Header Ads

ads header

Flash News

Desakan pembangkang mahu Anwar berundur makin lantang


KOTA KINABALU:
Pakatan Harapan semakin bergolak dengan pemimpin pembangkang semakin lantang menggesa Anwar Ibrahim untuk berundur demi kebaikan gabungan itu.

Ketua Pemuda DAP Sabah, Phoong Jin Zhe berkata Anwar gagal menunaikan janji untuk menubuhkan kerajaan baharu , sekali gus menjejaskan kredibiliti PH.

Phoong yang juga ADUN Luyang berkata janji Anwar untuk memperolehi majoriti kuat dan menyakinkan untuk menubuhkan kerajaan baharu tidak berhasil

“Janji (Anwar) bahawa beliau mempunyai majoriti kuat dan menyakinkan tidak menjadi manakala cubaan untuk menubuhkan kerjasama dengan UMNO juga disangsi ramai pihak,” kata beliau.

Phoong berkata ramai pihak juga dukacita berikutan kegagalan Anwar memastikan Dewan Rakyat menolak Belanjawan 2021 yang lemah dan tidak mampu membela rakyat.

“Semua ini menghakis keyakinan rakyat terhadap PH. Ketua Pembangkang diejek kerana tidak menunaikan janji,” tambah beliau.

“Jika kita iklas mahu membina Malaysia 2.0, kita mesti memperjuangkan politik baharu sekarang,” kata beliau.

Phoong berkata kegagalan PH menyelesaiakan kemelut kepimpinan akan menyebabkan pembangkang kehilangan sokongan.

“Pemimpin baharu, dasar baharu, pemikiran baharu (diperlukan),” kata beliau.

Dalam pada itu, presiden Upko dan Ahli Parlimen Tuaran Wilfred Madius Tangau turut meminta Anwar menghentikan “politik nombornya”, merujuk kepada cubaan Anwar memperolehi sokongan majoriti di Parlimen untu menumbangkan kerajaan Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata PH harus menghentikan politik yang semata-mata memberi fokus kepada menawan Putrajaya kerana akhirnya “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.’

Pagi tadi, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu menggesa Anwar berhenti membuang masa dengan Ahli Parlimen kerajaan Perikatan Nasional “oportunis” yang memperalatkan mereka.

Dua pemimpin itu dalam kenyataan bersama berkata, PH perlu menghadapi hakikat pembangkang memerlukan anjakan politik baru, susulan kegagalan mereka menghalang belanjawan persekutuan diluluskan.

Presiden Warisan Shafir Apdal sebelum ini turut menegaskan pembangkang mempunyai perubahan kepimpinan jika tidak mahu kewibawaan dan sokongannya terjejas di kalangan rakyat.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


12 ulasan:

  1. Antara Titah Yang Di-Pertuan Agong Dan ‘Titah’ Setiausaha Keadilan, Amanah Dan DAP..Pembangkang yang jelas KHIANAT dan TOLAK MANDAT RAKYAT utk mengagalkan BELANJAWAN 2021..pembangkang telah jatuh KEMALUAN tetapi TETAP tiada RASA MALU pada YDPA dan rakyat…ALHAMDULILLAH urusan Negara DImudahkan ALLAH…TOLONG jangan salahkan LEBAI lagi

    lepas ini mungkin lembaran baru 3 BEDUL MazeigWAR akan muncul pula utk bergabung Agenda rampas kuasa kerajaan Beta YDPA…MEROYAN terus di TG RAMBUTAN / TAMPOI /PULAU JERJAK

    BalasPadam
  2. TIBA MASANYA KETUA PEMBANGKANG LETAK JAWATAN.. selepas BERJANJI jika GAGAL MENOLAK BELANJAWAN ini…MUNGKIR JANJI DAN BOHONG itu CIRI2 MUNAFIKUN. memang SAH anwar ini KETUA MUNAFIK NEGARA dn nombor2 EKORNYA

    BalasPadam
    Balasan
    1. masih Menaruh IMPIAN...pada PKR..Parti KHIANAT REFORMASI serta P akatan H ANCING yang memang P unah HARAPAN

      Padam
    2. Reformasi sudah basi !!! Rakyat diperalatkan untuk kepentingan pemimpin liberal.

      Padam
  3. Buat yang suka begadang, mari mainkan game poker online dari IONQQ".COM
    Info whatsapp +855 1537 3217, di tunggu yaa ^^
    Sedia deposit pulsa juga (min 25rb)

    BalasPadam
  4. keyakinan rakyat pd PH sudah luntur..,lebih2 umat melayu yg merasa kecewa dgn kerajaan PH dahulu...PH adalah dari parti parti yg paling rasist dlm negara..,khusus dari kaum india yg terserlah paling kuat perkauman mereka...,hingga perompak penyamun pun mereka dan pertahankan...
    eluk sangat dah kerajaan hari ini....

    BalasPadam
  5. rakyat yg waras,,memang sudah lama tinggalkan pesalah liwat ni,,mai kita lihat pimpinan ph...
    - mahathir,,,,bapa perompak,bapak kronism..anak beranak dia billionaire.
    - anwar... bapak munafiqun pesalah liwat.
    - mat sabu...khalwat dgn bini org ( bini sahabat dia lagi ,,gilaa.harapkan pagar,pagar makan padi )
    - lks...pencetus peristiwa
    hitam 13 mei.
    - lge...ex menteli kewayangan paling bodoh dlm sejarah negara....
    - shafie bedal...seleweng berjuta2...
    hanya org gila ja yg memihak kpd puak2 ni...

    BalasPadam
  6. Setuju..Anwar patut letak jawatan dari jadi ketua pembangkang.
    Sy cadangkan muhyiddin atau tgha dilantik menjadi ketua pembangkang yg baru.

    BalasPadam
  7. Ha ha ha AWANAMA 6:02 PTG Sedang mabuk air ketum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tp aku sokong awanama 6.02. Hahaha. Kalo ketua pembangkang disuruh berundur, yg memerintah plk jd pembangkang..kahkahkah

      Padam
  8. Selepas vaksin ini, ekonomi Malaysia akan naik kembali di bawah pimpinan orang Melayu, parti Melayu dan YDP Agong.

    BalasPadam