Header Ads

ads header

Flash News

Dalam Tempoh Seminggu, 2 Kali Umno Mengamalkannya


1. Setelah kecundang dalam PRU14, UMNO agak bungkam untuk beberapa ketika. Dalam tempoh itu jugalah DAP buat onar mengganggu ketuanan bangsa dan institusi Islam. Tokoh-tokoh utama UMNO dihadapkan ke muka pengadilan atas kes-kes rasuah dan penyelewengan. Dan UMNO bercempera lagi apabila beberapa orang wakil rakyatnya melompat ke BERSATU.

2. UMNO umpama orang yang menderitai sakit tulang belakang, slip disc. Tulang belakangnya bermasalah dek onar dan nanar. Cara berdiri dan berjalannya nampak goyah. Ketika itulah datang teman dari jauh membantunya demi agama dan bangsa. Itulah teman, itulah saudara yang panjang dalam persengketaan. Dilupakan segala sejarah hitam. Maka terbentuklah Muafakat Nasional (MN) yang ada sekarang.

3. Sejak itu UMNO beransur-ansur boleh berjalan seperti biasa walaupun tongkat masih menguatkan langkahannya. Gembiranya UMNO tak terkira apabila menang strike dalam beberapa siri PRK.

Dendangan 'terima kasih PAS, terima kasih PAS' berkumandang mengalahkan kesyahduan suara azan. Merawang ke seluruh pelosok alam. PAS terkesima, hanya mampu mengalirkan airmatanya.

Melihatkan saudaranya telah mengerti tentang persaudaraan.

4. Kini UMNO merasakan dirinya telah pulih sepenuhnya. Berjalan pun dah mula melupakan tongkat. Kira bicara pun ada geger dan gegarnya. Harum bumi yang dicium kini ditapaki dengan gahnya. Dalam tempoh seminggu ini, telah dua kali UMNO mempersetankan tongkatnya. Tongkat dirasakan mengganggu kekuatannya melangkah. Tongkat hanya menunjukkan dirinya masih lemah. UMNO mesti kelihatan kuat dan gagah.

5. Justeru, pada 4 Disember, diusulkan undi percaya tanpa dirujuki teman dan saudaranya. Dan kedua pada 8 Disember sekali lagi tingkah yang sama diamalkan ketika menyembah nama MB kepada Sultan. Itupun dalam keadaan tak cukup sokongan. Sudah sombong. Dalam kedua-dua kes, sahabat dalam MN/PN dikesampingkan. Lebih menyedihkan, ada hati pula dengan DAP/PH dibuat perkiraan.

6. Memetik puisi Allahyarham Datuk Usman Awang: Berburu ke padang datar. Dapat rusa berbelang kaki. Berguru kepalang ajar. Bagai bunga kembang tak jadi.

7. Itulah UMNO, abang dalam persaudaraan. Sesat di hujung jalan. Adik menanti di pangkal jalan.

BayangDiAir,
9/12/2020




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


11 ulasan:

  1. Sudah dapat kuasa, jangan lupa tanggung jawab. Amanah diberi untuk jaga kepentingan Islam dan orang melayu, bukan jaga kepentingan pemimpin dalam umno. Jangan nanti setiap projek masuk poket pemimpin. Pru14 ada bukti bahawa umno tidak boleh diharap menjaga perlembagaan yg membela peribumi.

    BalasPadam
  2. sah,,artikel di atas adalah daripada baruwah2 babi pee hancing yg kecewa bagai anjing terlepas tulang dari gigitan ,,meleleh air liur. hangpa p ka relax2 jauh2,,nak cantiknya p la buat aktiviti lain untuk memujuk dap yg amat kecewa dgn prestasi hambar. tak usah dok ulang sebut propaganda bodoh mcm menteli tiga linggit tu...umno ,,tiada sejarah menjilat dap,,yg ada ialah pas,pkr azmin dan ppbm,,tp, tiga2 ni dan sedar dan kembali kepangkal jalan,,tinggal pan rahmatan lilkafirin saja lagi yg dok menjilat dap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju... umno ta de sejarah cium mulut dengan Dap. Tapi pantang depa bila umno boleh berbaik dgn Dap. Kalau Umno boleh kawal dap apasalahnya. Yang lawaknya Pas pun boleh dan pernah berbaik dgn Dap tapi bila Umno nak berbaik semua pulak sentap. Cuba hangpa fikir guna otak tu sikit.

      Padam
    2. Tak cium depan2. Cium kat belakang. Walaupun dah tahu dap ada siplis. Pas berkawan dgn dap dulu pun pasai mrk terang2 dah beri kenyataan menyokong agenda PAS utk Islam. Dia setuju Tak campur urusan PAS utk Islam. La ni, dah nampak hati budi depa TTG Islam, PAS dah Tak kawan dgn depa. Habis cite.

      Padam
  3. Hanya di Malaysia parti mng ciput pegang jawatan paling berkuasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu bermula dgn Tun DIangkat PM selepas PRU 14..

      Padam
    2. pasal parti ciput tu la umno dpt blik kuase.
      dasar penyangak.

      Padam
  4. Bila nak kata bodoh,satg marah.dulu pas terima dap pasai dap x dak kuasa lagi,perangai dia pun kita x tau lagi,nie dah jelas2 perangai dap selama 22 bulan depa.perintah msia,umno nak p cium mulut dap pasaipa lagi.umno mmg pengkhianat.nak kuasa saja.

    BalasPadam
  5. Setuju dgn artikel BayangDiAir. Itulah hakikatnya.

    BalasPadam
  6. Ameno ibarat tokey kaya yg hanya beri bonus sekali dua untuk pekerja miskin ( bersatu n pas)

    Mereka akan ulang pada setiap syarikat nmpk akan rugi n pekerja kesiankan tokey ,pulun tolong bg naik semula tokey...

    BalasPadam
  7. Cukupx lah tu nak tidok sebantal gan Dap...bgun bersama jati melayu..jln dok mabok todi pula bak kta MB kedah minum 1 glass pening 3 hari...

    BalasPadam