Header Ads

ads header

Flash News

Di sini kata sayang, dengan sana main mata



KHABARNYA siang tadi ada tujuh lapan orang dikatakan ahli PAS telah menyerahkan memo bantahan kepada PAS Pusat di Pejabat Agung Jalan Raja Laut. Antaranya ialah membantah kerjasama PAS dan BERSATU melalui Perikatan Nasional (PN). Kononnya mewakili suara akar umbi PAS. Namun saya pelik kalau akar umbi diwakili oleh hanya tujuh atau lapan orang.

Jika pun betul akar umbi, mungkin akar dan umbi dari pokok lain. Dari pokok mana saya sudah dapat jangka namun tak perlulah saya sebut di sini. Kerana apa pun keadaan saya masih sangat sayangkan perdamaian.

Tangan ghaib di belakang 8 orang itu sudah saya jangka. Mereka dah buat kerja sejak beberapa bulan yang lalu. Bersungguh benar mereka yakinkan saya bahawa kalau mahu menyelamatkan Muafakat Nasional (MN), PAS perlu buat keputusan putus dengan BERSATU. Namun saya bukan masih anak hingusan. Sedikit sebanyak saya dapat baca kelibat politik mereka.

Bukan MN itu yang mereka fikirkan tapi individu tertentu yang nak diselamatkan. Dalam masa mereka yakinkan bahawa PAS perlu tolak BERSATU tapi dalam masa yang sama mereka dekatkan individu tertentu dalam Umno dengan PH dan Anwar. Apakah dengan mengijabkabulkan individu Umno itu dengan Anwar dan PH, MN akan jadi kuat?

Saya ada sembang dengan beberapa orang pimpinan PAS bahawa waspada dengan satu gerakan yang bergerak atas nama sayangkan MN tapi dalam masa yang sama sedang bermain mata dengan Anwar dan PH. Namun salah seorang dari mereka yang agak rapat dengan Individu itu menafikan bacaan politik saya. Namun ternyata-kan 2 minggu kemudian telahan saya adalah tepat.

Hari ini empunya tangan ghaib itu menggerakkan bantahan kepada PAS Pusat. Mengapa nak risau dengan PN antara PAS dan BERSATU? PAS tak pernah abaikan MN. Bahkan PAS bertekad akan terus mengukuhkan MN. Dalam sebuah pertemuan yang berlaku secara kebetulan pihak tersebut menyebut depan saya bahawa PAS telah mengkhianati Umno, kerana menubuhkan PN bersama BERSATU.

Saya tegaskan tuduhan itu tidak betul. Kerana antara PAS dan Umno walaupun bersama dalam MN namun tiada siapa yang mengikat siapa. Yang ada cuma kesepakatan bahawa PAS atau Umno tidak boleh mengadakan hubungan dengan PH atau mana-mana pimpinan PH.

Kalau nak dikatakan PAS khianat kerana bekerjasama dengan BERSATU itu tidak betul. Kerana waktu PAS menghulurkan salam persahabatan dengan BERSATU, waktu itu BERSATU sudah keluar dari PH. Yang betul-betul khianat ialah bersekongkol dengan Anwar, kerana Anwar masih PH.

Umno tidak rugi apa-apa pun jika PAS dengan BERSATU kekal dalam PN. Hubungan PAS dan Umno tetap kukuh sebagaimana yang dipiagamkan sejak setahun lebih yang lalu. Lagipun pimpinan Umno dah mempelawa BERSATU bersama dalam MN, dan BERSATU juga sudah bersetuju. Lalu mengapa setelah sejauh itu kita melangkah ke arah penyatuan Muslim untuk sebuah agenda yang besar ini, tiba-tiba ada pihak mendesak PAS putuskan hubungan dengan BERSATU dan PN.

Saya percaya di belakang kumpulan pendesak itu bukan hanya ada tangan hitam namun pasti juga ada tangan putih yang sama-sama bertujuan hitam. Ingat negara ini akan berubah menjadi hitam kembali jika PH dan DAP berkuasa.

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 15/12/2020



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. MEMANG SUDAH DIJANGKAKAN..perkara seperti diatas akan berlaku...hanya orang yang mempunyai sifat2 FASIK dan MUNAFIK AJE yang sanggup MELAKUKAN PERKARA YANG SERUPA DENGAN SYAITAN DAN IBLIS dalam MENGADU DOMBA untuk MENGHANCURKAN PERPADUAN BANGSA MELAYU ISLAM setelah GAGAL dalam PERHITUNGAN POLITIK mereka selama ini...bagi MEREKA2 ini...PERPECAHAN UKHWAH BANGSA MELAYU akan MELUNASKAN KEINGINAN DENDAM KESUMAT yang DIRANCANGKAN SELAMA INI...sayangnya mereka2 ini datangnya dari SATU KETURUNAN DAN SATU BANGSA dengan kita...tanpa ada rasa MALU dan TAKUT seperti YAHUDI ZIONIS...hanya menunggu detik aje...MUKA2 ini akan DIPERLIHATKAN siapa KAWAN dan siapa LAWAN..😁😁😁

    BalasPadam
  2. Munafik itu seagama ...

    BalasPadam
  3. Kita kena berpecah,jangan bersatu.60 puluh tahun berpecah.Al-Quraan suruh bersatu dengan tali Allah.Kita kena suruh manusia Islam di malaysia ini berpecah.Mati nanti kita mintak puak DAP urus jenazah,sebab masa hidup kita rasa DAp itu bagus dan hebat

    BalasPadam
  4. Laaa...8 orang jee...berapa ringgit upah dapat tu...jangan jangan arif muluk yang sponsor kehkehkeh

    BalasPadam
  5. ada Seorang yang BESAR MUNAFIKnya PADA 23 Sept saya ada nombor ekor yang menyakinkan. buat sidang media.pergi Istana BAWA KERTAS KOSONG...Ting tung kami bertekad menolak belanjawan 2021..JIKA GAGAL saya ulang letak jawatan KPembangkang.Beberapa HARI lepas mendabik dada 10 mp umno dibawah ketiaknya..AKHIRNYA P unah H arapan kerana temberang dan Mengencingnya. GILAAAAA

    BalasPadam
  6. Puak munafiqun adalah bapak kepada semua buaya kerana di sini kata sayang, dengan sana main mata. Di sana baham, di sini pun baham kerana kehendak nafsu serakah menjadi agenda peribadi yang paling utama.

    Maka semua pemimpin dan ahli dan penyokong parti Islam dan sekutu dan rakan sangat perlu berhati-hati dengan puak munafiqun kerana mereka pandai main wayang dan suka laluan belakang untuk tikam belakang.

    BalasPadam