Header Ads

ads header

Flash News

Dr M ulangi pendirian tak mahu kerjasama dengan Najib


Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya untuk menolak bekerjsama dengan bekas perdana menteri Najib Razak bagi membentuk kerajaan baru.

"Kerja dengan Najib? Saya minta maaf saya tak boleh," katanya pada sidang media khas bersama Tengku Razaleigh Hamzah di Kuala Lumpur hari ini.

Kata Mahathir dia pernah dijemput untuk menjadi perdana menteri di luar Pakatan Harapan (PH) menjelang kejatuhan gabungan itu pada awal tahun lalu namun disebabkan ia bergantung kepada Najib, saranan itu ditolaknya.

"Tapi Muhyiddin kata dia boleh terima," katanya merujuk kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Kata Mahathir pendiriannya juga sama terhadap ahli parlimen Umno dan BN yang mempunyai kes mahkamah.

Jelas Mahathir lagi dia menyertai pembangkang sebelum ini kerana ingin menumbangkan kerajaan kleptokrat pimpinan Najib.

Mahathir selaku pengerusi Bersatu menyertai PH menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu secara kolektif gabungan terbabit berjaya mendapat mandat untuk menjadi kerajaan pusat serta hampir semua negeri.

Bagaimanapun kerajaan PH di Putrajaya itu dijatuhkan melalui Langkah Sheraton yang menyaksikan Muhyiddin membawa Bersatu meninggalkan gabungan dengan PKR, Amanah dan DAP.

Beberapa ahli parlimen PKR pula berpaling tadah dengan meninggalkan parti mereka untuk menyokong penubuhan kerajaan baru bersama Umno, BN dan PAS.

Pada 28 Jul lalu, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa dana SRC International Sdn Bhd.

Ditanya mengenai sokongan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam usahanya menolak kerajaan PH, Mahathir yang juga pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata dia tidak berhubung dengan Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan.

Katanya, meskipun Anwar ketua pembangkang dan Pejuang berada di blok sama, namun dia tidak berada di bawah kawalan pemimpin PKR itu.

“Ketua pembangkang bukanlah mendapat sokongan majoriti dari wakil pembangkang, kami bukanlah bawah beliau.

“Beliau hanya dipilih sebagai Ketua Pembangkang, itu tidak memberinya sebarang kuasa untuk mengawal, kami boleh buat apa yang kami suka seperti termaktub dalam parlimen," katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Sejak bila Najib jadi PM semula? Dia ni dah nyanyuk.

    BalasPadam
  2. mahathir ni dok rasa diri masih disanjung seperti dahulu....kah kah. Bossku,, nama mahathir pun tak kebulur nak sebut,,apatah lagi nak bekerjasama..? dia al marhum fadil noor mahatahir akan ramas tahi di penghujung usia mengkin akan di makbulkan Allah swt...agaknya la,,sbb nampak dah nyanyuk teruk mahathir..

    BalasPadam
  3. DIUSIA SENJANYA...TUN MAHATHIR AKAN MELIHAT KEROSAKKAN YANG TELAH DIBUATNYA ...MANUSIA YANG MEMPUNYAI EGO YANG TINGGI...TIDAK AKAN MENGAKU KESALAHAN YANG TELAH DIBUATNYA...XLAMA DAH...

    BalasPadam
  4. Dulu bermusuh sekarang berkawan utk menjatuhkan musuh demi agenda peribadi. Jikalau berjiwa hebat bantulah utk membina negara ini dan bukanya merosakan yg dah elok. Walau apa pu alasan yg diberi utk memerintah negara ini belum tentu diterima rakyat kerana kebajingan masa lalu masih diingati. Cukuplah diusia senja ni meniti sesuatu yg pengakhiranya diingati dan bukanya dibenci. Renunglah sejenak berakhirnya kita belum tentu dunia jg turut berakhir..berilah peluang kpd yg lain utk memerintah negara ini kerana mereka jg berkebolehan malah lebih hebat dr kita.

    BalasPadam
  5. Dulu masa Tun dalam PH dah bagus dah.. dah nampak dah rasuah ni akan dibenteras habis habisan.. tapi sayangnya Melayu tak ramai sokong.. mereka lebih utamakan bangsa mereka daripada membenteras segala penyelewengan.. biarlah jahat mana pun asalkan melayu jadi pemimpin.. PH difitnah dgn seburuk2 fitnah.. bila mereka dah memerintah fitnah2 tu senyap entah kemana.. rasa aman pula dunia.. Tapi sayangnya pada masa yg sama Tun dibelenggu dendam peribadi dgn Anwar.. Tun tidak mahu Anwar menjadi pengganti.. akhirnya Tun sanggup juga berkomplot dgn pemimpin2 melayu2 ini demi melihat Anwar kempunan jawatan PM.. Tun abaikan sendiri misi Tun utk memerangi penyelewengan dan rasuah dalam UMNO.. akhirnya Tun tersungkur bersama2 dgn dendam itu.. dan kini Tun cuma hanya mampu menyalak lagi.. tiada siapa lagi yg akan peduli.. penyelewengan akan kembali bermaharajalela.. tidak mengapa Tun.. asalkan melayu memerintah itu dah cukup baik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puak RBA bodoh berlapis-lapis ternakan L im gonna end sembang lebat sehinggakan babi pun boleh terbang tetapi habuk pun tarak ! KERA jaan Pee H kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu apa cerita ??? Tak mahu sembangkah ???

      Padam
    2. penama 2.28PTG apa cerita FITNAH RM 90 JUTA yang PAS terima...panKHIANAT YG jadi tali barut dan kHADAM DAPIGS diketuai Husam Hanipa Mahfuz Khalid samad SERTA sekutunya yang sudah JATUH KEMALUAN hingga sekarang tiada rasa malu utk minta maaf.ANGKARA FITNAH ini yang lebih bahaya dari MEMBUNUH tertubuhlah parti khianat JEMAAH...tidak MALU guna nama Amanah..tetapi MUNAFIK bila mungkir janji berbohong dan khianat mandat rakyat pada Manifesto PRU14 wpun bukan KITAB SUCI

      Padam