Header Ads

Header ADS

Belum apa-apa UMNO Kelantan dah Ugut PAS itulah UMNO semasa tersempit dulu PAS yang tolong


Umno Kelantan tampil meminta penjelasan dari PAS susulan kurang jelas dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, Ahmad Yakob, yang disiarkan Harakahdaily dan Malaysiakini pada 2 Dis lalu.

Setiausaha Umno Kelantan, Akbar Salim merujuk kepada kenyataan tersebut melontarkan soalan adakah PAS masih ingin meneruskan Muafakat Nasional (MN) atau sebaliknya.

"Umno Kelantan kurang jelas sama ada PAS masih ingin meneruskan Muafakat Nasional atau sebaliknya.

"Sekiranya PAS lebih cenderung untuk mengenepikan MN yang telah disepakati, Umno dan BN Kelantan bersiap-sedia untuk meletakkan calon di semua kawasan dewan undangan negeri dan parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15," katanya dalam kenyataan media, di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, Ahmad (gambar, bawah) yang juga menteri besar Kelantan berkata, perjuangan politik melalui perpaduan Melayu tidak boleh mengenepikan Bersatu.



Memetik laporkan Harakahdaily, Adun Pasir Pekan itu menegaskan pergerakan parti Melayu mestilah tidak terhad hanya antara PAS dan Umno, tetapi perlu melibatkan parti lain termasuk Bersatu.

"Bagi (pendapat) saya, lebih besar (gabungan) lebih baik. (Umpama) satu berkas lidi, kalau dah besar banyak guna, lebih kuat.

"(Jadi) Bagi saya, lebih baik kita (parti-parti Melayu Umno, PAS, Bersatu dan lain-lain) bersama. Bukan sahaja dua parti (PAS dan Umno). Tapi (semua) parti-parti Melayu (wajib) bersama dalam satu usaha mengekalkan kuasa (pemerintahan Melayu-Islam),” katanya.

Ahmad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin yang secara terbuka berkata matlamat parti itu untuk menguasai semula kerajaan - yang kini diketuai Bersatu melalui Perikatan Nasional (PN) - dengan kerjasama PAS.

Kata Khaled, untuk mencapai matlamat menguasai kerajaan, kekuatan yang ada pada Umno dan PAS sudah memadai.

Sementara itu, Akbar berkata Umno Kelantan akur terhadap sebarang keputusan presiden dan majlis tertinggi parti.

"Ini termasuklah keputusan berkaitan situasi di DUN negeri Perak dan juga kedudukan situasi kerajaan pusat.

"Umno Kelantan komited dan istiqamah kepada piagam MN yang telah termeterai di peringkat kebangsaan bersama PAS dan bersetuju sebagai agenda penyatuan Ummah," jelasnya.

MR :
UMNO memang jenis anjing tersempit

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


12 ulasan:

  1. Hati hati dengan artikel artikel Mkini. MR tak seharusnya mengapi apikan keadaan. Bijak sikit jangan emosional

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju...tak ada yg tak betul,,samada dari pihak pas atau umno,keduanya okay ja. ini....haramjadah geng ph punya mainan untuk menecahbelahkan umno dan pas. dap, pan dan pkr anwar serta pejuwang tahu,,jika mn pas dan umno tidak dipecahkan,,tiada harapan ph nak tawan putrajaya,,sekalioun ppbm kembali kpd ph. pas,,,jgn bimbang,,pas dah serik kena hancing dgn dap..so,dia akan kekal bersama mn....

      Padam
    2. Ntah ape2 8.10 ptg.. UMNO buat hal PH pulak yg kene salah.. lepas tu tulis macam tak percaya je kat Bersatu.. kalau takde bersatu dan geng kartel tu UMNO dan PAS masih lagi jadi pengemis sekarang ni.. PAS memang dah serik kene kencing dgn DAP tapi tak lama lagi dia akan tahu camane pulak hancing kencing UMNO.. dan UMNO pun kene jaga2 sbb kencing PAS pun sama je hancing.. Bersatu pulak tgk seronok dapat peralatkan PAS memecahbelahkan UMNO.. haha.. tapi keseronokan tu dah hambar sbb UMNO dah nampak dan melawan.. cuma PAS je yg buta tak nampak2.. ade baiknya UMNO dan PAS menyerahkan kembali keraajan ni pada PH.. biarkan PH memerintah lagi 2 tahun.. lepas tu UMNO dan PAS bergabung dua parti je melawan PH Pejuang dan Bersatu.. baru gentleman.. kalau menang baru nampak kemenangan tu genuine.. ni main khianat2 nak dirikan kerajaan.. lepas tu kene kencing ngan Bersatu marah pulak..

