Header Ads

ads header

Flash News

Dakwa jual tanah DBKL, Pengerusi DAP mohon maaf pada Annuar Musa


KUALA LUMPUR:
Selepas membuat kenyataan mendakwa Tan Sri Annuar Musa menjual 42 plot tanah yang dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pengerusi DAP, Tan Kok Wai memohon maaf kepada Menteri Wilayah Persekutuan itu.

Permohonan maaf dan penarikan balik kenyataan fitnah itu diserahkan Kok Wai yang juga Ahli Parlimen Cheras kepada Annuar pada Isnin.

“Saya menerima kunjungan mengejut Pengerusi Kebangsaan DAP, YB Tan Kok Wai (MP Cheras) di pejabat saya sebentar tadi.

“Beliau menyerahkan surat Pengakuan Memohon Maaf dan Menarik Balek Kenyataan Fitnah terhadap saya 18 hb November lepas. Terima kasih. Saya akan rujuk peguam saya,” kata Annuar dalam hantaran di akaun Twitternya hari ini.

Kok Wai sebelum ini dalam sidang media pada 18 November lalu menuduh Annuar menjual tanah yang dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Annuar juga telah dituntut oleh Kok Wai agar menjelaskan mengenai dakwaan tersebut.

Susulan itu, Annuar pula dalam reaksinya menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kok Wai.

Kata Annuar, tuduhan itu bukan sahaja tidak berasas, malah telah menjatuhkan reputasi beliau serta DBKL.

MR : Yang Malaysiakini tak siar...



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Biasalah DAP memang kaki fitnah org. kalau dia Tak fitnah org, DAP Akan berkubur terus. Skrg PAN pula mewarisi perangai DAP.

    BalasPadam
  2. Senjata dap la ni dah tumpul...sudah tdk tajam lqgi...

    BalasPadam