Header Ads

ads header

Flash News

Bukit Aman sah pelaburan Gold Trading Investment skim penipuan


KUALA LUMPUR :
Bukit Aman pada Jumaat mengesahkan skim pelaburan jual beli emas Gold Trading Investment adalah satu penipuan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, skim yang menjanjikan pulangan 30 peratus hingga 70 peratus itu dikesan sejak 2019.

“Modus operandi suspek memperdayakan mangsa adalah dengan menawarkan peluang pelaburan dalam Gold Trading Investment. Suspek sendiri berjumpa dengan mangsa untuk meyakinkan mangsa untuk melabur.

“Suspek juga mempunyai ejen untuk mempromosikan pelaburan ini. Mangsa kemudian telah membuat bayaran dengan memasukkan wang ke dalam nombor akaun yang diberikan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara nombor akaun yang diberikan kepada mangsa adalah CIMB atas penama dikenali sebagai Arma Nazirah; Zeti Amira (Maybank) dan Mazila (CIMB).

Katanya, sebanyak 15 laporan polis membabitkan kerugian lebih RM440,000 telah dibuat berkaitan skim ini dengan tiga kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau juga mengesahkan suspek utama kes berkenaan telah dituduh di bawah Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan di Mahkamah Sesyen Kajang pada Mac lalu manakala dua lagi kes masih dalam siasatan.

Katanya, polis juga menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan tanpa sebarang surat sokongan yang menjanjikan pulangan lumayan yang meragukan.

Orang ramai juga perlu menyemak terlebih dahulu sebarang jenis pelaburan dengan sumber rasmi seperti Semak Mule, Alert List Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Kementerian Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan: