Header Ads

ads header

Flash News

Cubaan tukar kerajaan ini penderhakaan dan pengkhianatan, kata wakil PAS


Seorang exco kanan menganggap usaha menukar pemimpin kerajaan yang berlaku dalam dewan undangan negeri hari ini adalah suatu "penderhakaan dan pengkhianatan".

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria, berkata usul yang dibawa Adun Pengkalan Baru, Abdul Manaf Hashim memang tepat dan mesti disokong semua.

Kata Razman sebelum ini Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu sanggup meninggalkan kerusi yang dipegangnya dalam Pakatan Harapan (PH) untuk bersama-sama parti lain membentuk kerajaan yang stabil.

"Maka usul yg dibawa Pengkalan Baru (Abd Manaf) ini amat tepat sekali untuk kita di barisan ini (kerajaan) untuk memberi sokongan kepada Chenderiang," katanya semasa berucap sebelum pengundian terhadap usup percaya dijalankan pagi ini.

Razman yang juga pesuruhjaya PAS Perak dan Adun Gunung Semanggol menambah ketika kerajaan dan negara berdepan ancaman Covid-19, perlu ada kesungguhan untuk menangani pelbagai masalah yang timbul termasuk pengangguran.

"Saya dengan ini mengajak dan menyokong penuh usul dibawa Pengkalan Baru dan kita akan melihat seluruh masyarakat sekiranya usul untuk menjatuhkan dan menukar kerajaan dalam situasi negara dan rakyat dilanda pancemik ini, pada saya, ini adalah penderhakaan dan pengkhianatan kepada negara bangsa dan agama kita," katanya.

Untuk rekod, daripada 59 kerudi DUN yang ada, PAS hanya memenangi tiga daripadanya pada 2018. 

Sementara itu Abd Manaf pula dilihat menggunakan ruang dalam perbahasannya untuk menyindir segelintir Adun yang menganggap Umno sebagai "cina buta".

Mahu permimpin dipercayai semua

Menggunakan kiasan "gila talak" wakil Umno itu berkata sebenarnya ada perjanjian bertulis dibuat sebelum kerajaan Perikatan Nasional dibentuk di Perak beberapa bulan lalu.

Katanya kegagalan perjanjian itu ditunaikan menjadi antara sebab dia membawa usul percaya kepada Ahmad Faizal hari ini.

"Kemudian, mungkinlah ada juga - saya bagi contoh - orang yang dah kena cerai dia pula gila talak... mungkin dalam ni dia nak berkecuali.

"Manalah tahu Umno ni jadi cina buta. Jika bertukar kerajaan nanti dia boleh pergi sana balik.

"Chor! (Adik)... Kalau dah bercerai talak tiga pun tapi sebab Umno jadi cina buta nanti bolehlah pergi balik," katanya dengan disulami ketawa.

Tidak dapat dipastikan siapa yang dimaksudkan oleh Abd Manaf itu namun dipercayai merujuk kepada beberapa bekas Adun Umno yang melompat menyertai Bersatu selepas PRU ke-14 lalu.

Pada asalnya wakil Bersatu dalam DUN Perak hanya ada seorang iaitu Ahmad Faizal. Bagaimanapun jumlah Adun Bersatu bertambah sedikit dengan tindakan beberapa pemimpin Umno melompat parti.

Dua daripadanya ialah Nolee Ashilin Mohamed Radzi (Tulang Sekah) dan Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik). Selain itu turut memberikan sokongan kepada PN ialah Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim (Titi Serong), Abdul Yunus Jamahri (Kuala Krau), dan A Sivasubramaniam (Buntong).

Kata Abd Manaf, usul yang dibawa hari ini bukan bermakna Umno gila kuasa atau bersekongkol dengan DAP sebaliknya hanya mahukan sebuah kerajaan yang dipimpin tokoh dapat dipercayai semua pihak.

"Kita buat ini hasrat dan tujuan kita sebagai seorang Adun perak ialah untuk (memberikan) yang terbaik kepada Perak," katanya.

MR : Isu Perak, apabila UMNO boleh bersama DAP ada titik awal hubungan PAS-UMNO akan pecah... percayalah. UMNO memang tak serik masih ada sifat buruk



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Sayang betul Pas dengan bunga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapig dah dapat tido sekatil dengan ameno yang di ratib perasuah,penyamun....kemudian berpakat tebuk atap

      Padam
    2. Tapi yg pasti ialah pas pernah tidur sebantal dgn dap.. Umno xpernah lg

      Padam
  2. Masa tebuk atap, xde bunyi plk derhaka dgn khianat.
    Fyi..lebai ni dlu yg kalah kes saman fitnah dgn Nizar.

    BalasPadam
  3. Tidak timbul soal penderhakaan dan pengkhianatan.. soalnya keadilan.. UMNO kerusi paling byk tapi MB dari Bersatu.. itu juga yg berlaku di Sabah.. di Johor.. Bersatu dan PAS lah yg kene berlapang dada.. kalau kerusi ade ciput jgnlah sibuk nak jadi abg besar.. nak kawal semua.. itulah punca segalanya.. memperlakukan UMNO seperti pengemis.. Bersatu ni terlebih angkuh.. depa ingat sbb depalah kerajaan pusat dapat ditebuk atapnya.. la ni rasakan.. dulu dok khianat PH sekarang ni rasa plak macamana dikhianati.. PAS pula jgn dok backing sgt Bersatu.. cuba Bersatu mintak jawatan jadi MB Kelantan n Terengganu.. nak bagi ka?

    BalasPadam