      Padam
  2. Aku percaya pada Majlis Syura' PAS. Insya Allah PAS Akan bersama UMNO dlm PRU15 nanti. Kalau ada yg negetif tu ialah drp puak2 PH aka DAP yg Mana mereka sangat takut kalau UMNO Dan PAS bergabung. PH aka DAP pasti kalah.

    BalasPadam
  3. Umno jgn jadi bodoh.
    Bersatu lah umno pas bersatu.bru berjaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bersatu ngan PAS pun jgn jadi bodoh.
      Bersatulah umno pas bersatu.bru berjaya

      Padam
  4. Itulah perangai penyokong2 Bersatu.. baru nak tukar dari MB melayu Islam ke MB baru yg juga melayu dan Islam pun diorang dah nak gelar UMNO macam anjing.. tapi kalau UMNO jadi anjing dan jilat Bersatu je keje dia senyap sokong pulak.. dia je yg rasa betul dan rasa dia je diredhai Allah.. orang lain semua hina.. UMNO kelantan cuma nak kepastian je samaada PAS nak bersama dgn dia atau nak bersama ngan Bersatu.. takkan salah bila buat macam tu.. dah PAS macam taknak sokong UMNO lagi mestilah UMNO nak kepastian supaya boleh ambil langkah awal sebelum PRU.. MB kelantan pun guna analogi berkas lidi tak betul.. sepatutnya UMNO mewakili 10 lidi.. PAS 4 lidi dan Bersatu 3 lidi.. so yg penting patut dipertahankan adalah yg 10 lidi tu pasal kalau diikat bersama 10 lidi maka ikatan lidi tentu kuat.. setakat nak ikat 5 lidi je mane nak kuat.. dan yg penting yg mewakili 2 lidi tu jgn ingat diri tu kayu balak.. haha..

    BalasPadam
  5. jika kita masih lagi percaya kpd cina,,tak kira la mca,dap gerakan ka,,dan masih mencurugai sesama kita ( pas,umno dan ppbm ),,sepertimana kita percaya diayah ph yg dikepalai dap dan anjing2 mereka pan,pkr anwar,ppbm mahathir....MAKA KITA SEBENARNYA DIPATUK DUA KALI dari lubang yg satu. Harapan saya, pimpinan PN dan ahli segera sedar,,,jika alpa,,babi dap dan anjing2 dap akan kembali tawan putrajaya....tolong.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha aku pun setuju dgn hang. Baru la aku baca Komen hang yg positif. Ambo selute you WASPASA

      Padam
  6. Melayu kekal mundur tanah melayu kekal tergadai selagi umno masih d beri kuasa itu hakikat bukan auta,,jutaan ekar tanah rizab melayu hilang tak berganti d lelong umno,,jati diri melayu hancur tulisan jawi d hilangkan pendidikan d pesongkan drpd norma2 hidup islam dan melayu ini semua kerja umno,,terimalah hakikat umno tetap umno walau dah jazuh terduduk tetap nk mendabik dada mereka hebat inilah umno baru,,yg jadikan cina2 taikun bilioner umno baru, yg jadikan rakyat semakin tk punya perpaduan juga umno baru

    BalasPadam
  7. Umno tulen mahathir dah hapuskan,,yg ada kini umno baru dan sewajibnya umno yg ada skrg tk boleh d pangil umno tapi umno baru itu yg terdaftar pada tanda nama d ros

    BalasPadam
  8. MOKH997 dok meroyan pasalpa? Simpan skit Bodo tu ya.... haaa haaa haaaaaaa

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.