Header Ads

ads header

Flash News

DAP Perak sedia kerjasama dengan Umno, demi kepentingan rakyat


DAP Perak sedia bekerjasama dengan Umno 'demi kepentingan rakyat' dan bagi membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil.

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata demikian kepada Malaysiakini ketika ditanya mengenai kenyataan terdahulu daripada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid sebelum ini berkata dia telah berbincang dengan semua parti dalam usaha membentuk kerajaan baru di Perak, sama ada dalam Perikatan Nasional (PN) mahupun PH, Nga memberikan pandangan senada.

“Demi kepentingan rakyat, DAP Perak sedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang boleh membantu membentuk kerajaan yang berbilang kaum, kuat, dan stabil.

“Saya terbuka dengan sebarang perbincangan yang membina. Kami bersedia,” kata Nga yang juga Adun Aulong dan ahli parlimen Teluk Intan.

Umno memiliki 25 kerusi dalam kerajaan negeri Perak yang mempunyai jumlah keseluruhan 59 kerusi, manakala DAP pula memiliki 16 kerusi.

Kenyataan daripada dua pemimpin parti berkenaan membuka kemungkinan ke arah penubuhan satu kerajaan negeri yang boleh dikatakan tidak dijangkakan dalam sejarah politik negara.

Parti-parti lain dalam kerajaan negeri termasuklah Bersatu (5 kerusi), Amanah (5 kerusi), PKR (3 kerusi), PAS (3 kerusi), Gerakan (1 kerusi) dan satu Adun bebas.

Sementara itu, Pengerusi PKR Perak Farshah Wafa Salvador Rizal Mubarak turut mengesahkan dia telah bertemu dengan pemimpin-pemimpin Umno bagi membincangkan soal pembentukan kerajaan negeri yang baru.

“Kami bersedia bekerja dengan Umno demi kepentingan rakyat. Sekarang terpulang kepada mereka (the ball is in their court),” katanya kepada Malaysiakini.

Katanya, PKR terbuka untuk berganding bahu bersama Umno, dengan syarat, ia turut melibatkan rakan-rakannya dalam blok PH iaitu DAP dan Amanah.

“Kami masih dalam perbincangan,” katanya.

Hari ini, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menerima peletakan jawatan bekas menteri besar Ahmad Faizal Azumu dan barisan exconya susulan kehilangan sokongan majoriti dalam usul undi percaya yang dimulakan Umno, pada sidang DUN 4 Dis lalu.

Kata Zahid, susulan pertemuannya dengan Sultan Perak, dia akan menyerahkan senarai cadangan nama untuk jawatan menteri besar.

MR : DAP dah cakap, UMNO masih malu-malu lagi... Dah main dua kolam kenapa nak sembunyi dalam selimut lagi?



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. Siapakah yang selama ini menggelarkan puak keris telanjang sebagai perompak, penyamun , kaki rasuah, penipu, rasis jika bukan puak D4P dan khadam liberalnya ???

    Siapakah yang telah menggelarkan puak roket dan khadam liberal sebagai puak rasis, musuh Melayu, musuh Islam, komunis, penipu dll jika bukan puak keris telanjang ?

    Sekarang puak-puak wayang opera ini sedang sibuk menjilat ludah, kahak dan muntah masing-masing sebaik sahaja mereka main kayu tiga dengan menjalinkan skandal haram yang sangat menjijikkan dan meloyakan.

    Slogan puak keris telanjang konon mereka adalah pejuwang yang membela kaum Melayu telah ke laut kerana agenda peribadi dan agenda gila kuasa adalah keutamaan no 1, 2, 3, 4 ...... !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapig dan umno dah ingin tidur satu selimut tapi kerana nak cover malu mereka main isu pas main dua kolam. Berpakat dengan musuh Islam dan Melayu tapi sanggup pula menipu rakan kongsi serumah. Umno hanya buaya tersepit dan jenis tidak boleh dibuat kawan

      Padam
  2. Belum lagi Berkuasa Dah bersyarat. Berambusla ko PKR. Ini pun UMNO Tak sedar diri lagi ke? PKR tak mampu nak lawan UMNO sebab tu dia nak DAP Dan khadamnya bersama dlm kerajaan Perak atau pun DAP dah warning PKR yg DAP mesti berapa dlm kerajaan negeri Perak. UMNO masih terhegeh2 lagi dgn PKR ke? Insya Allah sama2 Kita berdoa agar PAS Dan Bersatu Akan bersama UMNO.

    BalasPadam
  3. Politik carca merba...tkbole dipercayai umno n ph

    BalasPadam
  4. kenali puak2 yang gila kuasa kononnya sedia kerjasama demi kepentingan rakyat, tunggu saja nanti, bekas ahli konomis akan mendapat tanah 999tahun seperti yang katakan dulu, yang lagi satu tu sedia menerima parti yang ketika dulu cuba mempromosi dakwa konomis melaluli komik disekolah2 jenis kebangsaan cina, kenalilah mereka satu persatu in and out side

    BalasPadam
  5. Komunitas Game Online yang terpercaya & Pelayanan yang memuaskan..
    Ayo kunjungin kami ya IONQQ".COM
    Bisa dp via pulsa juga (min 25rb)

    BalasPadam
  6. UMNO mabuk kuasa.Aku makin benci dengan pelahap kuasa yang tak pernah insaf.janji projek masuk juta2.Peduli apa nak rompak,nak rasuah dan gadai apappun,Janji UMNO boleh kuasa.

    BalasPadam
  7. Kamu percaya orang ini setelah di tipu?
    UMNO memang Bahlol.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameno di tolak rakyat dalam PRU 14 kerana rakyat percaya mereka buat kerja haram...sekarang ameno nak tidur satu selimut dengan dapig.Dapig kata ameno dah suci dan ingin berbaik untuk kepentingan rakyat kononnya ...lucu dan kartun betul dapig ingin kencing para penyokong tegarnya dan ameno pula lebih percaya komunis dari rakan sebangsa dan seagama...ameno dan dapig jenis muka tebal tak malu.

      Padam
  8. Kahkahkah....umno nak kawin ngan dap ker....ishishish....x ingat ke apa dap buat 22 bulan dulu...umno memang pengkhianat,gila kuasa..

    BalasPadam