dlm neraka.

    BalasPadam