Header Ads

ads header

Flash News

Dai Syed berdepan pertuduhan seks luar tabii


Bekas peserta siri realiti bercorak keagamaan Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail, lebih dikenali sebagai Dai Syed, dihadapkan dengan pertuduhan melakukan seks di luar tabii, di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini. 

Menurut kertas pertuduhan, Syed Shah, 25, didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang wanita berusia 22 tahun di sebuah kondominium di Damansara Perdana, di Petaling Jaya, antara kira-kira jam 3 pagi hingga kira-kira jam 4 pagi pada 17 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan hakim Faiz Dziyauddin.

Timbalan Pendakwa Raya, Vitiya Monisha Paranthaman mewakili pendakwaan manakala Syed Shah diwakili peguam bela Syed Amirul Syed Edros.

Ketika prosiding, Vitiya memohon agar ikat jamin tidak diberikan kepada tertuduh atas faktor keselamatan serta dikhuatiri mengganggu mangsa yang menjadi saksi utama perbicaraan.

Jika ikat jamin diberikan, dia meminta agar jumlah ditetapkan pada kadar RM100,000 serta surat pengakuan untuk tidak menggangu mangsa.

Bagaimanapun Syed Amirul berkata anak guamnya telah memberikan kerjasama yang baik ketika siasatan polis dan meminta hakim menetapkan ikat jamin minimum, susulan keadaan kewangan anak guamnya yang telah terjejas.

Hakim kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM20,000 serta beberapa syarat tambahan, antaranya tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Selepas prosiding ditangguhkan, Syed Shah yang merupakan peserta program Da’i Pendakwah Nusantara pada 2016 kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk pertuduhan yang lain.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: