Header Ads

ads header

Flash News

Bukan kerja Agong atau Sultan untuk selesaikan masalah yang dibuat oleh ahli Politik


IPOH:
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menggesa parti politik di negeri Perak untuk mencari formula terbaik dalam menyelesaikan krisis politik di negeri itu.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini berkata bukan tanggungjawab Sultan Nazrin untuk menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku.

“Segala pandangan itu didengari, tetapi bukan tanggungjawab untuk Sultan campur tangan dalam urusan parti masing-masing.

“Sultan hanya boleh menasihatkan cari formula terbaik untuk tubuhkan kerajaan dan pimpinan baharu di negeri Perak,” katanya kepada media di perkarangan Istana Kinta di sini hari ini.

Beliau pada masa sama turut mengesahkan bahawa Sultan Nazrin turut berkenaan menerima menghadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada jam 10 pagi esok di Istana Kinta.

Ditanya berkenaan calon Menteri Besar yang baharu, Annuar berkata ia masih lagi dalam rundingan di peringkat parti.

“Kita difahamkan, mereka masih dalam rundingan. UMNO akan adakan mesyuarat perhubungan khas parti malam ini.

“Tanya ‘orang parti’, ia tidak libatkan istana, tanya pemimpin UMNO. Saya hanya maklumkan apa yang berlaku,” katanya.

Annuar pada masa sama tidak memperincikan gabungan parti yang mempunyai majoriti dalam membentuk Kerjaaan Negeri Perak yang baharu.

“Saya hanya melaporkan apa yang mereka sembah maklum, tentang pendirian yang mereka pegang dan usaha mereka laksanakan sekarang.

“Saya hanya melaporkan apa yang merek sembahakan, kemajuan yag mereka capai,” jelasnya.

MR : Setuju dengan Sultan Nazrin, memang bijak. Kalau UMNO tak boleh selesai masalah yang dibuat, Istiharkan Darurat dan Kekalkan Peja dan Exco tadbir Perak sehingga PRU-15. Baru UMNO tahu langit tinggi dan rendah.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Ini yg teman stuju sangat. Tuanku, YDPA dari DULU dah nasihat.

    Kalau ampa timbuikan masalah, ampa xmau dengaq...

    Ampa selesaikan le sndiri.

    BalasPadam
  2. Penyakit gila kuasa dan hawa nafsu serakah mengatasi rasional akal dan prinsip moral telah mendorong puak nasionalis @ abang besar mengkhianati sekutu-sekutunya sendiri dan menjalin skandal haram dengan puak kafir harbi dan khadam liberal mereka dengan bermain kayu tiga.

    Puak kafir harbi biaDAP dan khadam liberal mereka sudah pasti akan merasa sangat gembira, ketawa dan berhigh five kerana mereka berjaya menunggang abang besar untuk memecah-belahkan perpaduan kaum Melayu

    Puak nasionalis bujet mereka abang besar boleh sesuka hati mengkhianati abang-abang kecil tanpa merasa malu atau bersalah. Sebenar 'abang besar' telah tersilap perkiraan politik yang menyebabkan abang-abang kecil kehilangan kepercayaan kepada abang besar.

    Mungkin konflik dan perpecahan besar akan berlaku sebelum PRU kerana perebutan kerusi kerana ego dan ketamakan abang besar sendiri.

    Sebelum ini abang besar mendabik kononnya mereka peju(w?)ang yang membela hak kaum Melayu tetapi malangnya ini semua adalah wayang nasionalis sahaja sebaik sahaja abang besar bersekongkol dengan puak kafir harbi dan khadam liberal mereka yang bersikap rasis terhadap kaum Melayu Islam.

    Bukankah ini menunjukkan abang besar adalah musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam ??

    Jika abang besar boleh tersungkur KO dalam PRU terdahulu, abang besar mungkin akan tersungkur KO dalam PRU yang akan datang kerana umat Islam membenci pengkhianat bangsa dan agama.

    BalasPadam
  3. Sapa.yg korek lobang dia lah yg wajib kambus jgan habis org terjerlus baru nak tekial2cari bekho.

    BalasPadam
  4. Terpijak taik sendiri...lepas tu tanya sapa berak...Hahaha

    BalasPadam
  5. Untuk berdepan dgn sikap manusia ni memang payah kalau Tak nak berlandaskan dgn agama Islam sebagai rujukan. Pasti ada sikap tak puas hati, tak sabar, dengki, khianat, iri hati, tamak dan sebagainya. Lebih baik Kita balik kpd hukum asal politik mrk. Kita beri kpd yg berhak. Yg sikit kerusi, beri sokongan. Yg ada lebih kerusi, ambik kepimpinan dgn ikhlas, beramanah. Kalau tidak, sampai bila2 tak akan selesai. Kita ikut sifir yg mudah. Ini salah satu contoh politik penjajah pecah dan perintah. Nak menghuru harakan rakyat. Sultan perak suruh Cari formula yg terbaik. Formula yg asal tu pun dah tak betul. Maka balik kpd yg asal. Beri kpd yg berhak. Selagi yg berhak Tak dapat haknya, maka selagi tu Tak akan selesai. Cuba Kita berada di pihak mrk, pasti Kita pun akan tak senang duduk.

    BalasPadam
  6. diharapkan pas terus kekal bersama pn dan mn sehingga pru15 supaya pn terus mendapat majoriti walaupun tipis, jauhkan sama sekali dari melayu dapig dan parti melayu belaan dapig dan parti melayu walak dengan dapig dari menguasai perak, kuatkan kemuafatan melayu perak, jauh sifat balas dendam diatas perbuatan umno kerana ia tidak menguntungkan, musti ingat dapig kuat kerana cina berdiri teguh dibalakang dapig

    BalasPadam