Header Ads

ads header

Flash News

DAP sahkan berunding dengan Umno, tapi gagal tubuh kerajaan baharu di Perak


PETALING JAYA :
DAP mengesahkan parti itu mengadakan rundingan dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan negeri perpaduan di Perak, namun usaha itu gagal kerana, antara lain, Umno enggan memperuntukkan jawatan EXCO kerajaan negeri kepadanya.

“Dalam perundingan itu, Umno membuat pelbagai tawaran termasuk menawarkan jawatan EXCO kepada PKR dan Amanah, tetapi bukan kepada DAP,” kata Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming.

“Jikalau tawaran sebegini diterima, Pakatan Harapan (PH) Perak akan berpecah kerana perpaduannya akan dilemahkan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata PH Perak enggan tunduk kepada syarat Umno dan memberi kata dua kepada parti itu untuk tidak meminggirkan mana-mana ahli komponen PH, jika mahu mencapai persetujuan menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak.

Nga berkata Umno juga menolak tuntutan DAP supaya memeterai perjanjian bahawa Umno komited memastikan kerajaan baharu yang bakal ditubuh berasaskan integriti, tata urus baik dan tidak berkompromi dalam menegakkan keadilan.

Beliau berkata sehingga 8 Dis, rundingan telah berterusan antara PH dan UMNO namun tidak berhasil “kerana Umno tidak dapat menerima syarat dan terma yang ditetapkan PH.”

Nga berkata akhirnya, Umno kembali kepada PN dan memulakan rundingan dengan PAS dan PPBM yang menghasilkan kerajaan PN di bawah pimpinan Umno di negeri itu.

Pendedahan terbuka Nga itu mengesahkan laporan esklusif FMT minggu lalu yang memetik sumber Barisan Nasional sebagai mengesahkan berlakunya rundingan antara Umno dan PH, termasuk DAP untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Rundingan itu diadakan ekoran peletakan jawatan Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar setelah 24 daripada 25 ADUN Perak dan 24 ADUN PH menolaknya dalam satu undian di Dewan Undangan Negeri.

Tindakan Umno menolak Faizal yang juga timbalan presiden PPBM menimbulkan kemarahan parti itu manakala sekutunya PAS mengumumkan ia tidak akan menyertai pembentukan kerajaan baharu Perak.

Perkembangan itu mendorong Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan bahawa pihaknya sedia menimbang kerjasama dengan mana-mana pihak, walaupun di luar kerangka Perikatan Nasional.

Dalam kenyataan hari ini, Nga berkata DAP menyatakan kesudian bekejasama dengan Umno hanya selepas Zahid membuat kenyataan itu.

Beliau berkata partinya juga mengambil kira titah Sultan Nazrin Shah mahukan kerajaan negeri yang stabil dan mampu bertahan sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Baginda juga mahukan penyelesaian segera kepada kemelut politik demi kepentingan negeri,” tambah Nga.

Nga berkata dalam episod kemelut Perak itu, Umno dan PPBM membuktikan kepada negara bahawa “mereka adalah pemimpin lemah dan tanpa prinsip.”

Beliau berkata defisit kepercayaan antara dua parti itu amat serius dan tidak boleh diperbaiki.

Menurut beliau, kredibiliti PAS juga terjejas kerana membuat pusingan U, setelah mengumumkan sebelum ini, ia tidak mahu terlibat dalam pembentukan kerajaan baharu Perak.

Nga berkata dalam usaha memeterai kerjasama dengan Umno, DAP berjaya membuktikan ia bukan parti “anti Melayu or anti Islam” tetapi hanya menentang rasuah.

“Oleh kerana Umno memilih untuk terus bersama kleptrokrat, PH akan terus mara tanpa mengikat sebarang kerjasama dengan mereka,” tambahnya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. Dap,,hangpa boleh berambus,rakyat sudah kenal "hati perut" hangpa tu. parti ultra kiasu, nama saja demokratic,tp rasis, pendengki terhadap org2 melayu , raja2 melayu,golongan kurang ajar, tak menghormati hak2 org melayu, tidak menghormati perlembagaan....jgn cuba fitnah umno ,,jika benar umno terpaksa "bersembang" dgn dap mengenai pembentukan kerajaan Perak,,ia adalah "skil" dan "strategi" umno setelah mana pas ,melalui su tidak cerdik, menyatakan bahawa pad tidak akan sertai pembentukan kerajaan. jadi, umno ada strateginya,,tapi untuk terima dap,,sorry,,,pas,ppbm,pkr,pan bolehla dap perbodoh,,tu pun pas dan ppbm blok tsmy dan azmin dah sedar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah hasil didikan UMNO sebagai parti rasis utk menutup kelemahan & pengkhianatan UMNO kepada bangsa melayu & rakyat Malaysia.
      DAP adalah parti berbilang kaum & boleh diterima oleh rakyat, tapi bagaimana pula dgn MCA rakan cina UMNO.
      Yg ditolak oleh rakyat.

      Padam
    2. Bodoh ke bangang ko nie,,,
      Sekolah mne dlu???
      Bodoh mcm babi
      Ko nie pencacai dap???
      Melayu selangor?
      Ke melayu penang??
      Ko dudok dlm gue ke babi ank anjing??

      Padam
    3. Cukup-cukuplah Arip Mulut Roket menyamar sebagai orang Melayu untuk kencing rakyat dengan propaganda roket bodoh berlapis-lapis.

      Rakyat sudah tahu puak roket dan lembu RBA roket sudah kencing rakyat hingga hancing dengan pelbagai janji palsu.

      Cukuplah 22 bulan !

      Padam
  2. Seorang yang rasional cukup mudah dan perlu pergi kepada perkara asas atau primer iaitu umno adalah penyebab utama krisis kerana umno tamak haloba,lain lain hal hanyalah akibat.Yang u turn ialah umno juga kerana gagal semasa meminang ph

    BalasPadam
    Balasan
    1. ALHAMDULILLAH 3 ADUN PAS BERJIWA BESAR...SEPATUTNYA YANG MINTA AMPUN PADA SULTAN SEMUA ADUN UMNO TANPA rasa keMALUAN YANG BUAT SANDIWARA undi PERCAYA pada MB...tetapi diLACURKAN selepas mengusulnya..baling batu sembunyi tangan..berak tengah jalan tuduh orang lain yang buat..Sultan pun tegur ahli politiK gajah dengan gajah bergaduh Kancil yang mati di tengah2 BUKAN lebih sudu dari kuah..dan UMNOLAH yang bertindak TIDAK mengikut JEMAAH BERMUAFAKAT

      Padam
  3. Dengarlah nasihat Paduka Sri Sultan Perak...daulat tuanku

    BalasPadam
  4. Woi arif muluk rba babi
    Sekali je ko menyalak eark
    Babi punye rba
    X ckop gaji kah,,,
    Sial setan kuat mengula ko eark
    Babi haram jadah

    BalasPadam
  5. Umno sepatutnya di pimpin oleh pemimpin yang rasional iaitu tok mat dan hishamudin.Kemasukkan zahid yang melibatkan pelbagai skandal boleh merencatkan umno di mata pengundi dan rakyat.

    BalasPadam
  6. bila kerajaan hari ini tdk menzalimi rakyat spt yg tlh dilakukan najib dahulu...apa lagi modal pembangkang spt dap, pkr utk menjatuhkan kerajaan hari ini...rakyat pun dah muak politiking dap, pkr dan anuar ibrahim...mereka hari ini hanya ingin meruntuhkan kerajaan demi politik kepartian semata, buka demi rakyat dan negara....

    BalasPadam