Header Ads

ads header

Flash News

Gambar sengaja ditunjuk seolah tiada penjarakan, untuk fitnah saya, kata Ismail


PUTRAJAYA:
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan beliau dan beberapa individu lain melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika lawatan kerja ke Melaka, Sabtu lalu.

Ia berikutan beberapa gambar beliau bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md. Ali dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh menjadi bahan fitnah kononnya tiada penjarakan fizikal.

Sedangkan, menurut Ismail Sabri, gambar-gambar tersebut diambil dari sudut sisi bagi menunjukkan tanpa penjarakan antara mereka.

Beliau turut memuat naik gambar sebenar dari sudut hadapan bagi membuktikan mereka mematuhi SOP sekali gus menolak tuduhan yang dilemparkan pihak tertentu.

“Yang jahatnya, mereka menunjukkan gambar dari sisi bagi menunjukkan kedudukan kami tanpa penjarakan. Namun ini lah gambar sebenarnya.

“Semoga Allah membuka hati-hati mereka ini supaya tidak lagi membuat fitnah kepada sesiapa jua selepas ini,” katanya dalam Facebook beliau, hari ini.

Sebelum ini, gambar lawatan kerja Ismail Sabri yang diambil dari sudut sisi dan menampakkan seolah-olah tiada penjarakan fizikal menerima reaksi negatif pihak tertentu.

Ini termasuk pandangan negatif daripada aktivis, Fahmi Reza yang memberikan komen sarkastik mengenainya. – UTUSAN ONLINE





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Jadi, mana yg kata penjarakan fizikalnya?

    BalasPadam
  2. Satu meter kena bw pengukur..

    BalasPadam